| Tauke Downy' 23 |Aku bingkas berjalan mengejari Jaeni yang masuk ke dalam restoran. Aku berkeputusan untuk tidak masuk bagi mengelakkan diri daripada terserempak dengan Jaeni. Tak lama itu, Jaeni keluar dengan membawa sebungkus bubur.
Aku.. Aku tak sangka dia sanggup berpura-pura depan aku. Aku jumpa balik orang macam ni. Tatkala mutiara jernih memenuhi tubir mata, cepat-cepat aku lap dengan menggunakan lengan baju.
Aku tak boleh. Aku tak boleh hidup macam ni. Hidup aku tak pernah lari daripada orang bermuka talam. Ong Jaeni, girlfriend Namjoon. Iyakan, iyakan. Okay, stop. Jangan nak buat lawak hambar untuk pulihkan diri sendiri.
Aku meraup muka lalu mengikuti perjalanan Jaeni ke destinasi seterusnya. Perasaan marah yang membuak-buak aku cuba tepis. Tak mahu huru-harakan keadaan di kawasan umum.
🍁
Jaeni mengetuk pintu lalu memulas tombol pintu perlahan-lahan. Belum sempat tangannya memegang grill, ada satu tangan merentap kasar tangannya. Jaeni terkejut. Wajahnya dialihkan memandang empunya tangan.
Jaeni kaku. Wajah Haeyo amat bengis jika dipandang. Gadis itu mencerlung tajam wajahnya.
"Haeyo? Terkejut aku. Kau bu..at ap..a dekat si..ni?" Soal Jaeni tergagap-gagap. Bibir Haeyo tersenyum sinis.
"Kau tanya aku, apa aku buat dekat sini? Kau tanya aku? Huh, aku tengah ekori adik angkat yang kikis duit abang aku. Pura-pura baik depan aku, belakang kau tikam aku. Buat ayat manis depan abang aku supaya abang aku termakan dengan hasutan kau. Perempuan jenis apa kau ni?" Dada Haeyo mula berombak. Matanya mula berkaca-kaca. Nafasnya jadi tak teratur.
Jaeni. Gadis itu terkejut bukan kepalang. Air liur ditelan kesat. Apa rahsia yang disimpan selama ini sudah terbongkar? Dia menundukkan kepalanya memandang lantai. Tak mampu bertentangan mata dengan Haeyo.
"Kau salah faham ni, Hae..haeyo." Ujar Jaeni cuba menidakkan pernyataan yang keluar dari mulut Haeyo.
"Salah faham? What do you mean 'salah faham'? Ak..aku dah dengar semua perbualan antara engkau dan Namjoon. Apa status hubungan kau dengan abang aku? Kenapa kau wujudkan pendustaan macam ni, perempuan?" Bentak Haeyo geram. Matanya tajam bak helang yang sedang mencari mangsa. Giginya diketap.
"Omma aku sakit. A.. Aku minta pertolongan daripada Namjoon untuk bantu biayai kos pembedahan. Namjoon tu..."
"Stop." Satu perkataan membuatkan mulut Jaeni terkunci rapat. Tangannya mula menggeletar hebat. Tanpa angin dan tanpa ribut, leher mulus Jaeni dicekik Haeyo.
"Kenapa mesti kau yang buat semua ni? Kenapa abang aku yang kena semua ni? Dan kenapa takdir aku macam ni?" Berpusu-pusu air mata Haeyo membasahi pipi. Ditipu amatlah menyakitkan.
"Uhuk! Hae..." Jaeni lemas.
"Ah!" Jerit Haeyo apabila tubuhnya ditarik mendadak ke belakang sehingga tangannya terlepas daripada mencekik leher Jaeni. Jaeni menarik nafas berkali-kali. Sesak didada berulang kali ditepuk.
"Jae okay?" Namjoon memeluk erat Jaeni. Lantas matanya beralih pada Haeyo yang agak terkejut.
"Tanya dia je? Aku, kau langsung tak tanya." Haeyo menyindir dalam nada sayu. Tubuhnya dipeluk tangan sendiri. Air mata yang jatuh adalah satu penyeksaan untuk dirinya.
"Haeyo apa yang kau dah buat ni? Kalau Jaeni mati, kau boleh disabit kesalahan membunuh. Kau nak meringkuk dalam penjara?" Tanya Namjoon tegas. Soalan itu membuatkan Haeyo ketawa dalam tangisan.
