47💰

1.1K 259 42
                                    

Tauke Downy - 47

Wajah Puan Jeon yang agak merisaukan ditenung oleh Jungkook. Dia memandang ke arah lain pula, polis masih berkeliaran di kawasan kilangnya.

"So, betul lah apa yang Sooyeon cakap tentang kamu dan Haeyo?" Soalan cepumas itu mengejutkan Jungkook. Ommanya seperti sudah tahu apa yang bermain dimindanya. Jungkook mengangguk lemah.

"Tapi apa yang dia cakap pada omma? Haeyo cuma sewa bilik je, omma. Kita orang tak buat apa-apa pun. Hae..haeyo akan cari rumah dalam masa terdekat. Sebenarnya, Jungkook yang tawarkan dekat Haeyo dulu." Gagap Jungkook berkata. Jiwanya sudah kacau. Pandangan omma adalah pandangan menakutkan apabila dia melakukan kesalahan.

"Boleh ker omma percayakan kamu?"

"Sumpah!"

"Sooyeon cakap Haeyo penat melayan kamu yang aktif. Ah, apa-apa jelah. Hampir tertekan perasaan omma disebabkan hal tu." Pipi Jungkook mula membahang. Rasa mahu ketuk saja kepala Haeyo masa tu. Akibat terlalu sayang, dia cuba menutupi rasa malunya dengan mengatakan perkara tak senonoh semula.

"Haeyo tolong Jungkook masa tu. Sebab Sooyeon ganggu Jungkook."

"Tapi betul tak, kamu pernah ada hubungan dengan Sooyeon? Dia cakap dia belajar sama-sama dengan kamu. Dia cakap dia dan kamu pernah menjalinkan hubungan dan yang paling omma terkejut dia cakap, Jungkook tabur janji sampai nak kahwin dengan dia. Betul ker Jungkook?" Matanya terbuntang luas. Ini semua fitnah semata-mata.

"Ya tapi Jungkook tak pernah tabur janji omma. Jungkook layan dia nak, tak nak je. Sekadar melepaskan rasa kecewa sebab frust dengan Haeyo. Dan Jungkook menjadikan pertemuan Jimin dan Sooyeon sebagai point utama untuk berpisah dengan Sooyeon. Jungkook berlakon benci Jimin, biar Sooyeon percaya." Luah Jungkook kesal. Hubungan yang dijalinkan bersama Sooyeon adalah perkara yang paling dia kesalkan selama ini.

Bercinta hanya sekadar melepaskan rasa kecewa. Bercinta dengan orang yang dia langsung tak ada perasaan. Dan keretakan palsu hubungan persahabatan.

"Amboi, aku pujuk kemain lagi. Sepatah haram pun, kau tak cakap jujur. Siang malam aku berdoa semoga Tuhan buka pintu hati kau semula untuk terima kawan sejak kecil kau ni. Yang dah lupa pernah main masak-masak dengan Haeyo. Ish kecil betul dunia ni." Sampuk Jimin tiba-tiba. Dari tadi dia berdiam diri. Memberi ruang Jungkook menjelaskan hal sebenar.

"Bertuah punya anak!"

"Sorrylah omma. Sorry tau Jimin." Jimin menjeling geram.

"Omma tak kisah apa yang kamu buat Jungkook. Janji berada di jalan yang betul. Jangan sesekali terpesong jauh." Nasihat Puan Jeon sedikit melegakan hati Jungkook.

"Aku dah lama maafkan kau cuma rasa terkilan sikit. Alah lepas ni, kau buat lagi. Aku tumbuk gigi, biar bersepai." Jungkook ketawa kecil.

"Maaflah aku menipu."

"Ingat pesanan omma ni Jungkook. Alasan menipu sebab nak jaga hati tapi tak sedar orang yang nak dijaga hati tu akan rasa sakit bila dapat tahu kebenaran." Jungkook mengangguk faham. Lepas ni, dia ceramah pula dengan buah hati.

"Jungkook jujur ni omma. Jungkook dan Haeyo berada dalam fasa percintaan. Omma restui tak hubungan kami?"

