❤️BAB 13❤️

571 50 5
                                    

DARLEN masih dihantui perasaan geram.Semakin melampau pula Kirana sekarang ni.Yang si Shawn pula melayan yalah  mana dia tak layan dah depan mata dia kan cantik  lagi seksi.Mestilah dia tak mahu lepaskan peluang.

"Kau apahal pandang-pandang saya macam nda pernah nampak saya makan ni?Menyesal belanja saya makan..'' Dia perasan sejak tadi  lelaki itu memandangnya meratah peha ayam goreng KFC pedas dan tersangat sedap itu.Berbaloi juga marahnya pada Shawn tadi dapat juga dia merasa ayam goreng yang sudah lama dia tak makan tu.

Aiden tersenyum di tegur Darlen.

"Memang saya nda pernah nampak pun cik Darlen makan tu sebab saya tengok betul-betul.Cik Darlen memang suka makan ayam goreng kah?''  Aiden agak tercengang sedikit tengok cara Darlen makan.Dah macam tak makan berbulan-bulan gamaknya.Pelik! Anak orang kaya kot! 

"Tak suka ..biasa saya makan dekat hotel-hotel saja tapi sebab kau belanja saya makan sajalah.Membazir kalau nda makan kan...'' Amboi Darlen! Kau makan bukan main banyak sampai tinggal tulang pun kau kata kau tak suka.
"Tapi tadi saya offer makan di Restoran cik Darlen juga yang menolak..''
"Saya malas mahu pi jauh-jauh lagipun saya sudah biasa makan  tempat-tempat macam tu.Sekali sekala saya mahu rasa juga makan tempat macam ni..'' Bukannya dia tak mahu tapi dah memang favorite dia KFC.

AIden hanya tersenyum mendengar kata-kata Darlen.Sambil itu dia memerhatikan setiap inci wajah gadis comel itu menghabiskan ayam gorengnya.Dia tak adalah cantik kalau nak di bandingkan denga Kirana memang Kirana jauh lebih cantik tapi entah mengapa dia suka pandang wajah pipi pau Darlen.Tak cantik tapi comel.
"Cik Darlen....boleh saya tanya sesuatu?''
"Tanya jalah ...''
"Kenapa cik Darlen pilih jadi office girl sedangkan cik Darlen anak Tan Sri ?'' Tanya Aiden takut-takut.Bimbang juga jika soalanya tidak kena pada masanya.Tapi hatinya memberontak hendak tahu.Lantaklah kalau dia kena chop busybody.Dia nak juga tahu.
"Kenapa juga kau sibuk mahu ambil tahu?kita rapatkah?tak kan..so saya nda rasa pun saya patut bagitahu kau tentang diri saya...'' 

Aiden tayang sengih.Memang padu jawapan Darlen beri padanya.Dalam hati menyesal dia tanya tak pasal-pasal termalu sendiri.

"Okeylah....saya sudah kenyang.Saya mahu balik office.Thanks belanja..'' ucap Darlen.Dia bangun  dan terus berjalan keluar dari Restoran itu tanpa menunggu Aiden.Malas dia hendak layan lagi soalan-soalan lelaki yang baru saja dia kenal walaupun mereka satu tempat kerja.Tak ada faedahnya pun dia melayan.Entah-entah dia ni spy si Kirana, mereka kan sepupu. 

"OOOII cik Seketeryy..kau ni kenapa dari tadi senyum-senyum.Kau kena sampuk hantukah'' soal Aiden sekaligus mematikan lamunan Kirana.Dia mengerling sambil mencebik memandang Aiden.Menganggu betul!

