04💰

1.9K 318 50
                                    

|Tauke Downy'4 |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

|Tauke Downy'4 |

Aku menghempas segala kelengkapan yang baru aku beli tadi di atas katil. Entah dari planet mana si mamat puaka tu! Teruk betul perangai. Spoil mood aku.

Masam? Eee. Aku menghidu bau kedua-dua belah ketiak aku. Kurang asam mamat tu. Aku nak pergi keluar rumah dah spray satu botol minyak wangi. Erh! Celah mana masamnya?

Aku syak mamat ni pondanlah. Pakai minyak wangi perempuan. Bau macam Rose pula tu. Aku dah lah benci bau bunga Rose. Downy? Dah lah mahal nak mampos. Kualiti pun entah apa-apa.

Sesedap cekadak dia suruh aku tukar citarasa. Dia tu siapa? Bapak aku, abang aku?

Ah, malas layan! Semoga tak jumpa mamat puaka macam tu lagi.

"Oit!"

"Apa? Dah lah masuk, tak ketuk pintu." Balas aku kepada abangku. Kim Namjoon.

"Mak tanya kemain lagi tapi kau buat tak endah je kan? Terburu-buru masuk bilik. Dah kena rasuk dengan hantu ker?" Soal Namjoon sambil menyandar pada dinding bilik aku.

"Ha'ah! Kena rasuk dengan hantu puaka." Sarkastik aku membalas.

"Nak sangat. Dah beli cukup lengkap barang peribadi kau? Jangan ada tercicir. Bila kau nak lapor diri?" Namjoon beralih tempat. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi solek aku.

"Minggu depan."

"Sunyilah rumah ni nanti. Tak ada bunyi puntianak ketawa." Aku menjengilkan mata kepada Namjoon. Perli agak-agak lah.

"Baguslah aku blah daripada rumah. Dah tak ada bunyi barang pecah selalu."

"Amboi!"

"Dah kau perli aku, aku perli kau balik. Fair." Tangan aku gatal baling bantal dekat Namjoon. Terteleng kepala dia ke tepi.

"Kim Haeyo!"

🍁

Jungkook masuk ke dalam perut kereta sambil tersengih-sengih macam kerang busuk yang tak berapa nak busuk. Ye lah tauke downy mana pernah busuk kecuali tengah berak. Itupun kalau busuk. Sebab sebelum buang air besar, dia dah siap sedia dengan downy untuk spray najisnya supaya berbau wangi.

"Yang kau ni dah kenapa mangkuk?" Tegur Jimin apabila menyedari kelakuan sahabatnya yang tak berapa nak elok.

Sepi.

"Oi!" Jimin menunjal perlahan kepala Jungkook. Refleksnya, terjengil mata Jungkook memandang Jimin.

"Sakitlah pendek!" Kata Jungkook lalu membetulkan posisinya.

"Dah tu, aku tanya kau tak jawab."

"Tanya apa?"

"Yang kau ni dah kenapa tersengih-sengih macam orang tak tentu arah. Jumpa ayam Daegu ker?" Soal Jimin  lalu mengjungkit kening ke arah Jungkook.

"Ke situ pula. Tak ada apa pun. Saja nak sengih-sengih. Tak boleh? Haram?" Bidas Jungkook namun Jimin hanya tak endah.

"Dah jumpa hotel yang aku suruh cari." Kata Jungkook cuba mengubah topik. Bimbang makin banyak yang ditanya.

"Dah."

"Mahal tak, kau tempah?"

"Huh? Ini Park Jiminlah. Untuk sekali lagi, orang bagi free." Angkuh Jimin berkata. Jungkook pula buat muka loya.

"Beli buah hati mampulah, beli minyak wangi pun tak mampu. Tuih!" Bisik Jungkook perlahan supaya tidak didengari Jimin. Namun sangkaan meleset jauh, Jimin dah macam nak buka WWE.

"Kau jangan cabar aku Jungkook. Kang aku beli satu kilang downy, baru kau tahu langit tinggi ker rendah."

"Ha beli! Beli sekarang."

Ha diam. Tahulah kau dah tak berduit sekarang. Tulah padahnya bila asyik main mobile legend. Result keluar, kad kredit masuk dalam poket bapak dia semula.

Teruk sangat keputusan baru-baru ni. Kes terjebak dengan jiran rumah sewa. Haih entah apa-apa. Janji aku setia dengan downy, walau pergi ke mana-mana. Aww.

|milky|

Hahahambar. Okay kita setkan masa untuk diorang. Pada readers baru, tolonglah baca sampai habis. Saya menyajikan resipi baru. Jalan cerita yang menarik. Huhu. Enjoy

↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now