"Ish mestilah restu. Omma nak Haeyo tu jadi menantu omma. Jaga dia elok-elok. Ha Jimin, omma rasa kamu dah boleh cari calon kut."

"Haha. Tak mengapalah omma, masih belum berkenan dengan sesiapa. Hati pun belum move on."

"Alah dengan siapa tu Jimin?"

🍪

"Apa bukti saya ni yang melakukan kesalahan tu? Bukan saya je yang patut dapat tuduhan macam ni. Betul lah apa kata orang, kita ni hanya dipandang dengan kisah silam walaupun kita dah berubah." Balas Chanho membuatkan pendakwa raya menjelingnya malas.

"Tapi awak pernah ada kes dengan kilang downy. Tak mungkin orang lain suspeknya. Bagitahu jelah Chanho. Kamu membazirkan masa saya. Jangan cabar saya guna kekerasan. Bukti utama memang kurang tapi bukti sokongan berlambak. Apa motif kamu buat semua ni?"

"Kan saya cakap, saya tak buat."

"Awak sedang menipu."

"Wau, berlagak tuhan. Okay fine, aku yang buat semua tu. Kau tuduhlah aku macam-macam tapi ingat, kau tak akan sesekali menang dalam perbicaraan nanti sebab aku tak bersalah. Kau tak ada bukti kukuh!"

"Bukti kukuh boleh dibuat."

"Kau telah melanggar undang-undanglah sial."

"Haha. Kesian. Cukup sampai disini saja yan Encik Chanho."

🍪

Jungkook menolak daun pintu perlahan-lahan. Kelihatan Haeyo sudah pulang daripada kerja. Aroma masakan telah meresap ke dalam rongga hidungnya. Baunya sangat menyelerakan.

Jungkook meletakkan beg kerjanya di atas sofa. Kakinya melangkah ke arah dapur. Haeyo sedang kusyuk melukis. Jungkook tersenyum kecil. Leher Haeyo didakap daripada belakang.

Haeyo terkejut. Kepala Jungkook dipukul dari atas. "Aww, sakitlah Haeyo!" Adu Jungkook. Dia menggosok-gosok kepalanya yang terasa sakit.

"Soo.. Sorry Jungkook. Saya ingat pencuri mana yang datang peluk leher saya tadi." Bahu Jungkook dipegang. Mengusap-usap kepala Jungkook.

"Kenapa dengan muka awak ni? Cekung je. Apa yang dah jadi?"

"Pengawal keselamatan kilang downy teruk dikerjakan. Aku sedih sangat sebab dua orang mati. Selebihnya cedera."

"Ya tuhan. Awak tabah ya Jungkook. Si..siapa? Siapa yang buat kerja ni?"

"Aku syak Seo Chanho."

"Dia lagi? Teruk betul! Berani dia buat kekasih hati saya macam ni. Nanti kalau saya dapat dia, saya janji! Saya akan lunyaikan dia." Penuh emosi Haeyo berkata. Jungkook tersengih kecil. Wajahnya dialihkan betul-betul pada Haeyo.

"Jungkook, saya tak dapat nak jelaskan perkara sebenar dekat omma sebab omma awak dah tak ada dekat rumah. S..saya minta maaf sebab terus pergi kerja."

"Ala, tak apa. Aku dah jelaskan semua pada omma. Dan omma restui hubungan kita."

"Syukurlah. Hm, lapar? Saya dah masakkan sesuatu untuk awak."

"Masak apa?"

"Hati saya."

"Alahai pickupline. Malu lah kau buat aku macm ni."

Haeyo menjeling malas. Lengan Jungkook dipukul.

"Annoying."

🍌

Sury late update.

Target :

60 votes and 30 comments.

I am sorry sebab buat macam ni😭
Woon harap lambat capai target sebab Woon busy sikit.

So dengan cara ni, Woon nak elak daripada update😂😂Muahahahaha. Vote lambat- lambat sikit tau. AGAGAGAGA.

↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now