26💰

1.1K 202 10
                                    


| Tauke Downy' 26 |

"H.. Hai. Sorry ganggu kau malam-malam buta." Ucap Jungkook melalui corong telefon. Aku tergelak. Ni mesti kes tak dapat tidur. Nak ajak bersembanglah tu.

"Hai. Tak apa memandangkan aku pun belum tidur lagi. Aku tahu kau tengah hidap insomnia kan?" Kedengaran Jungkook mengeluh.

"Weh, kau tak nak datang Daegu ker? Teman aku confess dekat perempuan tu."

"Uhuk! Uhuk!"

"Kau tak apa-apa? Bila masuk topik ni je kau tersedaklah apalah. Cakap jelah kau cemburu sebab aku suka perempuan lain. Cakaplah kau suka aku, tak adalah aku tercari-cari sedangkan jodoh ada depan mata. Tak nak ah cliche-cliche macam dalam drama." Aku ketawa besar tanpa sebab dan diam tiba-tiba kerana rasa bersalah. Kalau aku bagitahu mungkin dia akan salah faham. Takkan aku nak bagitahu yang aku dah mula sayangkan dia.

Ey pleaselah aku malu siot.

"Mana ada. Aku cuma terkejut yang bestfriend aku dah ada feeling-feeling dengan perempuan." Balas aku semula.

"Takkanlah hati kau tak tercuit langsung dengan aku. Aku kan hensem, baik, kaya, digilai ramai dan yeh mahal gituw. Aku suka kau weh sebenarnya tapi memandangkan kau tak suka aku, baik aku teruskan dengan misi aku."

Drama apakah ini? Tak pernah aku jumpa dalam kaca televisyen. Pleaselah, Jungkook terlalu perasan dan Jungkook buat aku rasa rugi dan hampa.

"Mengarut. Teruskan jelah misi kau tu."

"Yoon, kau masih gaduh dengan abang kau ker? Tak baik tau. Mungkin dia tak sengaja nak tipu kau."

"Alah Jungkook, kau jangan nak menyibuk hal aku dan abang aku. Jangan bebankan otak dengan masalah orang lain. Kau tahu tak yang sebenarnya Jaeni tu kakak kandung aku. Aku tak sangka siot. Aku tak macam kau even kau anak orang kaya sekalipun mak ayah sayangkan kau. Bagi perhatian dekat kau. Aku jealous weh..." Aku terdiam tatkala terdengar Jungkook berdengkur. Mesti sebelum aku cakap tentang Jaeni.

"Good night love." Ucap aku lalu menamatkan panggilan.

🍁

"Saya rindukan Haeyo. Entah macam mana reaksi dia bila dengar kita berangkat ke sini. Apa reaksi dia bila tahu yang Jaeni kakak kandung dia? Setiap sudut saya fikir bang. Mungkin dia akan kecewa dengan kita. Saya gagal jadi ibu yang baik." Gambar mereka sekeluarga waktu kecil diusap oleh Puan Kim. Setitis air mata jatuh ke atas bingkai kaca tersebut.

Haeyo dan Jaeni kembar tapi tak seiras. Keluarnya Jaeni 10 minit lebih awal daripada Haeyo membuatkan Jaeni serta-merta menjadi anak kedua dan kakak Haeyo.

"Takdir yang menentukan segalanya."

"Bang, jangan salahkan takdir kalau kita sendiri tak mampu nak usaha. Saya nak percepatkan projek ni. Saya nak balik. Saya nak peluk anak-anak saya. Saya nakkan sebuah keluarga yang bahagia." Kepala Puan Kim jatuh pada bahu Tuan Kim. Siapa tak kenal Kim Holding? Sungguh disegani dan dihormati.

Namun sekarang syarikat itu dipegang oleh Kim Namjoon. Maju atau tak itu juga di bawah pengurusan Kim Namjoon. Terletak pada bahu anak sulungnya.

"Nak buat macam mana kita kena selalu tengok apa yang pekerja buat. Salah sikit, kos kerugian besar, sayang. Saya dah buat penamaan."

"Awalnya tapi tak apalah. Manalah tahu mati esok-esok."

"Hmm ya itulah yang saya fikir."

"Saya tak nak Haeyo bekerja di syarikat keluarga. Saya nak dia buka butik. Awak kan tahu yang Haeyo minat fesyen-fesyen."

"Bukan awak nak semua anak kita kerja dekat situ?"

"Fikiran saya berubah-ubah." Tuan Kim mengangguk lalu meneguk air teh yang dibuat oleh isterinya tadi.

🍁

Jungkook menggeliat lembut bersama mulut yang tak berhenti menguap. Lena sungguh tidur. Itulah nikmat yang dia inginkan. Terasa badannya digoncang berkali-kali.

"Lambat betul bangun. Matahari dah naik terpacak atas kepala. Aku dah breakfast awal tadi. Sorry tak tunggu kau sebab aku lapar gila. Semalam kau tak berhenti pun dekat restoran." Jungkook menutup kedua-dua belah telinganya.

'Dasar kawan tak guna.' Getus hati Jungkook lalu menyelak selimut ke tepi. Destinasi yang sama mereka inap waktu di Deagu dahulu iaitu Hotel Banglasia dengan harga percuma disebabkan panahan mata Park Jimin. Ehek.

"Kook, mak aku telefon tadi. Ayah aku masuk hospital. Aku nak minta izin kau untuk balik. Sorry sangat-sangat tapi kau boleh minta tolong apa-apa pun melalui telefon." Pujuk Jimin. Hatinya gundah-gulana tatkala ibunya menyampaikan berita seperti itu.

Jungkook berhenti melangkah.

"Serious weh? Baliklah. Kirim salam dekat ayah kau."

"Thank you. Kau take care dekat sini tau."

"Okay."

🍒

Kita chill and lepak luh☕ santai santai sebelum berlaku kehancuran.
Eh terbagi spoiler.

↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now