16💰

1.2K 227 15
                                    

| Tauke Downy' 16 |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| Tauke Downy' 16 |

"Jungkook!" Sergah Jennie tiba-tiba bersama dengan tiga orang sahabatnya. Haeyo tersentak begitu juga dengan Jungkook. Tapi terkejut Jungkook tak sehebat terkejutnya Haeyo. Dia menelan air liur kelat.

"Tak adab ker main terpa-terpa macam ni?" Sindir Jungkook sebelum melepaskan pegangan tangannya daripada lengan aku.

"Alah, macam tak biasa. By the way, siapa perempuan ni? Tak pernah I tengok you bergaul dengan perempuan serapat ni. Ada something?" Soal Jennie kepada Jungkook. Mata-mata sahabatnya tak lekang memandang aku. Aku menundukkan kepala.

"Choi Sungyoon. Hak privasi, tolong jangan masuk campur."

"Ah takpe, takpe sekarang ni I nak bagitahu you yang I dah nampak muka Kim Haeyo tapi I tak sempat nak tangkap gambar dia. You tahu tak, satu kolej ni I cari dia untuk bagi dekat you tapi I tak nampak langsung. I rasa dia menyamarlah." Cerita Jennie disokong rapat oleh Nayeon dan Irene. Jungkook mengecilkan anak matanya. Haeyo tak senang duduk.

"Aku nak masuk kelas dulu. Kaki aku lenguh." Bisik Haeyo perlahan kepada Jungkook. Baik dia mengelak sebelum perempuan gedik itu mula curiga dengan dirinya.

"Tunggu sekejap tak boleh ker?" Haeyo merengus kecil. Matanya dijulingkan sebelum giginya diketap geram. Kenapa dia nak jadi hamba Jungkook? Patuh arahan Jungkook.

"Choi Sungyoon? I tak pernah nampak pun you sebelum ni. Mask, mask bagai. Boleh buka?" Tanya Irene tanpa segan silu. Tangannya gatal naik ke bahagian muka Haeyo. Dengan pantas Jungkook menahan.

"Dia sakit. Boleh tak jangan kacau orang. Tak apalah macam ni, tak payah susah-susah nak cari Kim Haeyo tu. Buang masa. Lagi pun aku dah tak kisah. Sekarang ni, kau kena paksa Jaeni untuk pakai jenama downy lagi elok. Sebarkan kebaikan downy pada budak baru. Itu lebih elok." Kata Jungkook menerima anggukan daripada mereka bertiga.

"Ouh by the way, nama I Kim Jennie, ni Im Nayeon and tu Bae Irene." Ujar Jennie memberi huluran tangan.

"C..choi Sungyoon." Haeyo berjabat tangan.

🍁

"Mak! Pleaselah, jangan buat keputusan mendadak. Macam mana Joon nak bagitahu Haeyo?" Namjoon menyilangkan kedua-dua belah tangannya sambil memandang tajam kedua-dua ibu bapanya.

"Joon, ayah terpaksa buat semua ni. Nak atau tak nak kamu dan Haeyo kena terima hakikat. Tak lama pun dua ke enam tahun macam tu. Jangan lupa bagi duit pada dia sekali dengan Haeyo. Ayah akan tinggalkan banyak duit di sini." Pedih Namjoon mendengar. Kesian sekali adik-adiknya, kekurangan dari segi kasih sayang.

"Tak cukup lagi ker duit yang ada dalam bank ayah dan mak sampai sanggup tinggal berjauhan dengan kami. Bukan sekejap mak, enam tahun. Harta tak boleh bawa masuk kubur pun."

"Sekurang-kurangnya bila kami dah tiada nanti, kamu boleh gunakannya. Mak dan ayah bukan pentingkan diri, Joon. Kami buat semua ni demi kamu bertiga." Jelas Puan Kim lagi. Namjoon mengeluh berat. Siapalah dia untuk menghalang orang tuanya sendiri daripada terus mencari rezeki.

"Biayai mereka berdua. Jangan lupa bagi duit pada auntie." Namjoon mengemam bibirnya sebelum mengangguk tanda bersetuju dengan tindakan mak dan ayahnya.

"Jalankan tugas CEO dengan baik sekali. Lepas saja Haeyo dan Jaeni habis belajar, tarik mereka supaya bekerja di bawah syarikat keluarga. Mak sayang Joon, Haeyo dan Jaeni. Jagakan mereka berdua dan auntie sekali. Mak letakkan kepercayaan pada Joon." Bahu anak sulungnya ditepuk berkali-kali. Namjoon senyum kelat.

"Macam mana Joon nak bagitahu Haeyo?"

"Slowtalk."

| milky |

Wahhh, terima kasih kerana membaca book ini. Korang komen je apa yang tak puas hati. Jangan risau komen korang pasti  saya balas. Sayang ciput semua😘

Thank you for 1k view😭

↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now