Tauke Downy ~ 35
Jungkook duduk di atas sofa sambil menunggu kedatangan peguamnya. Jari-jemari ralit menekan keyboard laptop. Kemasukan pekerja baru harus ditapis.
Dia tak mahu pisang berbuah dua kali. Seketika itu, Jimin menolak pintu bilik kerja Jungkook membuatkan Jungkook mengerling ke arahnya.
"Kook, sampai bila kau nak macam ni? Kau kena dengar penjelasan aku." Jimin merayu lalu duduk di hadapan Jungkook.
"Rasanya tak perlu. Kerja start minggu depan. Elok kau baliklah sebelum aku pecat kau." Bengis Jungkook berkata. Jimin hanya mampu mengeluh.
"Tolonglah, aku tak suka pun dekat dia. Aku cum..."
"Blah!"
Jimin mengemam bibirnya geram. Jungkook tak mahu langsung dengar apa yang dia nak cakap. Bukan niatnya untuk menikam belakang Jungkook. Padahal dia ingin menyelamatkan Jungkook. Perempuan macam tu hanya mahu kikis duit Jungkook. Dalam pada kehancuran persahabatan tersebut, Jimin berasa lega.
Putus juga hubungan yang dijalinkan oleh Jungkook. Jimin, lelaki itu memutuskan untuk bekerja sebagai manager di syarikat downy selepas tamatnya semester di kolej. Dan ya berhasil. Tuan Jeon amat percayakan dia.
Tak lama itu, satu insiden telah berlaku menyebabkan Jungkook berubah dingin. Jimin berjalan keluar apabila Jungkook masih memandangnya dengan pandangan helang. Peguam yang berurusan dengan Jungkook masuk ke dalam pejabat Jungkook.
Tangan dihulur untuk berjabat. Jungkook hanya senyum kecil.
"Encik Jungkook, dua minggu lagi banduan tersebut akan keluar dari penjara. Saya dengar dia akan diikat jamin. Sepanjang menyoal Seo Chanho, kami tak dapat sebarang maklumat lain. Pihak polis merasakan ada motif membalas dendam." Ujar peguam tersebut lalu mengeluarkan fail kerja. Jungkook mengangguk faham.
"Peguam Han tahu siapa yang ikat jamin dia? Balas dendam? Setahu saya, ayah saya tak berhutang langsung dengan siapa-siapa untuk memajukan syarikat downy. Mustahil."
"Saya tahu itu. Encik Jungkook, firasat pihak polis langsung tak sama dengan firasat saya. Boleh jadi sifat dengki melihat kejayaan orang lain. Setelah diselidik, Seo Chanho lelaki miskin. Akaun bank miliknya juga telah saya selidik. Tahun lepas dalam 12 juta won masuk ke dalam akaun Seo Chanho. Saya sudah jejakkan kaki ke rumah dia. Ibunya menghidap lumpuh dan ayahnya ada penyakit barah otak. Rumahnya begitu usang."
"Hospital pun saya dah selidik. Kos merawat ibu bapanya sudah lunas. Bagaimana orang miskin mampu membayar kos yang begitu banyak. Tak lupa, saya soal kedua-dua ibu bapa Seo Chanho. Mereka enggan menjawab."
"Peguam Han, kesimpulannya ada orang merasuah dia untuk jatuhkan syarikat downy?"
"Tepat sekali. Saya cuma nak bagitahu hal tersebut. Kan kita dah masuk mahkamah hari itu, bukti tak cukup untuk menyabitkan kesalahan Seo Chanho. Elok, Encik Jungkook cari saksi atau bukti yang lebih baik supaya kita dapat dakwa semula."
"Tapi saya nampak dengan mata kepala saya sendiri."
"Benda tu sudah lapuk, Encik Jungkook. Peguam yang menguruskan Seo Chanho lebih licik berbanding saya tapi tak mengapa saya akan menang selepas ini." Peguam Han menunduk hormat lalu meninggalkan Jungkook sendirian. Dia menghembus nafas kasar. Kesal.
🍁
"Bos Kwang, nah rekaan terbaru saya. Macam mana?" Soal aku kepada bos butik yang aku kerja. Lyan menyenggol lenganku perlahan.
"Jangan nak mengada panggil dia bos. Dia pengurus je dekat sini. Bos sebenar kita, dah lama tak datang." Aku hanya senyum kelat.
"Hish kamu ni Lyan. Biarlah saya merasa jadi bos. Haeyo? What's wrong with you? Monyok saja." Tanya Encik Kwang sambil merenung wajah aku.
"Saya tak sedap badan." Balas aku diterima dengan anggukan mereka. Lyan mengusap rambut aku.
"Lyan, kamu tengok berita semalam. Mayat pesawat KS203 dah sampai. Kesian mereka. Semoga mendapat ketenangan di sana. Ada 20 orang lagi tak dijumpai." Mata aku berair serta-merta. Nafas aku menjadi perlahan. Degup jantung seperti mahu berhenti.
"Haeyo?" Tegur Lyan. Aku peluk Lyan kemas.
"Mak dan ayah saya terlibat sama. Mayat diorang dah sampai semalam. Reput. Apa salah ayah dan mak saya sampai tuhan bagi kematian macam tu pada mereka."
"Ha.. Haeyo. Tenang. Semua ni dugaan."
🍁
Pekerja dibutik menunduk hormat kepada bos sebenar mereka. Tak disangka-sangka bos mereka akan kembali ke butik setelah sebulan lebih tak menghadirkan diri. Encik Kwang lah yang selalu bertanggungjawab ke atas semua pekerja.
"Puan Jeon, kami menerima tiga orang pekerja baru yang bertugas di bahagian mereka fesyen baru. Yang pertama Kim Haeyo, kedua Meak Baweng dan ketiga Seop Beonjot." Puan Jeon mengangguk faham.
"Bagus Kwang Soo. Pandai kamu jaga butik saya. Panggil ketiga-tiga pekerja baru masuk ke bilik saya. Satu persatu."
Kwang Soo memberi isyarat untuk Haeyo masuk dulu. Haeyo menjeling malas. Tak tahu ker yang dia tengah berdebar perut. Terasa sebu.
"Kamu. Kim.."
"Kim Haeyo." Haeyo menjawab pertanyaan Puan Jeon. Diletakkan beberapa keping kertas di atas meja.
"Nice."
🍒
Sumpah weh. Part ni paling sakai. Woon janji woon akan comeback dengan part yang mengguda jiwa kamu semua.
Thanks for read, thanks for vote. I don't care about vote but i want you to comment. Aku suka balas komen readers.Apa salahnya kita menghargai antara satu sama lain.
Siapa bias anda? Grup feveret.
YOU ARE READING
↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔
Fanfic[ Complete ] "Soflan euww.. Of course downy." - Raut wajah yang menenangkan hanya dalam masa sesaat bertukar bengis. Layanan mesra diberi, kini ditarik semula akibat terkesan dengan satu pendustaan. Pendustaan yang telah dicipta oleh Kim Haeyo tanp...