19💰

1.1K 217 26
                                    


| Tauke Downy' 19 |

"Kau jatuh cinta dengan Choi Sungyoon ker Jungkook?" Soalan Jimin membuatkan kerja aku terhenti seketika. Aku melihat tepat ke arah anak matanya. Ada ke fikir macam tu? Tapi aku suka as a friend lah. Tak lebih.

"Taklah. Aku anggap dia kawan je. Entah tapi aku memang suka kawan dengan dia. Sempoi, acah ganas. Macam Jaeni." Kata aku membuatkan Jimin terangguk-angguk faham.

"Cara kau melayan dia, nampak suka."

"Tak pun."

"Kenapa dia pakai mask? Jangan terpedaya Jungkook. Entah-entah gigi jongang macam pekerja hotel dekat banglasia tu. Merana hidup kau." Ujar Jimin sambil ketawa. Aku pun ikut sama.

"Ada-ada je kau tapi bagi pandangan aku, dia cantik." Puji aku sambil menulis kerja. Tiba-tiba teringat hal dia tolak aku tadi. Comel.

"Aku cuba berkawan dengan Jaeni tadi tapi tak boleh. Dia sombong sangat." Kepala aku terdorong ke belakang akibat terkejut dengan ayat Jimin. Serta-merta pandangan aku jatuh pada Jimin.

"Yea, aku try dia sekali lagi. Aku tahu kau bukan tidur pun semalam. Aku nampak kau asyik tengok aku tengah buat kerja. Bila aku pandang kau, kau pura-pura tidur. Kau faham tak apa itu terharu?" Alamak rahsia terbongkar pula.

"Alah bukan aku temankan kau pun. Aku senanya tak boleh tidur. Imsomnia." Jimin mencebik mulutnya masam. Aku memang ada insomnia. Tak boleh tidur. Sampai tahap pukul lima baru boleh tidur. Mengantuk dalam kelas. Tak tahu macam mana nak atasi insomnia ni. Tah memang sebati dalam hidup aku.

🍁

Jungkook berjalan masuk ke dalam kolej. Tiba-tiba saja dia diterpa beberapa insan berjantina perempuan. Jungkook mengeluh. Pasti nak tanya pasal bila downy baru nak keluar.

"Kenapa?"

"Sa..saya nampak botol downy adorable tergolek sana sini dan ce..cecair tumpah merata-rata. Bu..bukan sikit, ba..banyak Jungkook." Jungkook terkesima. Rasa meluap-luap naik ke mukanya. Serta-merta wajahnya berubah kemerahan-merahan.

"Mana?"

"De..kat belakang tandas lelaki dan perempuan. Paling banyak dekat tandas lelaki." Jawab perempuan itu lagi. Jungkook tak menjawab. Laju tangannya mengeluarkan telefom pintar untuk menghantar mesej pada Jimin dan Lyan.

"Thank you."

"My pleasure."

Mendengar terima kasih daripada Jungkook merupakan saat membahagiakan bagi pelajar perempuan yang tergila-gilakan Jeon Jungkook. Dengan perasaan membuak-buak, Jungkook berlari ke arah tandas lelaki.

🍁

"Angkara siapa?" Soalan yang mengandungi dua patah perkataan cukup membuatkan Lyan gerun. Jungkook menarik nafas panjang. Tak mahu dia melepaskan kemarahan pada orang yang tak bersalah.

"Saya rasa Ong Jaeni sebab dalam kolej ni, dia je yang tak suka downy." Sampuk seorang perempuan sambil bercekak pinggang. Jungkook yang menyedari hal itu, lantas menyuruh Jimin mencari Jaeni.

"Jungkook, awak gila ker? Jaeni tak pernah ganggu hidup awak. Tak semestinya dia tak suka, dia berdendam. Saya kenal dia macam mana." Ucap Lyan tak puas hati. Kawan yang dia amat percayai, tak mungkin akan berbuat sedemikian.

"Habis kau nak cakap siapa? Orang tergila-gilakan downy aku yang buat semua ni." Dia mencerlung Lyan tajam.

"Boleh jadi sebab diorang nakkan perhatian daripada awak."

"Ey, mana ada!" Marah puak-puak mereka. Pelajar lelaki kemain galak ketawa terhadap tauke downy. Walaupun bukan mereka yang lakukan tapi mereka tetap puas hati melihat kejatuhan Jungkook.

"Jungkook, dengar cakap saya. Awak bertenang dulu. Nanti saya selidik siapa yang buat semua ni? Dah pergi masuk kelas sana. Impian awak nak jadi tauke downy yang sebetul-betulnya kan?" Jungkook mengangguk sayu. Runtuh hatinya saat ini.

"Dah belajar rajin-rajin. Nanti saya suruh cleaner cuci lantai." Sekali lagi Jungkook mengangguk. Lyan terpandang tangan Jungkook yang terketar-ketar.

Walaupun downy yang dirosakkan kepunyaan orang. Sedih tak dapat dikata. Jungkook, seorang lelaki yang menjual downy demi kepuasan semua orang.

"Siapa yang sanggup buat macam ni dekat aku? Dah tentu orang yang tak puas hati dengan aku. Dah tentu orang yang aku paksa guna downy. Siapa lagi kalau bukan Jaeni? Tell me who, Lyan?"

"Dah bersurai semua sebelum pensyarah tengok kita." Laung Lyan kepada mereka semua. Seketika itu, hanya tinggal Lyan dan Jungkook saja.

"Sakitkan?"

"Sa..sakit."

"Itu yang awak nakkan. Nakkan kepuasan tapi dengan cara memaksa orang menggunakan downy. Mungkin salah satu daripada mereka terpaksa. TERpaksa guna downy sebab tak mahu kena dengan awak. Habistu mana kepuasan awak yang nak tengok semua orang puas. Mungkin mereka dah tak tahan."

Dalam pada itu, air mata Jungkook turun membasahi pipinya.

🍒

Huhu. Konflik dah start.

↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now