46💰

1K 213 15
                                    

Tauke Downy - 46

Aku mengunci pintu rumah lalu pandangan aku jatuh pada wajah Haeyo. Dia kelihatan gugup. Aku menepuk bahunya supaya dia tahu aku akan sentiasa ada di sisi dia.

"Kau jangan takut. Aku selalu ada di sisi kau tak kira susah atau senang." Haeyo menundukkan kepalanya. Tiba-tiba telefon aku berdering kuat. Poket seluar, aku seluk.

"Encik Jungkook, Encik Jungkook! Ada sesuatu yang berlaku. Baik encik datang cepat!" Gelabah Chaeyoung berkata. Dada aku terasa sesak tiba-tiba. Adakah sesuatu yang telah berlaku?

"Sabar Chae. Cakap slow-slow." Aku cuba bertenang walhal jiwa aku dah separuh kacau.

"Encik Jungkook, s...saya dah tak boleh nak cakap apa-apa. Encik datang je dekat kilang." Panik aku jadinya. Serentak itu, aku menamatkan panggilan. Wajah Haeyo aku pandang. Riak wajahnya berubah bimbang.

"Haeyo, kau jelaskan semuanya pada omma sendiri boleh tak? Aku akan menyusul balik. Staff aku call, cakap penuh panik. Ak...aku takut berlaku perkara yang tak diingini. Boleh kau pergi sendiri? Kalau kau nak kereta, kau guna kereta aku. Ak..aku naik teksi." Ujar aku perlahan. Aku berharap Haeyo akan pergi sendiri. Jika berlarutan, bahaya akan menimpa di kemudian hari.

"Sa..saya takut. Sa...saya takut kalau omma awak dah mula pandang serong terhadap saya. Apa yang dah jadi Jungkook?"

"Entah tapi aku dapat rasakan ada sesuatu yang tak baik berlaku. Tolong Haeyo. Demi keberlangsungan hubungan kita. Aku sa...sayang kau sangat-sangat." Pujuk aku.

"Okay saya pergi."

"Smile."

Haeyo melakar senyuman kecil. Aku dakap tubuh Haeyo kemas. Dahi Haeyo aku kucup cuba menenangkan hatinya yang gusar tika ini.

🍁

Aku melilau sekeliling rumah Puan Jeon. Rasa takut menyelubungi diri. Aku menekan loceng rumah Puan Jeon berkali-kali. Kelihatan Puan Jeon keluar daripada rumahnya.

"Kau buat apa dekat sini? Kau ni memang perempuan murahan kan? Sanggup duduk sebumbung dengan anak aku. Kau datang sini buat apa? Apa kau dah buat dengan anak aku?" Tengking Puan Jeon seoktaf. Bahuku terhincut.

"Puan.. Puan jangan salah faham. Saya sewa bilik dalam rumah Jungkook. Akan saya cari rumah sewa yang lain."

"Aku pecat kau!"

"Cik!" Aku tersentak dari lamunan. Aku raup muka aku perlahan-lahan. Aku mendongak memandang suara yang memanggil aku. Nasib mimpi. Puan Jeon hatinya sebaik mutiara pun, kau fikir benda tak elok tentang dia. Haih.

"Pu..puan Jeon ada?" Soal aku perlahan. Perempuan muda ni menggeleng.

"Puan tak ada. Dua minit yang lalu Puan Jeon dan Tuan Jeon dah keluar daripada rumah dengan tergesa-gesa. Saya rasa mereka pergi ke syarikat Downy. Sebab mereka menerima panggilan kecemasan daripada company." Jelas pembantu rumah tersebut. Aku mengangguk. Jadi, aku ada dua pilihan sama ada pergi kerja atau pergi tempat kerja Jungkook?

"Terima kasih."

"Ada apa dik? Saya boleh tolong kirimkan kepada Puan Jeon."

"Tak mengapa. Saya pergi dulu."

Aku meninggalkan rumah tersebut lalu bergerak menuju ke perhentian bas. Apa yang dah jadi dengan syarikat Jungkook. Moga baik-baik saja.

🍁

Jungkook memandang sekeliling kilangnya. Huru-hara jika dilihat. Kelihatan dua tiga buah ambulans terparkir berhampiran kilang. Jungkook menarik nafas panjang. Jiwanya kacau-bilau. Perlahan-lahan dia mengatur langkah ke arah Jimin.

"A...apa yang dah jadi dengan kilang aku?" Soal Jungkook gusar. Jimin menutup kelopak mata erat. Nafas dihela sebelum mulutnya memberitahu hal sebenar.

"Pengawal keselamatan, Jungkook. Dua meninggal, empat lagi parah dan selebihnya cedera kecil. Dalam kilang masih elok dan tersusun. Malam semalam, mereka kena serang. Teruk dikerjakan. CCTV rosak." Satu-persatu Jimin menjelaskannya. Dada Jungkook terasa sesak. Dia terduduk lemah.

"An..angkara siapa? Siapa lagi nak berdendam dengan aku ni? Ya tuhan." Air mata kelakiannya mula keluar. Jimin menggosok belakang badan Jungkook.

"Pihak polis tengah selidik. Kau sabar Jungkook. Aku syak Seo Chanho. Mungkin dia rasa malu sebab kes dulu. Pihak polis tengah cari Seo Chanho untuk dijadikan tahanan sementara sebab kes lepas belum selesai. Ingat yang dia hanya diikat jamin. Itu pun kita kekurangan bukti." Jungkook mengemam bibirnya. Kepalanya dipukul-pukul. Tangan Jimin ditolak kasar. Mukanya ditekup.

"Jungkook, please kawal emosi kau. Aku tahu benda ni berat sebab aku pun terasa sesak di dada. Bangun Jungkook, jangan orang yang bersalah tu nampak kau macam ni. Tunjuk kau kuat." Tubuh Jungkook diangkat oleh Jimin. Lemahnya Jungkook seperti tiada kudrat untuk berdiri. Jungkook mendakap erat sahabatnya.

"Memang betul apa yang aku mimpi selama ni. Akan ada lagi kehancuran downy. Kau tahu tak, aku usaha nak naikkan downy bertungkus lumus. Aku habiskan duit simpanan aku hanya untuk gajikan pengawal keselamatan agar lebih ramai. Pekerja berulang kali aku tapis. Entah-entah Tuhan tak mengizinkan aku buat kerja ni."

"Jungkook ni bukan benda haram. Kita duduk dekat kerusi tu. Kau kena relaks. Biar aku handle semua ni. Omma dan appa kau dalam perjalanan menuju ke sini. Chaeyoung dan beberapa staff yang lain akan jaga syarikat hari ni. Bertenang! Tarik nafas." Nasihat Jimin penuh kasih.

Jungkook terdiam. Ha..haeyo? Macam mana dengan perempuan kesayangannya itu? Selamatkah dia?

🍌

Sorry lambat update.

↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now