10💰

1.3K 229 24
                                    

| Tauke Downy' 10 |

"Selamat tengahari semua. Seperti sedia maklum kita ada pelajar baru bagi jurusan perniagaan. Jadi saya nak awak semua kenal antara satu sama lain sebab saya tak nak ada kejanggalan. Kamu semua boleh bertegur sapa tapi 10 minit terakhir bukan sekarang." Ujar Puan Lee sambil mencari pen marker. Kelihatan satu kelas riuh-rendah. Pandang kiri, pandang kanan, pandang depan dan padang belakang. Tercari-cari beberapa orang pelajar baru.

Wajah Haeyo terlindung dengan mask mulut. Dia duduk bersendirian di belakang sekali. Ingatkan Jaeni pun ambil aliran perniagaan, last-last bidang pengurusan dan teknologi pejabat. Murung terus hidup dia.

"Bertenang semua. Kan saya cakap yang kamu boleh kenal-kenal 10 minit terakhir masa saya bukan sekarang. Salin maklumat yang saya tulis pada papan putih. Hafal dalam masa lima minit dan saya akan tanya seorang demi seorang." Tegas Puan Lee berkata. Pelajar jurusan perniagaan itu terus melakukan tugas yang disuruh oleh Puan Lee. Tak mahu membantah. Masih ingat lagi, pelajar yang pernah didenda oleh Puan Lee. Denda itu menjadi amaran keras buat mereka.

"Aku kira dalam lima orang pelajar baru. Aku tertarik dengan perempuan yang duduk belakang sekali tu." Ujar Yugyeom separa berbisik pada telinga Jungkook. Lelaki itu hanya buat tak endah tentang apa yang diperkatakan oleh Yugyeom. Kelas lain, mungkin dia banyak bercakap tapi kelas perniagaan dia betul-betul ingin fokus.

Impiannya adalah menjadi tauke downy yang terkenal. Nak mewarisi kegemilangan downy yang dicipta oleh ayahnya.

Orang akan cakap, buat apa nak belajar sedangkan ayah kau dah memiliki segalanya. Engkau tinggal ambil je.

Huh, semua orang pun boleh buat macam tu tapi tanpa ilmu didada, silap hari kilang tu muflis. Yalah tak pandai nak atur, mungkin akan ada penyelewangan duit dan tak mustahil dirinya boleh tertipu. Zaman sekarang, duit adalah segala-galanya.

🍁

"Eh, aku gerak dulu tau. Aku ada kelas lagi lepas ni." Kata Yugyeom lalu menepuk bahuku berkali-kali. Semua orang dah keluar daripada kelas perniagaan tinggal aku dan beberapa orang pelajar yang sedang mengemas peralatan.

"Hai Jungkook. Pandai betul awak jawab soalan Puan Lee tadi." Sapa seseorang buatkan aku terus memandangnya.

"Ouh hai. Tak adalah biasa je." Aku melakarkan senyuman biasa. Masih ralit menyimpan barang.

"Saya Hwang Sooyeon. Pelajar yang baru berpindah dekat kolej ni. Kalau awak tak keberatan, boleh kita pergi makan sama-sama." Aku terdiam.

"Bukan saya tak nak Sooyeon tapi saya dah janji dengan kawan saya, nak makan sama-sama. Lain kali ya."

"Ouh. Baiklah. Saya keluar dulu." Aku sekadar mengangguk lalu menggalas beg aku. Baru saja aku ingin melangkah, seorang perempuan yang memakai mask mulut berjalan melepasi aku.

"Oi, kau sakit ker?" Laungku tak berapa nak kuat. Aku berjalan mendekatinya. Makin ditutup adalah muka tu.

"Ha ya a..aku sakit. Boleh ke tepi sebab aku takut kau berjangkit." Suara dia macam aku pernah dengar tapi dimana ya? Aku memegang lengan kanannya sambil merenung anak mata perempuan ni.

Secara tak sengaja aku terpegun. Mata ni pun aku dah macam pernah nampak. " Kau tak nampak sakit pun. Kau malu?" Tanpa segan aku menyoal. Aku rasa dia budak barulah. Tangan aku direntap kasar.

"Jangan sentuh aku."

"Setakat berlapik kut, bukan aku raba kau." Kata aku membuatkan matanya terbuntang luas. Aku tergelak kecil.

"Aku pernah nampak kau lah tapi dekat mana ya? Kau ada jawapan?" Soal aku berbasa-basi sambil memasukkan tangan ke dalam poket seluar.

"Huh, orang Korea mata dia semua nak sama kan? La..lagipun aku tak kenal kau. Mungkin kau salah orang kut. Boleh ke tepi sebab aku nak keluar." Tanya dia perlahan. Macam tak ada suara. Deria bau aku bekerja keras. Hidung aku terbau sesuatu yang wangi. Again, aku pernah bau benda ni. Halah, kenapa kau short-term sangat ni Jungkook?

"No sebab aku tertarik dengan kau."

"Gosh! Kau Jeon Jungkook kan? Tauke downy yang boleh dikatakan famous tu." Aku buat muka teruja.

"Siot, kau kenal aku even kau budak baru. Hebatlah kau ni by the way nama kau siapa?"

"Bye. Aku ada hal." Terus perempuan tu berlari meninggalkan aku. Aku mendengus kecil sebelum melangkah keluar daripada kelas. Tak dapat nak kenal. Eh, esok ada lagi kelas perniagaan.

| milky |

Thank you for read my book😆 Harap setia sampai habis. Saya pasti ending dan konflik tidak akan mengecewakan anda. 💰

↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now