| Tauke Downy' 28 |Aku menggelepurkan kaki di atas katil apabila Jungkook buat macam tu dekat aku. Punah weh. Kwon Hara baru nak bahagia apabila Jungkook nak luah perasaan.
Pipi tembam teddy bear berwarna ungu, aku picit geram. Kenapa Jungkook buat jantung aku tak berdegup seperti biasa. Laju semme. Macam mana dia tahu warna kesukaan aku?
Dah lah sebelum cuti, aku nampak dia berkepit dengan Sooyeon. Aku mencebik kesal. Entah-entah dah mula angau dengan Sooyeon. Sebab tu tak jadi nak luah dekat aku. Assigment yang ada di atas meja, aku tak endah. Sakit hati pula dekat Jungkook. Menyesal puji.
"Haeyo!" Laung Namjoon lalu mengetuk pintu bilik aku. Ha yang ni sekor lagi. Rimas betul.
Aku memulas tombol pintu lalu muncullah Namjoon si abang tak guna. Aku menjeling seraya itu berpeluk tubuh.
"Nak apa?"
"Makan malam. Cepat, abang dah siapkan makanan nanti sejuk kalau makan lambat." Kata Namjoon lembut. Sejak aku gaduh dengan dia, dia berubahlah juga sampai buat aku terharu.
Tapi ego dan Haeyo tak boleh dipisahkan.
"Kalau aku tak nak?" Tengok ego meninggi. Namjoon hanya senyum kelat lalu meninggalkan aku di muka pintu. Ni sorang lagi suka tinggal aku dalam keadaan terpinga-pinga. Merajuk ah. Fikir aku kisah.
🍁
Haeyo menarik kerusi lalu duduk di hadapan Namjoon. Nasi yang ada di dalam mangkuk, dia cedok lalu memasukkan ke dalam mangkuk kecilnya. Sup ayam yang masih panas diambil menggunakan senduk. Sup ayam tersebut dicurahkan ke atas nasi.
Tanpa Haeyo sedari, ada seseorang menghampiri meja makan tersebut. Dia duduk di sebelah Namjoon.
Suapan pertama membuatkan Haeyo tersedar. Dia berdecit kecil.
"Tch. Kau pun ada. Tak sangka sanggup jejakkan kaki dekat sini. Kau dengan Namjoon tak ubah macam pasangan kekasih. Tak sesuai status adik-beradik." Haeyo menyindir Jaeni yang baru saja duduk.
"Haeyo, Jaeni kakak kau. Kembar kau. Darah daging kau. Jangan nak layan dia tak ubah macam musuh kau. Dia tak buat salah apa pun pada kau. Kau tu yang memberi masalah pada waktu kecil. Tak rasa malu kurang ajar pada orang yang lebih tua dari kau?" Namjoon menasihatkan Haeyo yang perangainya tak ubah seperti perempuan tidak matang. Haeyo tersentap. Dia?
Dia yang bagi masalah masa kecil.
"Relaks. Sebaya. Buat apa nak hormat. Cukup dia hormat aku dan aku pun akan hormat dia." Namjoon menahan amarah yang semakin meluap didada.
Jaeni diam membisu.
"Tak cukup ker dia bagi penghormatan dekat kau selama ni. Kau je yang melebih. Abang tak faham dengan kau lah Haeyo. Kau nak hidup yang macam mana Haeyo? Kalau mak tahu sikap kau macam ni, dia kecewa."
Haeyo tersentap. Meja dihentak seraya itu dia meninggalkan Jaeni dan Namjoon di meja makan.
"Kenapa abang menjawab? Biar je. Biar Haeyo tenangkan diri dia. Mungkin dia tak dapat terima lagi takdir yang Jaeni kakak dia. Abang jangan paksa dia lagi lepas ni. Biar je dia nak cemuh Jaeni." Pesan Jaeni lalu mengusap belakang badan Namjoon. Mengurangkan rasa amarah Namjoon.
🍁
"Bagus. Kau buat kerja dengan baik. Dia dah kerugian besar. Lepas ni, downy tak akan maju semula. Giliran Biozipe ambil alih kemajuan tu." Lelaki itu ketawa kecil. Gembira melihat perancangan yang semakin menuju kejayaan. Tak sabar nak tengok syarikat downy gulung tikar.
"Aku dah buat kerja dengan bagus sampai lelaki tua tu langsung tak syak aku. Aku nak bayaran dua kali lipat dari asal. Hampir semua pekerja downy, lelaki tua tu dah pecat. Tinggal aku dan beberapa lebihan. Aku akan hapuskan semuanya. Kau kena cari orang untuk kerja di situ. Aku takut silap hari terkantoi. Tambah-tambah cuti semester dah bermula. Kau tahu? Anak kesayangan dia dah balik." Ucap si dia lalu berpeluk tubuh.
"Jeon Jungkook?"
"Ya dan sebab tu aku mulakan perancangan lepas dia balik semula ke kolej."
"Aku akan arahkan orang aku untuk bunuh Jungkook. Bagimana?"
"No. Aku tak nak ada berlakunya pertumpahan darah sebab aku tak nak terlibat dan semestinya benda ni akan jadi kes polis."
"Baik. Aku terima nasihat dari kau tapi pastikan dia bankrap terus. Aku tak nak edaran downy semakin berleluasa sebab duit hasil downy boleh tolong syarikat dia bangkit semula. Lakukan kemalangan untuk lori-lori downy."
"Are you kidding me? Jahat sangat engkau ni."
"Why not?"
"Empat kali lipat dan kerja kau akan beres."
"Duit dan kau berpisah tiada. Seronok betul ada orang nak buat jahat kerana duit. Sia-sia je pahala kau selama ni."
"Hey lelaki tua, aku pun membantu kau juga sekarang. Pahala juga kan?"
"Ajaran mana yang kau tengah amal ni. Menyesatkan betul.
🍒
Hai. Hagagagaga kalau vote cecah 30. Dua bab akan menyusul
YOU ARE READING
↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔
Fanfiction[ Complete ] "Soflan euww.. Of course downy." - Raut wajah yang menenangkan hanya dalam masa sesaat bertukar bengis. Layanan mesra diberi, kini ditarik semula akibat terkesan dengan satu pendustaan. Pendustaan yang telah dicipta oleh Kim Haeyo tanp...