42💰

1.2K 228 101
                                    

Tauke Downy - 42

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tauke Downy - 42

Aku melirik ke arah Jungkook dan model yang dipilih untuk menjadi duta downy. Kelihatan akrab betul. Bukannya nak minta maaf pasal semalam. Aku memeluk tubuh lalu duduk menyendiri di sebalik pokok.

Hari ni, hari yang istimewa bagi Jungkook sekeluarga. Legasi downy kian tercipta semula. Yang mana penyokong Jungkook masa dekat kolej dulu pun datang. Yang gedik dulu pun datang tapi sekarang dah matang. Elok je diorang cakap dengan aku. Nayeon, Jennie dan Irene. Mereka sangat cantik.

Semua yang datang pada hari ni, dapat mencuba pelbagai aneka downy. Keluaran baru pun dah dikeluarkan. Ada pameran pelbagai bau, ada pameran cara menggunakan downy dan ada pameran cenderahati berbentuk botol downy. Keychain.

Cute. Susah-payah Jungkook bangunkan balik. Banyak benda yang orang buat dekat sini sedangkan aku berdiri tegak memandang Jungkook dari jauh. Hm, ada perasaan asing bila tengok Jungkook dengan model tu.

Lepastu hari ni ada promosi. Pakej pembelian. Memang rugi siapa tak datang. Jaeni dan Namjoon cakap nak datang tapi batang hidung pun tak nampak.

"Hai." Sapa seseorang membuatkan aku berpaling memandangnya. Aku senyum senget.

"Hai, kenapa datang sini? Kau kan kena layan tetamu yang datangnya." Kata aku kepada Park Jimin. Jimin hanya mengangkat bahu. Boleh dia cakap dia tak tahu.

"Dengan aku kemain aku kau. Dengan Jungkook, berhabis sopan ya kau."

"Tak adalah. Aku nak tanya something ni Jimin tapi kau kena jujur dengan aku." Ucap aku buatkan Jimin memandang aku serius.

"Nak tanya apa?" Jimin menukarkan posisi dengan keadaan berdiri di hadapan aku. Aku menggaru dahi lalu menyilangkan tangan.

"Kau dan Jungkook bergaduh? Sebab layanan dia dekat kau tak sama dengan layanan masa dulu. Beritahu aku apa sebabnya. Hari tu, Sooyeon datang rumah Jungkook lepastu minta getback dan Jungkook marah dia. Aku pasti nama kau disebut." Jelas aku memancarkan riak sedih pada wajah Jimin.

"Dia salah faham. Dia fikir aku ni nak rampas kebahagiaan dia dengan mendekati Sooyeon. Kau pun tahu sejarah silam aku, aku ni playboy." Balas Jimin membuatkan aku terangguk faham. Kalau dia betul-betul sayangkan aku, dia tak akan cari lain. Dan sekarang dia marah Jimin sebab kacau Sooyeon.

Dia sayangkan Sooyeon. Haha. Dan aku tolong dia menjauh daripada Sooyeon. Manusia apa aku ni?

"Jadi ucapan dia pada aku semua palsu belaka kan? Ka...kalau dia cintakan aku kenapa dia marahkan kau sebab rampas Sooyeon." Bisik aku pada diri sendiri. Aku mengetap bibir. Menahan sebak yang melanda di dada.

↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now