"Apa hak aku sebagai seorang anak, Namjoon? Sampaikan kau hanya bagitahu dia tentang mak dan ayah. Aku? Kau langsung tak khabari. Dia tu hanya adik angkat kau, Namjoon. Tak ada pertalian darah dengan kau, aku, mak dan ayah. Atau dia sebenarnya girlfriend kau? Kau bela betina sundal yang kikis duit kau daripada aku! Kau ni dah makan ubat, Namjoon." Tengking Haeyo dengan rasa meluap-luap.
Pang!
Satu tamparan berbekas pada pipi Haeyo. Haeyo terkilan. Pipinya dipegang dan diusap perlahan. Rasa sakit merobek jiwanya.
"Kau sanggup tampar aku semata-mata untuk perempuan ni. Rahsia apa yang korang sembunyi sampaikan korang kena tunggu masa yang sesuai untuk jelaskan pada aku? Tell me Namjoon! Tell me the truth." Haeyo mula kurang sabar.
"Yang kau hina ni ialah kakak kandung kau! Puas hati?" Balas Namjoon hingga menghincutkan bahu Haeyo.
🍁
Haeyo menangis hiba di bangku yang terletak di penjuru taman. Ayat yang keluar daripada mulut Namjoon membuatkan dirinya terkilan. Wajahnya ditekup kesal. Haeyo terduduk lemah di atas rumput. Rumput itu dipukul-pukul tanda melepaskan rasa sakit yang menyelubungi tubuhnya.
"Arhh!" Tempik Haeyo. Mujur saja kawasan itu, tak ramai orang yang lalu lalang. Rambutnya diserabaikan sekusut yang boleh.
Kakak kandung? Ong Jaeni, kakak kandungnya. Tak mustahil. Itu saja yang terpacul pada pemikiran Haeyo.
"Nah." Satu sapu tangan berwarna coklat dihulurkan. Haeyo kaku. Suara itu, suara yang kerap dia dengar. Lantas mask yang ada di dalam poket, dikeluarkan. Mask itu dipakai elok pada bahagian mulutnya.
Haeyo ambil sapu tangan coklat itu. Dilapnya kelopak mata yang masih dipenuhi air mata. Cepat-cepat dia berdiri.
Memang betul sangkaan Haeyo.
"Kau tengah meracau ker tadi?" Soalan itu membuatkan pipi Haeyo membahang malu.
"Taklah. Ak..aku tak boleh terima kenyataan. Yang kau pergi tengok buat apa? " Balas Haeyo sarkastik.
"Tak boleh terima kenyataan yang aku paksa kau jadi partner? Kalau sebab tu, aku boleh tukarkan semula. Tak sangka jijik betul aku pada mata kau."
"Eh! Bu..bukan tu maksud aku dan bukan sebab tu."
"Habistu?"
"Adalah. Privasi aku."
Jungkook memeluk tubuh Haeyo erat sehinggakan nafas Haeyo tak terkawal serta merta. Rambut toncang Haeyo diusap perlahan.
"Kalau kau nak luah. Luah je pada aku sebab aku sahabat kau. Yang akan ada selalu dengan kau, tak kira apa pun yang berlaku. Mulai sekarang, aku adalah sahabat rapat kau dan kau adalah sahabat rapat aku." Ayat itu, ayat yang membuat Haeyo kelu. Jantungnya mula berkerja keras.
🍒
Jap! Jap! Bagi aku bernafas! Weh siyes Ah. Aku tak sangka dapat karya mencecah 1k vote. First time wehhhh dengan followers 87. Yang tak follow, aku ucapkan ribuan terima kasih sangat-sangat.
Maaf di mana ada terkurang. Sorry Ah, aku tak boleh buat ff macam senpai lain. Sebab aku anti sesangat dengan tatabahasa. Like titik, koma. Aku tak boleh buat ff sempoiii. Bukan tak cuba tapi aku memang tak boleh. Geram tengok kesalahan even ff aku bukan perfect sangat pun.
Last but no least. BORAHAE💜
YOU ARE READING
↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔
Fanfic[ Complete ] "Soflan euww.. Of course downy." - Raut wajah yang menenangkan hanya dalam masa sesaat bertukar bengis. Layanan mesra diberi, kini ditarik semula akibat terkesan dengan satu pendustaan. Pendustaan yang telah dicipta oleh Kim Haeyo tanp...