Tauke Downy ~ 38
Aku tergesa-gesa keluar daripada bilik. Tolonglah, ada scene tak elok berlaku semalam. Baru saja aku nak sarungkan sandal, suara Jungkook menyapa gegendang telinga. Aku menarik nafas panjang.
"Ya saya. Awak nak apa Ju...Jungkook?" Soal aku berbasa-basi. Aku menyambung perbuatan yang tergendala tadi.
"Hari ni tak masak?" Aku menggeleng.
"Kenapa tak masak? Makanan kau sedap gila semalam."
"Saya bukannya orang gaji dalam rumah ni. So, nak sarapan pagi sila order dekat warung depan rumah awak tu. Saya pergi dulu." Kata aku bersahaja tanpa bersemuka dengan Jungkook. Aku tak tahu reaksi Jungkook sebab aku pandang depan. Aku malu weh bercampur geram.
"Kau marahkan aku pasal semalam?" Aku terdiam. Bibir aku kemam. Gila tak marah!
"Mestilah saya marah. Awak hampir buat jantung saya luruh semalam." Marah aku kesal.
"Sorry. Aku tak sengaja."
"Tak sengaja awak tu macam disengajakan. Saya takut tahu tak. Kalau ada benda yang tak elok berlaku semalam, macam mana?"
"Sorry. I'm so sorry."
"Saya tak tahu apa yang saya fikir tapi saya rasa awak buat semua ni sebab nak balas balik pada saya kan. Contohnya saya bagi pendustaan pada awak dan sekarang awak nak bagi semula pendustaan tu pada saya. Biar saya rasa sakit yang awak rasa. Enoughlah Jungkook. Fikir saya tak terkesan dengan semua ni."
"Kau dah terlalu jauh menyimpang, Haeyo. Tak pernah terlintas di akal fikiran aku untuk balas dendam pada kau. Aku dah lama maafkan kau."
"Saya nak pindah rumah. Muktamad."
🍁
Aku melakar rekaan baju baharu memandangkan rekaan minggu lepas, dah habis terjual. Aku termenung sambil memandang pensel 2B yang ada ditangan aku. Kejadian tadi berulang tayang di ruang minda.
"Duduk sini tak sampai seminggu, alih-alih dah nak pindah. Kau fikir aku bagi?" Suara tegas Jungkook mengusik perasaan aku. Aku nak nangis.
"Hak saya, awak langsung tak boleh nak halang. Keputusan yang saya buat adalah terbaik untuk kita." Aku melangkah keluar daripada rumah. Kedengaran Jungkook bergegas sama.
"Haeyo!"
"Apa lagi? Saya dah lewat nak pergi kerja ni." Kata aku sambil merentap tangan Jungkook.
"Naik dengan aku."
"Kalau saya tak nak?"
"Aku angkat kau."
"Jungkook." Suara seorang perempuan mencelah percakapan aku dan Jungkook. Aku terdongak. Perempuan ni. Perempuan ni yang selalu menaikkan angin aku sewaktu berada di kolej dulu.
Mata aku dialihkan pada Jungkook. Raut wajahnya berubah. Lebih bengis dan lebih dingin jika nak dibandingkan cara dia pandang aku. Adakah dia dan Jungkook pernah ada hubungan? Mesti ada kaitan dengan ayat yang Jungkook tuturkan tempoh hari.
YOU ARE READING
↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔
Fanfiction[ Complete ] "Soflan euww.. Of course downy." - Raut wajah yang menenangkan hanya dalam masa sesaat bertukar bengis. Layanan mesra diberi, kini ditarik semula akibat terkesan dengan satu pendustaan. Pendustaan yang telah dicipta oleh Kim Haeyo tanp...