"Kalau kena sampuk hantu tiadanya saya mahu senyum!!''
"Habis tu?''
"Adalah..yang kau sibuk mahu tahu kenapa juga?Eh kejap..kejap kenapa kau ada di sini?Bukan pejabat kau di tingkat bawahkah?''
"Memanglah pejabat saya di tingkat bawah tapi bos saya di tingkat atas ni.Kan bilik meeting pun ada dekat tingkat ni..'' Aiden geleng kepala.Sepupunya ni dah macam orang angau.Pukul 3.00 nanti kan ada meeting dengan  Shawn.
"Ehh..lupa pula saya...adui matilah...'' Kirana ketuk dahi.Dia terlupa pula nak bagitahu dekat Aiden meeting sudah pun dibatalkan.Entah macamanalah dia boleh beritahu Aiden.
"Lupa apa?''
"Lupa bagitahu kau meeting tidak jadi..''
"Pula...''
"Shawn..eh encik Shawn demam.Tengahari tadi saya hantar dia balik....usihh rumah dia punyalah besar Aiden.Tapi saya nda sempat masuk..''  Kirana masih lagi teruja kerana berpeluang menghantar Shawn pulang ke rumahnya.

Terjengkil biji mata Aiden memandang Kirana.Biar betul Kirana hantar dia balik.Dia kan ada tunang kenapa pula Kirana yang susah-susah.
"Kau hantar dia balik?''
"Pemandu dialah yang bawa kereta.Saya kasi kawan dia saja mana ...kenapa salahkah?
"Termasuk dalam kod bidang kerja seketery jugakah itu?Ohh sebab tu kau  gila bayang ni kan.Kau jangan cari pasal Kirana.Dia tu tunang orang..'' Sindiran Aiden menyakitkan telinga Kirana.
"Big problem kah kalau dia tunang orang?Lainlah kalau dia suami orang..'' jawab Kirana acuh tak acuh.Shawn sendiri tak kisah apa hal pula si Aiden ni yang melebih-lebih.
"Hishh kau ni...kin meradang betul.Ada saja jawapan kau sana kan..'' dengus Aiden seraya meninggalkan Kirana.Kirana herot mulut.Aiden dah jadi macam  mak dia pula.Membebel memanjang! 

Sejak tadi Darlen memasang telinga perbualan dua sepupu itu.Awalnya dia tidak berminat hendak ambil tahu pun tapi bila nama Shawn dan perkataan demam di petik terus hatinya meronta-ronta hendak tahu. Kirana kata Shawn demam! Betulkah dia demam.Tengahari tadi nampak okey  pula siap berkepit mesra bagai.
Darlen hendak tahu apa terjadi sebenarnya.Dia capai fail di atas meja entah apa punya fail pun dia tak tahu.Semborono saja dia ambil.Dia berjalan melintasi meja Kirana dengan harapan Kirana menahannya.

" Eh..cik Darlen...you mao pi jumpa Shawnkah?''
Seperti diduga,Kirana menahannya.Darlen yang sudah berdiri betul-betul di depan pintu pejabat Shawn segera berpaling menghadap Kirana.
"Ya kenapa? Salah!''
"Ndalah salah tapi saya mahu bagitahu dia tiada dalam bilik dia...'' Kirana terpaksa memaniskan muka.Ikutkan mahu saja dia bagi penampar dekat muka perempuan gemuk perasan cantik ni.
"Dia pigi mana pula?teda pun dia bagitahu saya apa-apa...'' Darlen pura-pura terkejut.
Perasannya kau Darlen.Bila masa pula Shawn lapor setiap pergerakan dia dekat kau. 

"Oh..dia nda sempat kali bagitahu cik Kirana.Tengahri tadi saya hantar dia balik sebab dia nda sihat.Kesian abang you Darlen dia demam tu.Yang hairanya kenapa dia nda call tunang dia.Tunang dia tu kerja apa arr sampai nda peduli sama tunang sendiri.' Kirana sengaja menyelit tunang Shawn sekali.Dia nak tahu juga bagaimana penerimaan  adik si Shawn tentang tunang abang dia yang tak pernah tunjuk muka tu.

Darlen telan liur.Tunang! Siapa pula yang bagitahu si Kirana ni Shawn tu dah bertunang.Tapi kalau tengok riak wajah Kirana memang dia tak tahu siapa tunang Shawn.
"Macamana kau tahu abang saya sudah bertunang?and then satu lagi kenapa kau pandai-pandai cakap yang tunang abang saya nda ambil peduli pasal dia.Suka hati kau saja kan!!!'' Sakit pula hatinya kena kutuk depan-depan.Hoii Cik Kirana kau tahu tak siapa tunang lelaki yang kau puja-puja tu.! 

