| Tauke Downy' 13 |"Aku tak boleh ambil tempat duduk belakang. Baik aku duduk depan, tak adalah dia nak usha. Bukan apa, lelaki ni kalau tak dapat maklumat cukup lengkap, dia takkan senang duduk." Omel Haeyo lalu duduk di hadapan sekali. Yang pasti tempat itu di hujung. Haeyo membetulkan masknya yang terasa senget.
Rambutnya disikat ke depan. Ingin menutup bahagian dahi. Kakinya dari tadi terketar-ketar. Mulut tak payah cakap, rasa ada ais. Dia meneguk liur kelat apabila pelajar jurusan perniagaan berpusu-pusu masuk ke dalam kelas.
Mata Haeyo jatuh pada Jeon Jungkook yang berkeadaan seperti mencari sesuatu. Haeyo menongkat telinganya memandang ke arah kiri. Bahaya ni, bahaya. Harap Jungkook tak perasan.
"Jungkook, appa you tak keluarkan downy baru ker?" Laung seorang perempuan ke arah Jungkook. Pelajar perempuan yang ada di dalam kelas tersebut menyokong tindakan perempuan itu. Makin kaku badan Haeyo. Kau faham-faham jelah perasaan Haeyo tu. Dah berdebar perut tu. Mungkin belajar pun, dia tak boleh fokus lepas ni.
Pembetulan ya, hanya puak-puak berjantina perempuan saja yang memakai pelembut pakaian berjenama downy. Puak lelaki memang anti, eh macam mana nak cakap hah tapi diorang ada rasa tak puas hati dengan Jeon Jungkook. Yang kawan dengan Jungkook tu boleh dikatakan sebilangan. Tak semestinya seorang lelaki yang pakai downy dianggap kurang macho. Huh.
Jealous cakap boh?
"Tak ada. Nanti kalau keluar, Lyan akan bagitahu. Jangan berurusan dengan aku kalau nak beli downy. Semua stok ada dekat Lyan." Tegas Jungkook memberitahu. Bukan dia tak tahu, yang pelajar perempuan memang sengaja nak perhatian daripada dia. Alasan downy, downy, downy. Cakap jelah nak minta nombor telefon.
"Hey, relaks. Diorang tanya je." Yugyeom menenangkan hati Jungkook. Pandangan Jungkook jatuh pada seorang perempuan yang sempat berbual-bual dengannya semalam. Bibirnya menyenget.
Kakinya Jungkook diatur menuju ke arah Haeyo. " Eh, Jungkook nak pergi mana? Sini tempat kau." Kata Yugyeom. Dia memandang Jungkook pelik.
"Hari ni aku nak duduk sebelah bidadari." Ha, mulalah bergema suara puak-puak puntianak.
"I Jungkook."
"Saya Jungkook."
"Duduklah sebelah saya."
"Kalau you duduk sebelah I, I janji yang I akan beli satu kilang downy buat hantaran perkahwinan kita."
Pelajar perempuan mengeluh kecil. Kecewa dengan tindakan Jungkook yang memilih tempat duduk bersebelahan dengan Haeyo.
"Dah kenapa Jungkook tu? Tak pernah-pernah aku tengok dia nak duduk sebelah perempuan." Bisik Dokyeom pada cuping telinga Yugyeom.
"Angin baik kut."
"Bukan kau tertarik pada perempuan tu?"
"Tertarik bukan bermakna cinta. Halah- halah."
Jam ditilik pada pergelangan tangan. Sedari itu, Jungkook hanya ada 15 minit nak berbual-bual dengan Haeyo. Perempuan yang dikatakan misteri baginya.
"Hai. Seorang je. Kau tak ada kawan ker?"
Dup dap dup dap. Jantung Haeyo laju mengepam. Dia memeritkan kelopak matanya erat. Sebolehnya dia tak mahu bertentang mata dengan Jeon Jungkook.
"Boleh tak jangan kacau aku. Ak..aku rimas."
"Jarang aku jumpa perempuan dekat kolej ni rimas dengan aku. Sekarang pun diorang tengah cemburu tengok kita berdua."
"Jangan sampai aku report pada Puan Ha atas sebab kau nak mer..raba aku." Haeyo terasa ingin mengoyak mulutnya.
"Bagilah tahu tapi jangan Puan Ha je. Seeloknya sebarkan pada semua orang. Kalau dia orang tak percaya, aku boleh buat dia orang percaya." Haeyo mengetap bibir geram.
"Kau nak buat macam mana? Nak bagi pengakuan, 'ya saya raba dia'." Sinis Haeyo menuturkan rasa tak puas hatinya.
"Taklah, buat betul-betul lah." Terbuntang mata Haeyo lalu lengan Jungkook dipukul geram.
"Oi, apa yang kau dah buat dengan Jungkook!" Tengking perempuan itu lalu menolak Haeyo hingga jatuh mencium tangga. Jungkook tersentak.
"Aduh!"
"Eh, rileks girl apa ni!" Yugyeom terkejut dengan tindakan melulu seorang perempuan yang menolak Haeyo hingga jatuh menimpa tangga.
"Kau gila ker? Dia pukul aku atas sebab tertentu dan itu salah aku sendiri." Bentak Jungkook kesal. Dan pada itu, Puan Lee masuk ke dalam kelas.
| milky |
Haa tak tayok!
YOU ARE READING
↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔
Fiksi Penggemar[ Complete ] "Soflan euww.. Of course downy." - Raut wajah yang menenangkan hanya dalam masa sesaat bertukar bengis. Layanan mesra diberi, kini ditarik semula akibat terkesan dengan satu pendustaan. Pendustaan yang telah dicipta oleh Kim Haeyo tanp...