❤️BAB 9❤️

625 38 2
                                    

"KENAPA bawa saya datang sini?
"Habis tu saya mahu hantar kau pigi mana?rumah anak yatim?tapi kalau saya hantar kau pigi rumah anak yatim belum tentu kena terima.Takut menghabiskan beras diorang pula'' Sengaja Shawn menyakitkan hati wanita itu.Hatinya masih tidak dapat menerima hakikat penipuan yang di lakukan ibu dan ayah Darlen.

Di sebabkan dia sudah berjanji pada uncle Andy dia terpaksa buat-buat peduli pada Darlen.Dia juga lakukan semua itu demi memuaskan hatinya sendiri.Baginya Darlenlah harus menanggung dan membayar setiap perbuatan orang tuanya.

"Gilaaa!!''Sebal dan sakit hati yang tidak terhingga buat lelaki itu.Tapi, dia tidak juga cuba untuk pergi ke mana-mana.Dia masih tetap pada pendiriannya! Dia tidak akan mengalah selagi harta milik keluarganya tidak di kembalikan padanya semula.Dia tidak peduli pada wasiat yang di tinggalkan ayahnya.Mungkin harta itu pada asalnya milik keluarga Shawn tapi yang mengembangkannya selama ini adalah ayahnya.

Satu-satunya cara adalah dengan kekal bersama lelaki itu.Ya! Kekal menjadi tunangnya dan merebut semula haknya.

"Suka hati kaulah!Kalau nda sanggup tinggal di rumah ni silakan pigi mana-mana saja kau suka.Nda juga habis beras di rumah di rumah 'orang gaji' ni kau kerjakan.. '' sindir Shawn sambil senyum sinis.

" Kau sedarkah apa ko cakap ni huh...sa..."
" Saya apa? Hello cik Darlen..boleh berhenti berangankah!!?"

Darlen terdiam! Dia termati kata hendak membidas kata-kata lelaki itu.Hanya jantungnya sahaja yang berdegup kencang dek kerana menahan amarah.

"Shawn...kenapa cakap macam tu? Dia tu kan tunang kau..'' Leah yang dari tadi hanya memerhatikan Shawn dan Darlen saling berbalah terpaksa bersuara dek kerana kata-kata Shawn yang tidak wajar.

"Biar dia rasa hidup di luar sana tu macamana ibu.Selama ni kan dia tinggal di rumah besar jadi ala-ala princess sekarang saya mahu tengok dia buli hidupkah tidak dengan keadaan dia macam ni.Silap-silap badan dia yang macam tong dram ni pun buli jadi kurus kering macam lidi penyampu ibu tu..'' ujar Shawn.Dia masih tidak berhenti memuntahkan kata-kata menyakitkan hati Darlen.Semakin seronok dia melihat wajah sombong itu tarik muka.Dah jadi susah pun masih sombong!

Darlen tarik nafas panjang.Kalau bukan sebab Leah berada di antara mereka sudah lama dia lenyek-lenyek mulut tak ada insurance lelaki itu.Geram!!!

"Sudahlah tu Shawn...sudah...'' Leah menegah dengan lembut.Naik pening kepalanya dibuat mereka.

"Saya keluar dululah ibu.Malam ni tak payah tunggu saya mungkin saya akan tidur hotel lima bintang atau mana-mana appartment mewah.Shawn kan sudah kaya...hasil dari penipuan...'' laung Shawn sambil mengerling lalu menghadiahkan senyuman sinisnya pada Darlen.

Dia masuk semula ke dalam kereta.Kereta yang di naikinya pula kereta milik Darlen.Sengaja dia menekan minyak sambil meneken hon berulang kali sebelum kereta itu meninggalkan kawasan rumah.

Leah hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala.Semakin binggung dia melihat sikap Shawn sejak akhir-akhir ini.

Leah menghamipri Darlen,di usapkan belakang tubuh gadis itu dengan penuh kasih.Kasih sayangnya pada anak yang sudah di anggapnya seperti anak sendiri tidak pernah berkurang walaupun layanan gadis itu begitu dingin padanya.Dia tahu Darlen tidak lagi mesra seperti dulu,tapi dia tidak kisah.Salah faham itu pasti akan beransur pergi tidak lama lagi.

"Mari kita masuk.Mama tunjuk bilik Darlen.Tapi sebelum tu mama minta maaf kalau Darlen tidak selesa tinggal sini..'' ujar Leah.Perlahan dia menarik tubuh Darlen masuk ke dalam rumah.

Darlen hanya diam membisu!.Masuk sahaja ke dalam bilik tidur yang di tunjukkan Leah,dia rasa hendak menjerit.Bilik tidur itu hanya sebenar bilik mandinya di rumah Agam mereka sebelum ini.Tak ada penghawa dingin yang ada hanya kipas angin.Katilnya pula sebuah katil kayu yang hanya ngam-ngam tubuhnya sahaja.Di tepi tingkap ada sebuah meja solek berwarna pink dan di sebelahnya pula ada sebuah almari pakaian kecil.

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now