Tauke Downy ∽ 31
"Jungkook, boleh kita jumpa malam ni di satu tempat?" Haeyo bertanya lalu membetulkan masknya. Menggelabah teruk. Terasa direnung tajam oleh Jungkook. Jungkook hanya mengangguk kecil. Dia penat. Penat menguruskan syarikat appanya.
Haeyo masih tak berganjak. Jawapan Jungkook membuktikan yang lelaki itu hanya acuh tak acuh. Berbeza dengan sikap lelaki itu selama ini.
Jimin yang ada di sebelah Jungkook, dipandang meminta jawapan. Lelaki itu hanya membalas dengan mengangkat bahu.
"Dah tak ada apa-apa kan? Aku masuk kelas dulu. Kau tak nak masuk sekali ker, boleh juga aku dengar suara kau buat kali terakhir." Haeyo tersentak.
"Kenapa Jungkook?"
Melihat itu, Jimin terus angkat kaki. Malas sebenarnya dia mahu masuk campur. Lagipun dia ada janji temu dengan girlfriend barunya sebelum masuk kelas.
"Nothing. Aku cuma rasa tak sedap hati." Yang tak sedap hatinya Haeyo. Berpeluh sakan. Dia meraup rambutnya ke belakang akibat terasa bahang panas dari Jungkook.
"Apa yang ter..terjadi antara kau dan perempuan tu? Semuanya berjalan dengan baik bukan. Dia terima lamaran kau?" Jungkook menggeleng. Panas hatinya mendengar apa yang keluar dari mulut Haeyo.
"Aku be..benci dia." Haeyo tersengih dalam diam kerana Jungkook telah membenci Kwon Hara tapi dalam pada masa yang sama, Jungkook juga benci dia. Tapi apa motif Jungkook bencikan Kwon Hara sedangkan Hara tak buat apa-apa.
Haeyo memeluk tubuh Jungkook. Leher lelaki itu dipegang kemas. Wajahnya disembam pada bidang dada lelaki itu di depan khalayak penuntut ilmu.
"Aku suka kau." Jungkook tersenyum manis. Rambut Haeyo dielus lembut. Jari-jemari Jungkook merayap di sekitar kawasan telinga Haeyo.
"Tapi kau tak boleh suka aku." Gang! Hati Haeyo bagai ditetak beribu kali.
"Bukan kau kata kau suka aku. Aku dah kumpulkan keberanian untuk jujur dengan kau." Haeyo meleraikan pelukan. Bebola matanya bergerak kiri dan kanan memandang Jungkook.
"Tapi aku tak akan pernah jatuh cinta dengan seorang pembohong. Kau pun tak mahu jalin hubungan dengan seorang pembohong bukan? Betul tak Choi Sungyoon, Kim Haeyo atau Kwon Hara?" Jungkook menanggalkan mask pada bahagian mulut Haeyo dengan kasar. Tika itu, mereka berdua jadi perhatian ramai.
Haeyo meraba mukanya. Nafasnya seperti ditelan bumi. Dadanya berombak besar. Jungkook dah tahu semuanya. Matanya berkaca-kaca. Tangan Jungkook dipegang namun balasannya rentapan kuat dihasilkan.
"Mac..am ma..na awak tahu semua ni?"
"Apa lagi Haeyo? Apa lagi yang kau nak tipu. Entah berapa klon lepas ni, kau nak hadapkan depan aku. Pembohong takkan pernah bercakap benar. Semua yang kau cakap bohong belaka, "
"Tika air mata aku berguguran disebabkan downy tumpah merata-rata. Kau ada sebagai tempat aku meluah selain bestfriend aku. Aku tahu tu kerja Kim Haeyo tapi dengar nasihat kau, buat aku lupa hal tu. Rasanya tak perlu aku cerita sebab kau dah boleh mula hitung dosa kau pada aku. A.. Aku tak boleh percaya yang kau dalang semua ni. Dah tak ada kerja lain ker selain menipu orang." Air mata Jungkook tumpah namun esakan tangisnya langsung tak berbunyi.
"Saya tahu saya silap besar sebab buat semua ni. Saya buat semua ni sebab tak nak kita bergaduh macam dalam kedai runcit haritu. Saya tak ada kekuatan nak ceritakan pada awak. Tolonglah Jungkook, beri peluang kedua untuk saya baiki semua silap saya." Jungkook ketawa hambar.
"Aku tak nak dengar walau sepatah yang keluar dari mulut kau, dasar pembohong. Kau nak tahu macam mana aku tahu tentang diri kau? Tu semua atas kecuaian kau sendiri. Sebelum tu, aku tak sangka kau dah ada suami fake."
"Ni. Tengok ni!" Jungkook menarik tangan Haeyo lalu tangan itu ditunjukkan pada Haeyo sendiri.
"Gelang ni aku nampak masa kita terserempak dalam kedai runcit buat kali kedua. Ops, bukan terserempak. Aku memang nak jumpa kau. Setahu aku, aku adalah orang pertama yang order warna ni. Kedua, aku nampak botol air downy ada di atas meja ruang tamu rumah kau masa aku hantar kau sampai ke pintu depan. Kau tak payah kelentong hal ni sebab appa aku buatkan khas untuk aku. Jadi tak mungkin kau adalah orang lain, "
"Ketiga, waktu kereta meroon bagi hon pada kau. Aku tahu tu kereta abang kau. Silap-silap nombor kereta pun aku dah hafal. Keempat, rahsia downy kau dah terbongkar. Kau tahu apa reaksi aku masa tu? Aku rasa aku nak bunuh diri. Banyak lagi sampai aku sendiri dah rasa muak nak bercakap dengan kau."
Lidah Haeyo kelu. Jantungnya seakan berhenti berdegup.
"Jung..."
"Sebelum aku malukan kau depan semua orang disebabkan hal ni. Baik kau blah. Aku cuba rendahkan ton suara aku ni, pembohong."
"Tolonglah Jungkook."
"Pergi! Berambus dari hidup aku!" Tengking Jungkook naik seoktaf.
"Kenapa Jungkook?" Sooyeon menghampiri lelaki itu. Jungkook mengawal pernafasannya. Kelopak mata dikesat. Langkah kaki diatur laju menuju ke kelas.
"Kim..."
"Ooo. Jadi dia selama ni Kim Haeyo. Berpura-pura sebagai orang lain. Ey talamnya muka dia."
"Serius ah weh! Aku tak percaya dho, Jeon Jungkook punya baik dengan dia, boleh dia buat Jungkook macam tu."
"Tulah sepatutnya dia bersyukur yang Jungkook tu suka berkawan dengan dia. Tah-tah tauke downy tu dah angau dengan Haeyo. Mana dia tak marah."
"Kalau aku, aku cincang perempuan tu."
Haeyo terduduk. Dia meraup mukanya lalu menekup muka sendiri. Dia menangis hiba. Kesalnya takkan berpatah balik. Dia melukakan hati seorang lelaki yang dia cintai.
"Awak sabar Haeyo. Hadap jelah apa yang awak dah buat."
🍒
✊Terus semangat
YOU ARE READING
↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔
Fanfiction[ Complete ] "Soflan euww.. Of course downy." - Raut wajah yang menenangkan hanya dalam masa sesaat bertukar bengis. Layanan mesra diberi, kini ditarik semula akibat terkesan dengan satu pendustaan. Pendustaan yang telah dicipta oleh Kim Haeyo tanp...