Tauke Downy ~ 39
"Lah! Kamu dan Jungkook pernah belajar sama-sama di kolej Seoul? Tak sangka betul. " Teruja Puan Jeon berkata. Haeyo hanya mengangguk malu. Jungkook pula mengusap belakang lehernya.
"Ish yang awak teruja lebih-lebih ni dah kenapa? Nak buat Haeyo jadi menantu?" Soalan cepumas itu keluar daripada mulut Tuan Jeon. Haeyo bagai dipanah petir. Kaku diam membisu. Keluarga Jeon boleh tahan cakap lepas.
"Bukanlah, yeobo." Puan Jeon menolak soalan Tuan Jeon. Senyuman manis dilemparkan kepada Haeyo. Wajah anaknya dipandang. Bukan main miang keladi mukanya.
"Maaf ya, Haeyo. Suami saya memang macam ni."
"Tak apa puan. Mungkin Tuan Jeon hanya bergurau." Balas Haeyo sekadar menenangkan hati Puan Jeon atau lebih tepat bos besarnya ditempat kerja.
"Kalau kamu nak tahu Jungkook, dia lah yang reka baju baru tu. Laris butik omma. Ramai orang lelaki belikan baju tu untuk pasangan mereka. Permintaan semakin meningkat. Fesyen tu dah tular." Jungkook hanya mengangguk tanda mengiyakan apa yang keluar dari mulut ommanya.
"Bawa untunglah ni?" Perli Tuan Jeon mendapat cubitan kecil daripada isterinya. Haeyo buat-buat senyum. Aih, seganlah jumpa keluarga Jungkook.
"Kamu tinggal mana, Haeyo." Haeyo hampir tersedak. Mujur airnya tak tersembur keluar. Tisu ditarik lalu dilap pada bibirnya.
"Tinggal dekat area ni je."
"Oo. Ha, Haeyo datanglah hari Selasa ni dekat Syarikat Downy Jeon. Jeon Jungkook nak rasmikan pembukaan baru kilang downy. Kamu boleh cuba berbagai jenis bauan yang Jungkook dan appa dia siapkan seminggu yang lepas. Ha, Jungkook bila nak bawa model untuk botol downy kamu. Fikir sempat ker nak siapkan dalam masa sehari?" Bebel Puan Jeon membuatkan Haeyo tersenyum kecil. Ekor matanya memandang Jungkook yang sedang menggaru kepala.
"Tak jumpa lagi."
"Lah buat apa nak risau, Jimin boleh handle. Kan Jungkook?"
Haeyo perasan. Raut muka Jungkook berubah serta-merta apabila nama Jimin disebut.
"Ya."
🍁
Lovelyomma♥
[ ▶ ] Omma tak nak, anak omma jatuh cinta dengan Kim Haeyo sebab omma nak pekena kamu dengan kawan omma. Titik.[ ▶ ] Sejak bila omma mula aturkan hidup Jungkook? Selama ni okay je.
Lovelyomma♥ merakam audio..
Lovelyomma♥
[ ▶ ] Omma aturkan hidup Jungkook demi kebaikan Jungkook sendiri. Halah-halah sekali-sekala apa salahnya omma atur hidup kamu.[ ▶ ] Dengan siapa?
Lovelyomma♥
[ ▶ ] Dengan anak mendiang kawan omma. Kamu dengan dia dulu kawan rapat tau. Umur pun sebaya. Omma dah jumpa abang dia semalam tak pun kelmarin dulu. Dia cakap okay je, kalau adik dia okay.[ ▶ ] Tak nak.
Aku menghempaskan telefon ke atas katil. Omma nak menambahkan stres aku semula. Aku menghembus nafas berat. Wajah Haeyo terbayang di kotak fikiran.
Laci meja aku tarik. Terserlah satu gelang berwarna coklat yang masih aku simpan. Sayang. Ini je yang ada waktu aku dan Haeyo putus kawan.
Aku masih sayang dia tapi dia? Masihkah ada sekelumit sayang pada aku. Entah-entah dia dah buang aku dari hidup dia. Itulah kau Jungkook. Dulu tak fikir panjang, cakap ikut amarah. Kalaulah kau dengar dulu penjelasan dia.
