❤️ BAB 7❤️

609 44 2
                                    

" SUDAH fikir masak-masak pasal tawaran papa Shawn tu?''

Tersentak Shawn di sapa ibu pengasuhnya.Jauh benar dia termenung.

Leah mengambil tempat duduk di sebelah Shawn.Sudah lama dia memerhatikan Shawn duduk sambil termenung di hadapan komputer ribanya.Sejak pulang daripada rumah Tan Sri Eyan tengahari tadi dia hanya mendiamkan diri.

" Saya nda pasti ibu...saya masih fikir - fikir lagi..'' Shawn menghela nafas berat.Dia masih belum buat sebarang keputusan tentang tawaran itu.Jika di beri pilihan dia tidak mahu menerimanya.Namun hatinya tidak sampai hati hendak menolaknya.Dia bukanya gilakan harta atau wang ringgit seperti yang di sangka Darlen.Dia hanya mahu membalas budi dan tidak mahu menyakiti mereka.

" Kalau Shawn rasa keberatan..bagitahu sajalah dengan papa Shawn tu.Ibu yakin dia faham tapi janganlah sampai nda mahu terima langsung.Ibu faham Shawn mesti mahu cari kerja yang sesuai dengan apa yang Shawn mahu belajar kan..''
"Tapi saya nda sampai hati pula ibu...kesian papa...''
"Kalau nda sampai hati pigilah kerja dengan dia lagipun Shawn kan bakal menantu dia juga...''
"Tapi .."
" Tapi apa? Pasal Darlen?''

Shawn senyum kelat.

"Kenapa dengan dia?''
"Yalah..dia kan anak kandung papa dengan mama.Apa pula tanggapan dia kalau tiba-tiba saya ambil alih syarikat papa...''Shawn jadi serba salah.

Perkara itulah yang menjadi kerungsinganya ketika ini.Awal-awal lagi Darlen sudah pun meletakkan dia di dalam senarai lelaki gila harta.Jika menerima tawaran papa bukankan itu seolah-olah menunjukkan anggapan wanita itu terhadapnya adalah benar.

" Ibu faham Shawn...ibu nda layak cakap apa-apa sebenarnya.Yalah ibu ni bukanlah siapa-siapa dalam keluarga ni.Apa-apa pun ibu harap Shawn boleh fikir untuk kebaikan semua...''ujar Leah.
"Terima kasih ibu..saya faham..''
"Okeylah ibu masuk tidur dulu.Kau tu janganlah berangan sampai tengah malam nanti tiba-tiba ada permpuan cantik datang kasikawan kau...'' usik Leah.
" Tak apalah ibu kalau cantik Shawn layan saja.."Shawn ketawa sambil membalas usikan ibunya.

"APA terjadi ni David! apa ko cakap ni..?'' bergegar tubuh Leah mendengar suara cemas David,pemandu peribadi Tan Sri Eyan di hujung talian.Pada mulanya dia tersenyum melihat nama David di screen telephone pintarnya.Tapi panggilan itu membawa perkhabaran buruk.

Airmata Leah mengalir deras! Telephone pintar terlepas dari gengamannya. Leah tergamam! Ya Tuhan, mengapakah semua ini terjadi.Bertubi-tubi soalan itu di benaknya.Baru semalam mereka bergelak ketawa bersama.Hari ini pula...

" Astaga...ibu! Kenapa ni?'' Shawn yang baru keluar dari biliknya segera menerpa ibunya yang sedang menangis.
"Shawn...kita pigi hospital sekarang..''
"Kenapa ibu?''
"Pa..pa dengan ma..ma kamu kemalangan...'' terketar-ketar Leah memberitahu Shawn tetang berita yang baru di terimanya.Jika dia rebah mendengar perkhabaran itu apatah lagi Shawn dan bagaimana dengan Darlen? Ya Tuhan...Darlen! Bagaimana keadaannya!.

Shawn tergamam!
Benarkah? mama papa!

Perjalanan menuju ke Hospital terlalu jauh dirasakannya walhal jika hitung jarak dan masa hanyalah mengambil masa lebih kurang lima belas minit sahaja. Shawn menenangkan berusaha dirinya agar tidak terlalu memikirkan bukan-bukan.

Semakin menghampiri perkarangan Hospital Queen Elizabeth,semakin kuat jantunganya berdegup.Ibu pengasuhnya pula hanya diam sejak tadi.Sesekali dia dapat mendengar keluhan kecil di lepaskannya.

Di Loby Hospital,dia dapat melihat uncle David sedang melambai ke arah mereka.Shawn dan Leah segera menghampirinya.

"Macamana keadaan papa dengan mama uncle?''cemas suara Shawn bertanya.

DARLEN ROSEWhere stories live. Discover now