| Tauke Downy' 22 |
Sesudah aku menyisir rambut, aku ternampak cahaya yang keluar daripada telefon Jaeni. Seperti ada mesej masuk, mungkin. Jaeni tengah mandi tapi mana tahu ada something penting.
Aku menjengul kepala memandang skrin telefon Jaeni. Secara tak sengaja, mata aku membulat besar. Namjoon oppa.
Dan ada pesanan ringkas yang tertera pada skrin tersebut. " Jumpa di sekitar stesen keretapi. Emergency." Bisik aku lalu mengumam perlahan. Namjoon nak jumpa Jaeni? For what? Ada apa-apa yang aku tak tahu ker tentang mereka berdua? Jaeni hanya sekadar adik angkat dan aku? Namjoon call pun setakat nak tahu perkembangan kaki aku yang terseliuh.
Aku mula curiga. Jaeni ni adik angkat atau lebih daripada adik angkat? Like girlfriend tapi kenapa tak jujur je. Heol! Aku mengusutkan rambut yang baru disikat tadi. Perasaan was-was menjelma didalam sanubari.
Terasa diperbodohkan oleh abang sendiri. Ak..aku kena ikut Jaeni. Hal apa yang Namjoon nak beritahu Jaeni. Penting sangat ker sampai aku pun dia tak mesej.
🍁
Jaeni menaiki bas untuk ke destinasi yang abang aku minta manakala aku menaiki teksi. Untuk langkah berjaga-jaga, aku memakai mask seperti biasa. Kalau Jungkook nampak aku, tak ker nanti dia serang aku. Aku tak tahu kenapa aku jadi takut atau mungkin aku agak sensitif bila jumpa dia. Yalahkan selamba badak main kutuk ketiak aku. Teringat-ingat mungkin. Hmm.
Otak aku ni jadi serabut lepas dapat mesej daripada Jungkook. Dia kata dia dah tukarkan aku dengan Hwang Sooyeon. Maknanya aku dan dia akan buat assigment sama-sama. Lepastu nak jumpa esok dekat starbuck. Mana aku sempat nak tarik nafas lepas satu-satu. Okay, gurau.
Hal Jaeni dengan abang aku lagi. Entah-entah pergi dating. Aku rasa nak mencarut je. Erghhhh. I cannot lah. Aku buang pandangan ke luar tingkap. Teksi yang aku naiki masih kekal mengekori bas yang Jaeni naik. Aku menggoncang-goncang telefon bagi meredakan perasaan gelisah.
Seketika itu, bas berhenti di sekitar stesen keretapi. "Pak cik berhenti di sini ya. Nah duit tambang. Terima kasih." Aku keluar tergesa-gesa tatkala melihat Jaeni keluar dari perut bas.
Lantas aku ekori Jaeni daripada belakang. Namjoon. Aku sembunyi di sebalik dinding yang berhampiran dengan mereka berdua.
🍁
Jaeni memeluk tubuh Namjoon erat. Pelukan itu dilepaskan sebentar, sebelum Namjoon pula memeluk Jaeni. Rambut Jaeni diusap penuh kasih sayang seraya itu dahinya dicium sekilas.
"Macam mana setakat ni?" Namjoon menyoal Jaeni lalu didudukkan Jaeni di atas bangku yang terdapat di luar kawasan stesen keretapi.
"Semua okay. Dia tak ada curiga apa-apa pun. Macam mana kita nak bagitahu Haeyo tentang status kita sebenar? Jae takut. Jae takut dia tak dapat terima Jae." Luah Jaeni seperti apa yang dia pendam selama ini. Tangan yang menggeletar itu, Namjoon genggam. Pandangan sayu dihadiahkan pada Jaeni. Gadis bermata yang tidak begitu sepet dan mempunyai lesung pipit yang tidak begitu dalam ditenung penuh rasa cinta.
"Kita cari masa yang sesuai. Haeyo tak boleh tahu semua ni sekarang. Boleh jejaskan pembelajaran dia nanti." Kata Namjoon perlahan.
"Tapi sampai bila?"
"Bila tiba waktu yang sesuai, semuanya akan terbongkar." Perlahan-lahan Haeyo mengangguk setuju.
"Abang kata, abang ada hal penting untuk diberitahu. Ada apa abang? Abang bawa tak, duit yang Jae nak? Jae terdesak nak guna untuk keperluan omma."
Namjoon mengukir senyuman ikhlas. Rambut Jaeni dikusutkan tanda mahu menyakat angin.
"Ada. Duit sentiasa ada untuk Jae. Jae, abang rasa ni lah perkara yang paling berat untuk dibe...ritahu Haeyo. Ibu dan ayah dah berangkat ke luar negara. Leb..ih kurang dalam dua hin..gga ke enam tahun, mereka tinggal di sana." Jelas Namjoon tak lancar seperti biasa. Nafas ditarik sedalam yang boleh dan dihembus selega yang boleh.
"La..lamanya." Ketika itu, Jaeni tersungut tanpa sengaja. Keluarga yang tiada kaitan dengan setengah hidupnya.
"Itulah, entah apa abang nak cakap pada Haeyo. Haeyo tu nampak je kasar tapi dalam lembut. Hati tisu. Kalau bagitahu dia pasal ni, tak mustahil menangis macam puntianak." Namjoon tersengih mengingati perangai Kim Haeyo yang nakal umpama lelaki.
"Nangis macam puntianak? Mana ada! Abang ni suka buat ayat mengarut." Kata Jaeni lalu tergelak kecil. Namjoon mengeluarkan sampul surat yang setebal tiga inci. Sampul surat itu diberikan kepada Jaeni.
"Tak cukup minta. Tak payah nak buat loan lah apalah."
"Bukan apa, Jaeni tak nak susahkan abang dan keluarga."
"Jae pun ahli keluarga ni juga kan?" Jaeni terdiam. Dia menutup kelopak matanya lalu mencium sampul surat tersebut.
"Minggu depan Jae nak omma buat pembedahan. Abang sibuk?"
"Sibuk juga. Why?"
Jaeni mengumam kecil. Mulutnya ditutup erat. "Tak apalah, Jae boleh handle sendiri. Jae ingat nak minta tolong abang uruskan pasal pembedahan omma tapi memandangkan abang sibuk, Jae kena buat sendiri lah."
Namjoon tak mampu buat apa-apa. Ingin ditolong tapi apakan daya, kerja dipejabat semakin bertimbun.
"Jae nak jenguk omma lepas ni. Jae balik dulu. Rajin-rajinlah call Haeyo, buat dia terharu." Pesanan itu diterima dengan baik. Pipi Namjoon dicium sekilas. Jaeni mengatur langkah ke destinasi seterusnya.
Baru saja Namjoon ingin pulang, matanya terpandang sosok tubuh yang mengekori Jaeni pulang.
🍒
Macam mana setakat ni ff Tauke Downy?
Semoga tergoda dengan anak Jeon lepas ni😂.
YOU ARE READING
↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔
Fanfiction[ Complete ] "Soflan euww.. Of course downy." - Raut wajah yang menenangkan hanya dalam masa sesaat bertukar bengis. Layanan mesra diberi, kini ditarik semula akibat terkesan dengan satu pendustaan. Pendustaan yang telah dicipta oleh Kim Haeyo tanp...