21💰

1.2K 213 5
                                    


| Tauke Downy' 21 |

Haeyo menarik lengannya semula apabila terasa ditarik seseorang. Siapa lagi kalau bukan Jungkook. Haeyo pura-pura merengus.

"Nak apa?" Soalnya acuh tak acuh. Kakinya masih sakit akibat terseliuh kelmarin dulu.

"Boleh kau tanya apa yang aku nak? Aku nak berpasangan dengan kaulah. Kenapa tak setuju je yang kita berdua. Jangan fikir nasib orang lainlah kalau nasib diri sendiri pun tak tentu. Kita buat sama-sama assigment ni, kita dapat markah tinggi sama-sama." Suara Jungkook kedengaran kendur. Mungkin hal downy tadi masih menghantui fikirannya.

"Lagipun aku memang tak nak buat assigment dengan kau. Apa kata kau penuhi permintaan orang yang suka downy kau." Haeyo membalas sebegitu rupa.

Downy. Perkataan itu terus menampar pipinya berkali-kali dalam khayalan. Mata Jungkook mula berair. Tubuh Haeyo didakap kemas. Haeyo terkejut.

"Yo..yoon, ada orang tumpahkan downy adorable. Kau tahu tak, betapa susahnya appa aku nak keluarkan jenama baru. Ingat ramuan nak buat downy tu murah? Ke..kenapa dia tak bagi pada orang yang suka haruman downy." Rintih Jungkook pada bahu Haeyo.

"Jung...kook, malu orang ten..gok." Gagap Haeyo berkata. Nafasnya jadi tak teratur. Hembusan nafas Jungkook mengena pada lehernya. Hangat. Tak mustahil air mata lelaki itu sudah jatuh pada bahunya.

🍁

"Jungkook, first time aku tengok kau menangis sebegini rupanya. Takkan pasal downy, kau nak jadi sajat terus." Kata Haeyo sambil mengeluh. Dalam mengeluh ada juga kepuasan dihati. Jungkook, dia sudah berhenti menangis tapi matanya makin kuat memerah begitu juga hidungnya. Bibirnya apatah lagi, makin merah bak delima.

"First time aku menangis seteruk ni." Ucap Jungkook sayu. Wajahnya disembam pada meja kafeteria. Rambutnya berulang kali diraup ke belakang. Stres walhal downy bukan miliknya lagi.

"Jungkook, tu bukan downy kau. Dia orang dah beli guna duit mereka sendiri. Kau dah tak boleh sibuk. Apa yang mereka buat, kau tak boleh masuk campur."

"Aku nak orang suka guna downy bukannya merosakkan. Fikir bapak aku beli... Ha sudahlah. Tak penting untuk diingat. Sekarang ni aku nak mohon pada Puan Lee untuk tukarkan aku dengan kau." Haeyo tergelak kecil.  Bersungguh-sungguh tauke downy nak berpartner dengan dia.

Comel. Lelaki kedua tercomel yang dia pernah jumpa selepas abangnya, Kim Namjoon. Fikiran Haeyo melayang jauh. Bagaimana reaksi Jungkook nanti apabila menyedari penipuan tersebut?

"Choi Sungyoon." Haeyo tersentak.

"Jungkook."

"Hmm. Why?"

"Kau comel bila menangis. Mata, hidung dan bibir memerah. Such a cute boy even kau dah dewasa." Penyataan itu membuatkan Jungkook berubah dingin. Cuba melindungi debaran di dada dan senyuman yang bila-bila masa akan terukir.

"So? Apa gunanya kalau aku comel tapi kau tak nak buat assigment dengan aku." Rungut Jungkook lalu mencebik mulutnya. Haeyo geram. Jungkook yang masih merajuk, Haeyo tinggalkan.

"Yoon, nak pergi mana." Entah mengapa Haeyo mula menyukai nama yang tiba-tiba keluar daripada mulutnya. Yoon, Yoon. Cute betul nama tu. Jungkook pula mengada nak panggil dia, Yoon.

🍁

Jungkook menghempaskan badannya ke atas katil sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya. Satu hembusan lega dilepaskan. Jimin yang menyedari hal itu,  lantas menyoal Jungkook.

"Mana kau masa habis kelas? Kafeteria dengan Choi Sungyoon?" Jungkook mengangguk tanda betul apa yang diperkatakan Jimin.

"Jungkook, Lyan ada bagitahu aku pasal kes downy tadi. Downy yang dirosakkan tu, downy adorable. Mana Jaeni nak dapatkan downy? Sedangkan dia hanya menggunakan soflan je. Kau ingat tak, kecoh pasal downy adorable yang ada orang beli tiga kotak sekaligus? Kau tak rasa Kim Haeyo yang buat semua ni sebab dia je yang beli dengan Lyan." Jelas Jimin membuatkan Jungkook bangun serta -merta.

"Betul juga tapi apa motif dia buat semua ni? Musuh dengan aku?"

"Mungkin ada sebabnya. Aku rasa Jaeni ada cerita kut dekat dia. Dia nak bagi pengajaran dekat kau kut. Jungkook, apa kata kau hentikan semua ni. Jangan paksa orang gunakan downy. Entah-entah betul kata Lyan, pelajar terpaksa guna downy atas sebab takut kena dengan Jeon Jungkook." Jungkook senyum kelat.

"Ya, aku nak berhenti. Sungyoon dah bagitahu aku. Ak...aku pun rasa yang Kim Haeyo buat semua ni. Aku nak tengok muka dia lah. Esok cuti, apa kata kau suruh Jaeni bawakan untuk aku, Kim Haeyo."

"No."

"Apahal pula?"

"Cari sendiri." Jungkook berdecit.

"Aku nak lupakan kejadian yang berlaku hari ni, aku nak kawan lebih rapat lagi dengan Sungyoon and aku nak umumkan pada semua orang, lepas ni tiada paksaan lagi." Ujar Jungkook lalu menganggukkan kepalanya. Setuju dengan niat sendiri.

🍒

Tidak akan update sekerap cuti. Homework!  Ohemgi

↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now