20💰

1.1K 209 9
                                    


| Tauke Downy' 20 |

Aku pandang Jungkook yang monyok semacam. Ni mesti kes downy adorable tumpah merata-rata. Bukan main riuh tadi. Dia tak sapa aku macam biasa. Ambil tempat, keluarkan buku dan hadap je buku tu. Pelajar perempuan jurusan perniagaan memang mulut tak reti duduk diam.

Aku niat nak tegur dia tapi tulah takut aku jadi tempat dia lepaskan marah. Dan kalau boleh aku tak nak masuk campur. Patutnya aku suka sebab dia dah tak kacau aku. Aku tersenyum senget.

Seketika itu, Puan Lee masuk ke dalam kelas. Wajah kami dipandang manis. "Selamat pagi. Hari ni kamu semua akan buat assigment tetapi berpasangan. Kalau boleh saya nak berkumpulan tapi saya takut ada yang curi tulang. Kebetulan pelajar lelaki dan pelajar perempuan cukup-cukup untuk berpasangan." Mendengar saja  membuatkan pelajar perempuan mengeluh kesal. Hey, dah tentu ramai yang nak berpasangan dengan Jeon Jungkook tapi bukan aku.

Dia dah lah pandai. Aku pandang mesej yang dihantar oleh Jaeni.

Janielaplapyu
Jimin cari aku disebabkan downy tumpah. Aku sedia terima hukuman daripada Jeon Jungkook. Semua pelajar perempuan jeling-jeling aku tapi pelajar lelaki semakin ramai nak berkawan dengan aku. Apa-apa yang jadi dekat aku, kau senyap. Take care.

Eh gila! Kau jangan nak memandai. Senyap je. Cakap tak tahu.

Jaenilaplapyu
Jungkook nak jumpa aku lepas habis kelas.

Aku handle. Jangan risau. Ni plan aku. Kau duduk diam.

Jaeni tak membalas mesej aku. Dia hanya bluetick. Nasib Puan Lee tak tengok aku.

"Jungkook! Saya nak berpasangan dengan awak!" Riuh-rendah mulut mereka. Aku apa lagi, siap tutup telinga.

"Bertenang. Saya tahu perkara macam ni akan berlaku. Saya dah urus semuanya. Dan pemilihan saya berdasarkan pandangan saya terhadap kamu semua." Kata Puan Lee tegas.

"Jeon Jungkook dan Hwang Sooyeon. Kim Soo nin dan Ha Hosok..." Belum sempat Puan Lee menghabiskan kata-kata, Jungkook terlebih dahulu mencelah.

"Saya bantah. Saya tak nak berpasangan dengan Hwang Sooyeon. Saya nak berpasangan dengan Choi Sungyoon." Alamak! Dahi Puan Lee berkerut. Masalah-masalah. Aku mengawal nafas turun naik. Habislah aku.

"Mana ada Choi Sungyoon, Jeon Jungkook."

"Puan Lee, takkan puan dah nyanyuk. Tu Choi Sungyoon." Jungkook menunjukkan ke arah aku. Aku fikir dia monyok sampai dah tak hiraukan aku. Tak kisah beregu dengan siapa pun. Sekarang ni, nama menjadi masalah.

Puan Lee mengalihkan mata ke arah aku. Cepat-cepat aku tanggalkan mask lalu menyuruhnya mengiyakan saja. Mask itu aku naikkan semula.

"Oww lupa. Choi Sungyoon tapi saya dah tetapkannya Jeon Jungkook. Lagipun Choi Sungyoon tak mahu beregu dengan kamu." Pantas aku mengangguk setuju.

"Saya dah tetapkan dia bersama Yugyeom. Yugyeom agak lemah jadi saya partnerkan dia dengan Sungyoon sebab Sungyoon beri impak positif walaupun budak baru. Kalau saya partnerkan awak dengan Su..sungyoon, apa jadi dengan Yugyeom dan Sooyeon?" Jungkook terdiam. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Nanti cari nama di sini kecuali nama Ki.. Choi Sungyoon. Tajuk yang kamu akan buat adalah Perniagaan Inspirasi Bersama. Bincang dan hantar pada saya minggu hadapan. Esok kelas perniagaan tiada tapi saya sentiasa menunggu soalan daripada kamu semua. Okay salin dulu apa yang saya tulis pada papan putih." Arah Puan Lee kepada kami. Aku diamkan diri sebelum mata aku bertaut rapat dengan anak mata Jungkook.

Sialan pasti dia marahkan aku.

🍒

Burn baby burn. Ui milky nak komen mencapai 20 ekh. Bolehkan, bolehkan.

↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now