44💰

1.1K 202 118
                                    

Tauke Downy - 44

"Uhuk! Uhuk!"

Jungkook batuk tak berhenti-henti daripada tadi. Tubuhnya lemah. Kalau ditiup angin pasti rebah. Dia menggigil kesejukan. Haeyo menyelinap masuk ke dalam bilik sambil membawa sedulang makanan. Entah apa yang dia bawa untuk Jungkook.

Jungkook masa kejar Jimin tak hujan tapi bila Jimin jumpa tempat berteduh. Melebat hujan tu. Basah kuyup dia balik. Tu pun Jimin yang hantar dia balik rumah. Pantang tubuh kena air hujan, mulalah nak demam.

Tuala yang direndam dengan air suam, diperah lalu diletakkan di atas dahi Jungkook. Mata Jungkook kuyu jika dipandang.

"Jangan selimut. Nanti haba tak keluar. Kalau awak selimut tubuh awak, macam mana haba nak keluar kalau ia terus terperangkap." Leter Haeyo kepada Jungkook. Selimut tebal yang menyelimuti tubuh Jungkook ditarik hingga ke lutut.

"Ak..aku sejuk." Terketar-ketar dia berkata. Hachum! Hachum! Jungkook mengesat lubang hidungnya menggunakan sapu tangan kecil.

"Saya ada belikan bubur ayam untuk awak. Sorry tau sebab saya tak buat sendiri bubur tu. Tak sempat. Saya sempat renihkan sup je lepas tu buat susu." Kata Haeyo lalu membangunkan tubuh Jungkook. Disandarkan Jungkook pada kepala katil. Lelaki itu tersenyum kecil.

Jari-jemari Haeyo digenggam erat.

"Maafkan aku sebab hari pertama kita tak jadi. Kalau aku tahu hujan akan turun, mesti aku tak kejar Jimin." Lemah suara Jungkook menuturkannya. Tangan Haeyo yang berbalut diraih lembut. Diusap penuh simpati.

"Yang awak pergi kejar Jimin tu buat apa? Dia buat awak marah? Setahu saya awak ni bukan pelari pecut tau, awak ni hanya CEO Syarikat Downy. Awak bukannya kerja kaji cuaca. Tahu bila masa hujan, panas, mendung, guruh." Ujar Haeyo lembut lalu mengacau bubur ayam perlahan-lahan.

"Dia yang toreh tapak tangan buah hati aku. Mana aku tak marah. Aku rasa nak sumbat kepala dia dalam loji kumbahan eh tak, dalam mangkuk tandas." Tergelak Haeyo mendengarnya. Satu suapan bubur berjaya dimasukkan ke dalam mulut Jungkook.

"Itu awak. Kalau saya, saya nak kepala Jimin tu kena sodok dengan babi. Sedap-sedap je buat tangan saya ni macam mainan." Marah Haeyo geram. Jika diingat kembali, pasti rasa geram melanda di dalam sanubari.

"Sup sedaplah. Kau pandai masak je sebenarnya tapi sikap kau tu. Malas betul. Penyakit kronik yang tak boleh diubah." Jungkook mengunyah bubur kepada cebisan yang lebih kecil. Raut Haeyo berubah cemberut. Suka sangat menyakat buah hatinya.

"Hmm yelah."

"Sayang, aku betul-betul minta maaf atas ketidaklancaran hari pertama kita. Aku dah lama tunggu saat ni. Saat untuk kita spend time sama-sama." Ujar Jungkook penuh romantis sampaikan penulisnya berhenti seketika sebelum memulakan aktiviti menaip semula.

Terasa pipi Haeyo mula memerah. Awat Jungkook dalam keadaan sakit ni, terasa cheezy dia lebih semacam. Mangkuk bubur diletakkan di atas meja.

"Awak ni dah kenapa? Cringe Jungkook, cringe tahu tak!" Peha Jungkook dipukul berkali-kali. Jungkook mengerang kesakitan.

"Sakitlah Haeyo."

"Okay, okay. Sorry. Cheezy lagi. Hiruplah sup tu banyak sikit. Lepas habis makan, minum susu tu. And then tidur. Kalau awak rasa sejuk sangat, selimutlah tapi kalau tak kebah lagi awak jangan selimut. Biar terbuka." Pesan Haeyo jelas membuatkan Jungkook tersenyum lebar.

Baru saja Haeyo nak melangkah pergi, tangan Haeyo ditarik menyebabkan dia terduduk di atas peha Jungkook lalu tersembam pada bidang dada lelaki itu. Haeyo mendongak. Matanya bertaut kemas dengan anak mata Jungkook.

"Tak nak teman aku tidur?"

"Saya bukan isteri awak."

