Tauke Downy ~ 33
Haeyo duduk di atas sofa. Rumah sewa itu sangat besar pada pandangannya. Kadang ada aura gelap merasuk pemikirannya dengan mengatakan yang lelaki itu menawarkan bilik sewa hanya untuk membalas dendam atas pendustaannya.
Haeyo menggeleng. Tak mungkin Jungkook akan buat sedemikian rupa. Seketika itu, Jungkook datang ke arahnya dengan membawa dua cawan minuman manis. Cawan itu diletakkan di atas meja. Jungkook melabuhkan punggung di atas sofa berhadapan dengan Haeyo.
"Berapa saya kena bayar untuk bilik sewa tu? Awak rasa apa yang awak buat ni betul ker? Duduk sebumbung dengan pembohong, macam-macam boleh jadi." Suara Haeyo mengendur. Takut akan amarah lelaki itu. Cukuplah dua tiga kali dia kena tengking.
"Tiga per empat dari harga rumah sewa ni. Aku bayar satu per empat." Haeyo melongo.
"Awak gila ker apa? Ini rumah sewa awak. Saya guna bilik je. Apa ni, tak adil." Haeyo bersuara tanda tak puas hati. Dia mencebik. Sedari itu, dia senyum palsu. Mana mungkin dia berani mencebik mulutnya di hadapan Jungkook. Mungkin Jungkook akan fikirkan yang dia ni cuba raih perhatiannya.
"Kau sure?" Kaki Jungkook bersilang. Ditongkat pipinya menggunakan tangan.
"Mestilah!"
"Kau nak berak dekat mana? Mandi dekat mana? Makan dekat mana? Nak masak dekat mana? Tengok televisyen dekat mana? Bilik sewa hanya untuk tidur je. Kalau kau tak nak, boleh berambus." Haeyo terdiam. Ada benar kata Jungkook. Dah kering tekak dia dari tadi. Berdiri bawah matahari, memang rasa seperti dipanggang. Panas betul.
"Baiklah. Sa..saya terima tawaran awak yang mahal tu. Tak boleh ker awak kurangkan sikit. Bukannya saya tak tahu harga asal rumah ni berapa. Mahal tau."
"Habis kau nak sewa rumah ni, mampu pula."
Sekali lagi Haeyo terdiam. Aduh, nak membohong dah tak boleh. Asyik kena bidas je dari tadi. Haeyo mencebik masam mulutnya. Lantak ah Jungkook nak cakap apa pun. Dia betul-betul protes.
"Mana bilik saya?"
"Bilik aku bawah, bilik kau atas. Ada dua bilik dekat atas. Yang sebelah kanan, bilik kerja aku. Yang kiri, kau punya. Kau kena bayar deposit 24 jam dari sekarang. Letak depan pintu bilik aku. Jangan lupa minum air tu. Aku tahu kau haus." Ucap Jungkook lalu membawa cawan miliknya bersama untuk masuk ke dalam bilik. Haeyo, jantungnya sudah lama tak berdegup kencang.
Kini, degupan itu kembali seperti dua tahun lepas. Jeon Jungkook, wajah lelaki itu masih sama seperti dulu namun yang berbeza sifatnya lebih dingin. Otaknya seakan pandai membaca fikiran manusia. Walaupun dingin, masih terselit sedikit kemanisan.
Bagi Haeyo, baik Jungkook berkelakuan seperti biasa kerana tingkah lakunya sekarang semakin membuatkan dia tak tentu arah.
"Kenapa dengan kau, Jungkook? Lepas aku dah move on, kita ditakdirkan berjumpa. Kenapa tak dulu, boleh juga aku cuba tarik perhatian kau tapi sekarang aku dah malu." Bisik Haeyo perlahan. Mukanya diraup lembut.
🍁
Ruang tamu yang gelap itu diterangi dengan cahaya lampu pendaflour. Jungkook ralit menekan keyboard laptopnya. Seharian suntuk bergelumang dengan kerja yang entah bila akan siap.
YOU ARE READING
↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔
Fanfic[ Complete ] "Soflan euww.. Of course downy." - Raut wajah yang menenangkan hanya dalam masa sesaat bertukar bengis. Layanan mesra diberi, kini ditarik semula akibat terkesan dengan satu pendustaan. Pendustaan yang telah dicipta oleh Kim Haeyo tanp...