Mungkin aku dan Haeyo dah naik pelamin. Aku tersengih sendirian. Aku sarung gelang tersebut pada pergelangan tangan aku.
Model? Yes, aku tak jumpa model lagi. Minta tolong Haeyo lah. Aku bergegas keluar dari bilik. Kelihatan Haeyo sedang makan ramyeon dengan berselera sekali. Amboi, dah macam rumah sendiri! Letak kaki atas meja lepastu mata tengok televisyen.
"Ehem." Panik Haeyo membetulkan kedudukannya. Aku menghenyakkan punggung di sebelahnya.
"Terkejut saya."
"Ni, aku nak minta tolong kau."
"Ya, nak minta tolong apa?"
"Tolong carikan aku model untuk jadi duta downy."
"Alah, apa susah ambil jelah saya jadi duta downy awak." Aku bersandar pada bahu Haeyo. Lehernya aku peluk erat.
"Masalahnya sayang, aku memang nak buat macam tu tapi bila difikirkan balik. Rugi." Ujar aku lalu memandang sisi muka Haeyo. Haeyo buat muka menyampah dan aku sukakannya. Sakat dia, nombor satu!
"Kenapa rugi pula?" Soal Haeyo lalu menjatuhkan tangan aku pada peha aku. Kedudukan aku dengan dia boleh dikatakan rapat sampai dia bernafas pun, aku rasa.
"Nanti kau terkenal. Ramai ajak kau bercinta nanti. Kesian aku ditinggalkan." Ucap aku sayu. Memaparkan rasa kecewa di wajah membuatkan Haeyo ketawa kecil. Dia menjarakkan tubuhnya jauh dari aku.
"Penumbuk nak? Lagipun saya tak teringin nak jadi duta downy awak tu. Saya tak suka bau downy sebab tu saya beli Biozipe dari guna downy yang awak balik tu."
"Ooo. Patut pun bau lain macam." Perut Haeyo aku sambar. Aku menggeletek perutnya tanpa menghiraukan jeritan dan ketawanya yang begitu menggembirakan hati aku.
"Gelilah Jungkook! Be..berhenti!" Haeyo bertindak menolak siku aku membuatkan tubuh aku hampir menindih tubuh Haeyo. Aku meneguk liur kelat. Mata aku bertaut dengan mata Haeyo. Deruan nafas Haeyo meniup rambut hadapan aku. Seksinya minah ni.
Dia menutup kelopak matanya perlahan-lahan. "Bangun Jungkook."
Aku bertindak memagut bibir Haeyo. Mata Haeyo terbuntang luas. Dia menolak dada aku sekuat hatinya tapi aku terlebih dahulu melekatkan tangan aku pada tangannya di atas sofa. Aku mendalami ciuman tersebut tapi malangnya Haeyo tak membalas.
Dia seakan lemas. Aku rasa dia tolak lamaran aku. Frustnya. Dalam beberapa saat aku ingin melepaskan ciuman tersebut, Haeyo menarik semula wajah aku.
Aish. Suka sangat perempuan ni main tarik tali. Dari dulu lagi, tak pernah berubah.
Seketika itu, aku meleraikan ciuman. Kelihatan Haeyo mencari nafas yang hilang.
"Terima kasih sebab buat aku bahagia macam ni. Aku cinta kau. Kau balas ciuman aku tadi bermakn..."
Haeyo menolak tubuh aku kasar. Kakinya diatur menuju ke bilik. Dia marahkan aku ker? Sebab muka dia nampak marah. Apa ni? Tak faham aku.
🍒
Part yang dijanjikan telah diterbitkan. Weh, Woon malu. HAGAGAGA APA NI CIUMAN? CIUMAN? HAHAHA
YOU ARE READING
↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔
Fanfic[ Complete ] "Soflan euww.. Of course downy." - Raut wajah yang menenangkan hanya dalam masa sesaat bertukar bengis. Layanan mesra diberi, kini ditarik semula akibat terkesan dengan satu pendustaan. Pendustaan yang telah dicipta oleh Kim Haeyo tanp...