"To be."

"Awak makan ubat apa ni? Saya tak pernah dengar Jungkook mengayat sampai hati saya meleleh."

"Kaulah ubat tu."

🍁

Ting! Tong!

Sooyeon menekan loceng rumah keluarga Jungkook berkali-kali. Kali keenam baru ada sahutan. Pintu pagar terus terbuka. Puan Jeon keluar daripada rumah.

"Eh Sooyeon. Marilah masuk." Ajak Puan Jeon dibalas anggukan daripada Sooyeon. Sooyeon masuk ke halaman rumah keluarga Jeon. Puan Jeon bukan ajak masuk rumah, ajak lepak dekat taman mini rumahnya.

"Ada apa kamu datang sini?" Kerusi meja ditarik, lantas Puan Jeon duduk. Lututnya terasa sakit jika berdiri dan berjalan terlalu lama. Sebab tu dia kurang ke butik. Ada Kwang Soo, semua benda menjadi mudah. Kadang-kala boleh dibuat peneman.

"Yeon tak sangka Jungkook tu anak auntie."

"Dah kenapa pula Sooyeon? Bunyi macam serius je. Memang kamu tak sangka sebab kamu dan dia mana pernah jumpa."

"Jungkook tu teman lelaki Sooyeon. Kita orang belajar sama-sama dekat kolej Seoul. Dia selalu cakap nak bawa Sooyeon jumpa auntie tapi sampai sekarang, dia tak bawa-bawa. Sooyeon penat tunggu dia tepati janji. Tak sangka pula auntie, omma Jungkook. Tak payah dah kita nak suai kenal." Tanpa malu Sooyeon berkata. Dehell, dia tengah menipu sekarang.

Jelas terpancar riak terkejut pada wajah Puan Jeon. Suasana terasa kekok.

"Ka..kamu ada hubungan dengan Jungkook?" Sooyeon mengangguk laju.

"Sebab kalau dia bercinta, dia akan bagitahu auntie. Kalau dia tak bagitahu auntie, maknanya hubungan tu tak serius. Dia tak menjanjikan lebih."

"Mustahil! Jungkook dah janji macam-macam dengan Sooyeon termasuk kahwin. Tak mungkin dia akan berbohong." Pura-pura dia meraup muka. Hey, satu janji pun Jungkook tak pernah tabur tahu tak. Kau tu tempat dia melepaskan rasa sedih dan kecewa saja.

"Benar Sooyeon. Auntie rasa, dia tak serius dengan kamu. Mungkin kamu ni syok sendiri lagaknya." Pedas kata-kata Puan Jeon sampaikan terasa pada ulu hati Sooyeon.

"Auntie, Sooyeon betul-betul cintakan Jungkook. Kami saling mencintai tapi disebabkan hal kerja, dia mungkin sibuk. Dan tak ada masa nak layan Sooyeon. Auntie tolong cakap dekat dia yang Sooyeon cintakan dia sangat-sangat. Takkan auntie tak nak menantu yang auntie dah kenal. Sooyeon boleh jadi yang terbaik untuk jadi menantu auntie." Pujuk Sooyeon lalu memegang tangan Puan Jeon. Puan Jeon rasa serba salah.

"Auntie memang nak sangat menantu tapi auntie dah pilih untuk Jungkook. Kim Haeyo. Dia tu kawan masa kecil Jungkook. Maaf Sooyeon."

Hwang Sooyeon. Anak kepada Hwang Sobsob sebab tu Puan Jeon kenal.

"Okay auntie. Tapi auntie tolong cakap dekat Jungkook sebab dia dah salah pilih perempuan. Kim Haeyo tu perempuan murahan auntie. Dia tinggal sebumbung dengan Jungkook. Depan Sooyeon, Haeyo cakap dia kepenatan sebab melayan Jungkook yang aktif. What is this? Tak kahwin lagi dah macam tu, entah-entah dah berapa benih lelaki dia kandung. Sooyeon pergi dulu." Lancang Sooyeon membohongi wanita tua itu. Puan Jeon diam tak berkutik.

"Jungkook betul ker apa yang Sooyeon cakapkan ni?" Dadanya terasa sesak. Tak mungkin anaknya mengotori seorang perempuan. Dan tak mungkin Haeyo bersikap sedemikian. Dia kenal Haeyo. Gadis dingin dengan lelaki dan ceria dengan Jungkook sewaktu kecil.

💞

Kuang ajo punya pompuan. Mari belasah dia ramai-ramai.

Komen 'ppali update chagiya woon' satu seorang. 😂😂😂😂Woon nak menyeksa korang ni. Muahahahahaha. Cukup 30 komen= part 45

↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now