❤️ BAB 22 ❤️

715 69 11
                                    

"MACAMANA rumah saya selesakah?'' Aiden tersengih  memandang Darlen yang baru sahaja keluar dari bilik tidur Airen. Darlen terkejut sampai dia tidak sengaja  memukul  manja dada sasa lelaki itu.Apa lagi si Aiden sentap sampai terngangga mulutnya dek tindakan spontan Darlen itu.

     "kalau saya ada sakit jantung tadi macamana?'' 

     "Alamak.....sorry tidak sengaja..'' sengih Aiden sambil tangannya di angkat ke atas.Tanpa berlengah dia terus  mengajak Darlen bersarapan pagi yang sudah di sediakan.Awal pagi lagi puan Nora sudah bangun semata-mata hendak menyediakan sarapan pagi untuk tetamu istimewa mereka.

     ''Macamana tidur semalam..selesa kah ?masih sakit kepala?'' tanya puan Nora sambil menyedukkan Bihon goreng ke dalam pinggan Darlen.

    "Selesa aunty....sangat selesa.Kepala  saya pun tidak lagi sakit..'' jawab Darlen malu-malu.Segan pula dia di layan baik seperti itu.

    "Baguslah tu...risau pula aunty kalau cik Darlen nda selesa.Rumah aunty ni biasa-biasa saja..'' kata puan Nora lagi.

      "Aunty ni janganlah cakap macam tu...saya berterima kasih sangat-sangat sebab layanan aunty dan keluarga...'' 

     "Hishh sudahlah nda payah ucap terima kasih lagi.Makanlah...'' Puan Nora tersenyum,dia tak sangka Darlen seorang yang merendah diri walaupun bergelar anak Tan Sri.Selalunya jika kaya pasti sombong.

Aiden sekadar memerhatikan  Darlen dan ibunya.Sikap Darlen begitu berlainan sekali.Tidak ada tutur kata dingin.Setiap kali dia berkata-kata kedengaran suaranya begitu lembut sekali.Aiden dapat merasakan jantunganya berdebar-debar setiap kali melihat Darlen tersenyum.Darlen  tidak cantik tapi entah mengapa hatinya tertarik! tapi sayangnya semua itu hanya mampu di pendamkan jauh di lubuk hatinya.Tidak mungkin akan terluah! 

    "Amboii Aiden tutup sikit mulut tu nanti masuk tu lalat...'' puan Nora mengusik anak lelakinya.Dia perasan sejak tadi Aiden begitu asyik memandang Darlen.

    "Amboi ma...perli nampak..'' Aiden mengerling manja puan Nora.Mujur ada si ibu yang mengejutkan dia dari mimpi.Jika tidak entah sampai ke mana sudah dia bermimpi.

   "Bukan perli..mama risau saja lalat masuk mulut Deden kan susah tu..'' 

  "Mama memang saja kan...'' 

    Puan Nora ketawa,sempat dia mengetuk manja kepala anak lelakinya itu.

Darlen tersenyum tingkah dua beranak itu bergurau senda.Entah mengapa dia rasa cemburu melihat kemersaan dan kasih sayang yang jelas terpancar di wajah mereka.Mereka tidak kaya harta tapi mereka kaya dengan kasih sayang.Dia pula membesar dengan harta dan kesenangan tapi lihatlah apa yang terjadi pada hidupnya kini.Kosong...tidak banyak  kenangan yang tercipta di antara dia dan kedua ibubapanya.Kesibukan mereka telah membataskan kasih sayang di antara mereka.

    "Jauh termenung sampai berlalat  sudah tu Bihon nda kena makan...kah masakan mama saya nda sedap... ''Aiden mengusik Darlen yang di lihatnya sejak tadi asyik termenung.

    "Haa...mana nda saya termenung....saya mahu makanlah ni..'' Darlen kalut.Yee ke dia termenung! cepat-cepat dia mencapai garfu dan mula makan.Aiden tersenyum memandang wajah kalut Darlen.

    "Pelan-pelan makan nanti tercekik...'' usik Aiden lagi.Suka dia melihat wajah kemerahan di pipi Darlen.Semakin galak dia mengusik semakin terserlah kemerahan di pipi gebunya.

     "Kamurang makanlah pelan-pelan...mama mahu pigi siram bunga di luar dulu...'' celah puan Nora.Saja dia nak beri ruang untuk mereka berdua.Dia tahu ada banyak perkara yang Aiden hendak tahu tentang Darlen.Dia tahu sangat sikap anaknya itu,kalau bukan kerana terpaksa dia tak akan bawa anak dara orang pulang ke rumah sesuka hati.Apa lagi yang di bawanya ini bukan calang-calang orang.Dia bukanya tidak gembira menerima tetamu seperti Darlen tapi dia hanya risau tentang masa depan satu-satunya anak tunggal lelakinya.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu anaknya di timpa sebarang masalah.

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now