"Ehh saya nda maksudkan apa-apa bah cik Darlen.Cuma saya hairan,bos tu ada tunang tapi teda pun saya pernah nampak dia keluar sama tunang dia..''
"Yang kau mahu sibuk mahu tahu kenapa? Tunang dia ada diluar negara masih belajar.Kau nda payahlah sibuk mahu jaga dia sana.Kau kerja sini jadi setiausaha bukan jaga urusan peribadi dia.Faham!'' tempelak Darlen seraya meninggalkan Kirana. 

Kirana kacip gigi menahan geram.Sombongnya  perempuan gemuk ni.Tapi kata-kata itu sikit pun tidak meninggalkan kesan di hatinya.Dia tak kisah pun! Tunang Shawn dekat luar negara lagi senanglah dia nak jalankan kerja-kerjanya dekat sini.

                   
SHAWN membaringkan tubuhnya sambil memicit dahi.Makin berdenyut pula kepalanya sebaik sahaja dia masuk ke dalam rumah.Tadi lepas kena urut oleh Kirana dekat pejabat rasanya dah reda sikit.Tapi sekarang sakit itu tiba-tiba datang lagi.Badanya pula rasa sejuk semacam.Tak kanlah kena sampuk papa dengan mama angkatnya pula.Yalah! Tiba-tiba pulang ke rumah Agam ni.Mahunya penghuni alam lain tak terkejut.

Kalau bukan sebab tak mahu kantoi dengan Kirana tak ingin dia balik ke sini.Mujur sebaik saja dia sampai tadi bibik Agnes masih belum pulang.Tak adalah ketara rumah ni kosong tak berpenghuni.

"Alamak tuan Shawn ni kenapa?badan tuan panas ni tuan sakitkah ni? Kenapa tuan balik sini nda pigi hospital'' soal bibik Agnes.Dia panik  melihat majikan barunya mengigil kesejukan padahal dahinya panas.Kalau letak telur boleh jadi separuh masak telur tu.

"Kasi cari saya selimut bik....sejuk gila saya rasa...''

"Baik tuan saya pigi ambil sekarang..''Bibik Agnes berlari sepantas yang boleh naik ke tingkat atas untuk mengambil selimut tebal seperti yang di minta tuannya.Berberapa minit kemudian muncul kembali bersama comforter tebal gambar  hello kitty berwarna merah jambu.

" Tuan okey ?Saya call doktor suruh datang sini ya.. " Takut-takut bibik Agnes bertanya.

" Tiapa bik saya sudah makan ubat tadi di office.Saya mahu tidur sekejap.."

"Kalau macam tu tuan rehatlah..''

Bibik Agnes cepat-cepat  pergi ke ruang dapur.Sebetulnya dia masih binggung akan kepulangan tuan barunya itu.Sejak tuannya membawa Darlen berpindah dari rumah itu dia hanya datang sekali sekala saja itupun tak lama dan tak pernah pun dia bermalam.Bibik Agnes tidak lagi berkerja sepenuh masa di rumah itu.Tugasnya hanya membersihkan rumah dan menyiram pokok-pokok bunga.Dan dia akan datang ke rumah Agam itu hari-hari.

Bibik Agnes kerling jam di dinding.Sebentar lagi suaminya akan datang menjemputnya pulang.Serba salah pula  dibuatnya.Kalau dia pulang sekarang siapa pula yang nak jaga tuannya yang sedang sakit dekat luar sana.Tapi kalau dia tak pulang kesian pula anak kecilnya di rumah.Anaknya baru berusia setahun dua bulan.Tak kanlah nak suruh suami dan anaknya bermalam di sini.Tak pasal-pasal bertambah parah demam tuannya diganggu suara tangisan anaknya.Bibik Agnes mundar mandir memikirkan cara.Tiba-tiba dia teringatkan Darlen.Ya! Darlen...bibik Agnes tersenyum senang.

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now