"Haejung. Apa ni?" Kata Haeyo kecewa. Dalam kecewa, nadanya masih dilembutkan. Tidak mahu anaknya yang masih kecil berasa takut atau terkesan. Raga kain diletakkan secara perlahan-lahan. Keadaan rumah sangat bersepah pada mata Haeyo. Perempuan itu terduduk penat.
Haejung ketawa kecil. Lingkungan umurnya sudah mencecah tiga tahun. Mana mungkin dia faham apa yang diperkatakan oleh Haeyo. Kalau dibuat karangan, anak kecil itu mungkin faham tapi kalau dibuat ayat berkias. Hm. Jam tangan yang terlilit kemas di pergelangan tangan, ditatap Haeyo.
Dia sudah lambat untuk ke butik. Haejung berlari mengelilingi meja makan pula. Girang dia bermain. Tidak tahu yang si ibu sedang menanggung beban. Kebetulan pula, Jungkook tergesa-gesa menuruni anak tangga.
"Awak." Panggil Haeyo lalu menghampiri Jungkook. Lelaki itu terkejut dengan keadaan rumahnya yang agak hancur umpama sarang tikus.
"Sayang, bersepahnya rumah."
"Haejung yang sepahkan semuanya. Sa..saya nak minta tolong awak ni. Tolong mandikan Haejung. Lepas tu, awak kemaslah rumah setakat yang mampu. Saya betul-betul urgent. Omma dah lama tunggu saya dekat butik sana." Termengah-mengah Haeyo meminta. Pandangannya penuh berharap. Berharap agar Jungkook dapat membantunya untuk menggalas sebentar tanggungjawab sebagai seorang isteri.
"I can't. Saya ada hal yang lagi penting daripada awak. Saya kena jumpa client." Rapuh hati Haeyo. Tangan Jungkook digoncang lagi.
"Tolong saya. Saya betul-betul penat, kalau nak kemas balik dan mandikan Haejung. Awak kan CEO syarikat sendiri, tak apakan kalau awak pergi lambat." Rayu Haeyo namun Jungkook tetap memberi gelengan.
"Itulah saya cakap. Jangan kerja lagi. Saya mampu nak sara awak dan Haejung. Saya nak awak jadi suri rumah sepenuh masa. Kalau awak penat, awak sendirilah yang tanggung. Awak yang nak teruskan pekerjaan tu kan? Am I right?" Ujar Jungkook berbaur perlian lalu menarik tangannya yang masih dipegang kemas oleh Haeyo. Haeyo menghela nafas panjang.
"Penting sangat ker, sampai awak tak boleh nak jaga anak awak sekejap? Saya minta tolong kali ni. Sumpah, saya betul-betul penat. Saya kemas, Haejung sepahkan semula. Hari ni, saya dan omma ada mesyuarat dengan butik lain. Please." Haeyo tak mengalah. Dipujuknya lagi agar si suami mengalah.
"Kalau awak penat, sila tinggalkan pekerjaan tu. Jadi saja suri rumah. Saya kena gerak dulu. Jangan pergi kerja selagi rumah ni, awak tak bersihkan. Cakap dengan omma yang, awak tak larat. Saya jamin, omma faham." Tegas Jungkook lagi. Tali leher dibetulkan segera.
"Haejung, sayang. Ayah nak pergi kerja ni. Kiss me." Panggil Jungkook kepada anaknya, Jeon Haejung. Maka, si comel itu terkedek-kedek berjalan menghampiri Jungkook. Lelaki itu menyamakan kedudukannya dengan ketinggian anaknya.
Seperti biasa, Haejung akan mencium pipi Jungkook bersama pakej flying kiss. " Nanti hujung minggu, ayah bawa Haejung pergi makan aiskrim." Bisik Jungkook pada cuping telinga anaknya.
YOU ARE READING
↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔
Fanfic[ Complete ] "Soflan euww.. Of course downy." - Raut wajah yang menenangkan hanya dalam masa sesaat bertukar bengis. Layanan mesra diberi, kini ditarik semula akibat terkesan dengan satu pendustaan. Pendustaan yang telah dicipta oleh Kim Haeyo tanp...