45💰

1.2K 214 49
                                    

Tauke Downy - 45

"Aku nak kau mula rancang strategi. Perusahaan aku dah jatuh merundum. Kau upah beberapa pekerja kilang soflan untuk  letak lipas dalam cecair tu. Dan aku nak kau sendiri jatuhkan downy balik!" Rasa geram membuak-buak apabila downy naik ranking. Mengutip 15 juta won dalam masa beberapa hari. Downy naik mendadak dipuji tapi dia naik mendadak, langsung tak dipuji. Yang dia dapat, kenapa bau Biozipe nak sama dengan Downy.

"Sabarlah orang tua! Kau fikir dengan mudah aku nak jatuhkan musuh kau? Dia dah pasang cctv sekeliling kilang dan syarikat. Dan untuk pengetahuan kau, jumlah pengawal keselamatan dah bertambah. Dua kali ganda dari setahun yang lepas. Untuk masa ni, aku boleh upah orang untuk rosakkan soflan tapi tidak untuk downy. Pekerja yang dia pilih pun, dia dah tapis." Jelas Chanho. Lelaki tua itu mendengus.

"Habis tu macam mana nak jatuhkan downy. Hidup aku tak senang bila manusia tu dah bangkit mewarisi legasi downy semula. Aku benci downy. Benci sangat-sangat! Apa kata kau bunuh saja Jungkook tu." Bentak lelaki tua itu membuatkan bahu Seo Chanho terhincut. Bukan takut tapi tengkingan lelaki tua itu mampu menyebabkan jantungnya tersentak.

"Kau benci downy atau kau benci bapak kepada anak CEO downy."

"Dua-dua!"

"Come on Hwang Sobsob. Dia dah jadi isteri kawan baik kau sendiri, ops musuh kau sendiri. Tak elok merampas hak orang. Banyak lagilah perempuan tua yang cantik. Bukannya dia je."

"Dia cinta pertama aku! Sekarang kau nak cakap apa, kalau aku masih simpan perasaan pada isteri dia."

"Kau gila! Kau sanggup bunuh isteri kau bila dah jumpa dengan cinta pertama kau semula. Ingat lah Sobsob, dia milik orang sampai mati pun, kau tak boleh nak memiliki dia."

"Kau senyap. Buat saja apa yang aku suruh. Bila aku cakap dia milik aku. Selamanya milik aku."

"Kau nak buat apa dengan perempuan tua. Setakat melepas nafsu bolehlah tapi kalau nak dapat zuriat tu, em better fikir dua ke empat kali. Banyak perempuan muda yang tengah cari daddy sugar sekarang. Kau try je rembat dekat mana-mana kelab."

Corong telefon Chanho peka menangkap bunyi dengusan daripada lelaki tua itu.

"Buat je kerja kau, sial!" Panggilan terus tamat. Chanho bersilang kaki di atas rumput. Baru saja dia nak menenangkan hatinya yang sebak kerana merindui orang tua yang sudah pergi ke atas sana.

"Lelaki tua ni, kerja nak menyuruh aku je. Yang kena tangkap aku bukan dia. Kalau bukan disebabkan aku, perusahaan Biozipe kau tak ke mana pun." Chanho bangun berdiri. Masknya dipakai.

"Kalau aku rosakkan downy sekarang, tak mustahil aku jadi suspek semula. Dan kenapa aku nak susahkan diri aku untuk sekali lagi sedangkan aku tak ada apa-apa dendam." Black cap diletakkan di atas kepala. Misi merosakkan soflan berlegar-legar di dalam kepalanya.

🍁

"Mana kau nak bawa aku ni?" Soal Jungkook perlahan. Haeyo mendudukkan Jungkook di atas lantai restoran. Restoran ni memang terkenal di Seoul. Makan sambil duduk bersila di atas lantai.

"Makan?"

"Duduk jelah. Nanti ada tetamu datang."

"Ha tu dia." Haeyo menuding jari ke arah Park Jimin. Lelaki itu berlari-lari anak menghampiri Haeyo dan Jungkook.

"Buat apa jumpa Jimin?" Kelihatan Jungkook menukarkan suaranya kepada lebih tegas. Badannya belum kebah sejak semalam namun atas permintaan Haeyo, dia turuti juga.

"Aku nak jelaskan semua salah faham yang berlaku antara kita. Aku rindukan persahabatan kita, Jungkook. Aku rindu perangai kau yang suka spray downy depan muka aku. Kau membebel. Haih, aku rindu semuanya. Jantan tak jantan, lelaki pun ada rasa rindu. Bukannya perempuan je. Tuhan ciptakan rindu agar kita lebih menghargai pemergian seseorang."

"Kau buat ayat cringe apa ni? Cukup Haeyo je memaniskam hidup aku. Kau toreh tapak tangan dia, kau fikir dia patung. Tak rasa sakit!" Amuk Jungkook. Pandangan maut ditujukan kepada Jimin. Jimin terdiam.

"Aku dah minta maaf dengan Haeyo. Aku nak selamatkan kau daripada perempuan pisau cukur tu Jungkook. Hwang Sooyeon pisau cukur. Kau memang tak akan percaya sebab dia tutup dengan muka yang naif dan perilaku baik."

Kelopak mata terbuka luas. Jungkook seakan tertarik dengan kata-kata yang nak disampaikan oleh Jimin.

"Jungkook nanti aku cerita balik tentang tu. Sekarang ni, ada yang lagi penting. Sooyeon datang rumah appa dan omma kau. Dia cakap bukan-bukan pasal Haeyo. And sekarang ni omma kau dah tahu kau tinggal sebumbung dengan Haeyo. Lebih baik kau cakap perkara sebenar sebelum dia tak izinkan kau bercinta dengan Haeyo."

Haeyo tersentak begitu juga Jungkook.

"Tapi omma aku memang tak restui hubungan aku dengan Haeyo."

"Tu dulu! Masa omma kau tak kenal siapa Haeyo. Kau nak tahu status kau dan Haeyo dulu apa? Bestfriend forebah! Kau main kahwin olok-olok dengan dia, kau mandi sungai sama-sama dan kau balik lewat malam semata-mata nak nyanyikan lagu tidur untuk Haeyo. How sweet kau masa kecil. Sampai omma kau nak pekena kau dengan Haeyo." Kata Jimin penuh teruja.

"Engkau punya sembang, macam kau ni anak omma aku. Memang dia suka cerita dekat kau ker?"

"Well sejak omma aku tak ada, aku suka borak-borak dengan omma kau."

Haeyo diam tak berkutik. Rasa malu menyelubungi diri. Macam mana dia langsung tak kenal Jungkook? Haeyo dan Jungkook berpandangan.

"Puteri Ais."

"Kookie."

💞

Nah. Nah. Amiklahhhh. Agagagagaga.

↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now