| Tauke Downy' 30 |Aku memeluk omma tatkala tubuh omma muncul selepas pintu dibuka. Rindu tu tak usah kata.
"Omma, i mish you. Muah." Aku kucup pipi omma lalu mendakap erat. Omma ketawa kecil. Kepala aku dia usap seraya itu omma cium ubun kepala aku.
"Omma pun miss Jungkook juga. Halah-halah budak ni. Dah tahu rindu tapi tak reti nak balik rumah. Pergi merayap entah ke mana. Kamu lapar tak? Lauk tadi masih ada baki. Nak omma panaskan?" Ucap omma cukup buat rindu aku terlepas jua akhirnya. Aku meleraikan pelukan.
"Tak naklah. Dah kenyang. Dalam keretapi tadi dah makan." Omma mengerutkan dahinya.
"Kereta mana?"
"Tah dia. Dasar tak kenang budi. Tiba-tiba rosak masa nak balik sini. So, Jungkook dah hantar pergi bengkel semalam. Bengkel dia dekat Daegu. Nanti nak masuk kolej, Jungkook ambil lah kereta tu." Kata aku perlahan. Sedihlah woi. Aku jaga dia selama ni elok-elok, cenggitu je dia nak rosak.
"Dah masuk lah Jungkook. Tengah malam dah ni." Aku mengangguk lalu menarik bagasi masuk ke dalam rumah. Aku menghenyakkan punggung di atas sofa lalu memeluk bantal cocky. Bantal lembut-lembut gitu warna pink. Wangian downy masih harum melekat.
Omma duduk bersebelahan dengan aku.
"Setakat ni macam mana?"
"Tak ada masalah pun cuma tak faham lagi konsep nak uruskan akaun dengan betul."
"Appa mana?"
"Dah lena kena ulit mimpi."
"Ker omma dan ap..."
"Jangan nak bercakap berunsurkan benda-benda tak elok. Nanti omma ketuk pakai senduk pink." Omma memarahi aku sebelum aku bercakap. Ish, orang tak ada niat nak cakap benda tu pun.
Aku diam diri. Sebenarnya tak ada mood nak bercakap tapi disebabkan itu salah orang lain. Kenapa aku nak lepaskan pada omma yang tak bersalah? Tadi Jimin kena marah dengan aku. Mesti dia terkejut. Aish semua disebabkan perempuan tu.
"Kook naik tidur dulu boleh. Esok jelah kita bercakap. Kook rindu nak masuk kilang downy."
"Hmm. Eloklah tu."
🍁
"Macam mana boleh jadi macam ni appa? Kenapa appa sanggup berhentikan Aisha? Appa tahu kan yang dia tu baik sangat-sangat. Tak mustahil dia buat semua ni. Bukan setakat Aisha je, semua yang Jungkook percaya, appa dah pecat." Kata Jungkook tak percaya. Hampir gila dia melihat kilang downy yang sudah tak beroperasi sejak seminggu yang lalu.
"Entahlah Jungkook. Bila appa dah berhentikan Aisha, appa ingat benda ni tak akan berulang balik. Rupanya masih ada berselindung. Bila dah pecat semua orang yang kita percaya, kejadian tu tak berlaku balik. Appa ingat nak buat dakwaan tapi tak ada bukti kukuh. Seolah-olah bukan mereka yang lakukan. Licik benar tapi Jungkook. Orang baik tak semestinya berperilaku mulia. Kadang-kadang bertopengkan syaitan." Jungkook mengangguk faham sekaligus dia teringat akan kata-kata perempuan itu.
"Omma rasa, baik Kook yang selidik sementara Kook bercuti ni. Jangan try hard sangat tau. Pasal assigment tu, nanti omma bantu mana yang patut."
"Alang-alang tu siapkan terus omma." Jungkook tersengih. Puan Jeon menjeling geram. Diberi betis nak peha.
"Kook guraulah."
"Dah banyak tempat kehabisan stok. Tinggal di Daegu saja. Modal tak balik semula. Terpaksa guna duit simpanan appa balik. Bahan-bahan untuk buat downy banyak rosak."
"Serah pada Jungkook. Nanti Jungkook akan handle. Call peguam omma, suruh dia selidik siapa dalang semua ni. Jungkook pergi pejabat appa dulu."
"Hmm, hati-hati."
🍁
Jungkook mengumpulkan semua pekerja-pekerja di syarikat appanya. Sesi mesyuarat itu dijalankan penuh perhatian. Tiada langsung yang berani membuat onar. Segala penerangan Jungkook, mereka fokus lalu mencatat.
"Awak semua tahu kan yang kilang downy dah tak beroperasi macam dulu. Setiap hari lori dan van nak datang ambil. Tengok apa yang jadi sekarang? Rosak. Umpama nak bankrap. Sebelum kita bincang lebih lanjut, jujur siapa yang buat semua ni?" Soal Jungkook tegas. Siapa nak mengaku? Berak tengah jalan pun tak mengaku, inikan pula benda yang boleh bawa ke lokap.
Mereka diam. Siapa diantara mereka yang mahu mengkhianati Tuan Jeon? Dah lama mereka bekerja di situ seperti keluarga downy yang turun-temurun. Dua tiga orang jaga bahagian stok, jaga bahagian bahan, jaga bahagian nilai komersial, jaga bahagian pembetukan botol dan seangkatan.
"Awak semua tahu kan, apa yang berlaku pasti ada motif tersendiri. Kenapa tak puas hati? Syarikat downy dibuka sejak saya masih kecil. Saya pasti ramai yang masih berkhidmat. Dan saya yakin bahagian syarikat tiada masalah tapi bahagian kilang. Ketua, bangun!" Kata Jungkook. Lelaki itu bangun.
"Ya saya, Encik Jungkook."
"Kau yang tuduh banyak orang kan? Ada bukti?"
"Bukti tak ada Encik Jungkook tapi saya nampak dengan mata kepala sendiri."
"So macam mana rakaman cctv boleh hilang. Kau yang selalu jaga kilang kan? Kenapa aku syak engkau?" Seo Chanho mampu membisu.
"Mungkin pembuat lebih licik. Dia mematikan rakaman cctv untuk melakukan kerja tersebut tapi tak mungkin saya yang buat semua ni. Saya bekerja lebih kurang empat tahun, mustahil saya nak buat begitu. Kenapa tak dari dulu?" Ada betulnya juga kata Seo Chanho.
"Duduk. Pekerja kilang boleh keluar sekali dengan kau Seo Chanho."
Pekerja-pekerja kilang bangun lalu menunduk hormat kepada Jungkook.
Siapa pelaku sebenar?
🍒
Esok ada lagi.
YOU ARE READING
↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔
Fanfic[ Complete ] "Soflan euww.. Of course downy." - Raut wajah yang menenangkan hanya dalam masa sesaat bertukar bengis. Layanan mesra diberi, kini ditarik semula akibat terkesan dengan satu pendustaan. Pendustaan yang telah dicipta oleh Kim Haeyo tanp...