Warning

2.9K 263 0
                                    

11.

Sejak kejadian malam tadi Aron bersikap  dingin terhadap Airis. Semasa sarapan bersama, lelaki itu tidak menegur mahupun memandang Airis yang mana membuatkan Airis lebih suka begitu. Dia tidak peduli apa hubungan lelaki itu dengannya. Kerana dalam fikirannya. Cepat dia selesaikan urusan dekat sini cepat dia pergi dari sini dan bebas dari dunia yang menyesakkan ini.

Pemanduan ke kolej tidak mengambil masa yang lama memandangkan Aron memandu seperti seseorang minta pelempang dengan kasut itu membuatkan mereka tiba sebelum waktu kelas bermula.

Rasanya dalam kereta tadi dah berpuluh kata carut dihamburkan oleh Airisi kepada Aron gara-gara pemanduan berbahaya lelaki tu.

Tapi itulah, bercakap dengan telinga keluli ni cuma buang air liur je!

Airis menggeleng kepala selepas turun dari kereta. Membayangkan diri sendiri mencium permukaan jalan bertar itu sebagai tanda syukur, kerana dia tiba di situ dalam keadaan bernyawa.

Sambil itu Airis menggosok dada setelah merasakan jantungnya hendak terlompat keluar dari tekak setelah berada di dalam kereta yang dibawa selaju 100km/jam.

Sebaik sahaja mereka berdua keluar dari kereta dan berjalan melewati kawasan parkir sekumpulan pelajar lelaki datang menghampiri.

               "Yo...what's up..."sapa seseorang dari arah pokok kepada Aron. Berjabat dan berlaga dada dengan lelaki itu. Mereka yang ada dalam kumpulan itu memandang ke arah Airis.

              "Siapa tu..."juih mereka dengan dagu ke arah gadis di belakang Aron.

Aron berpaling, dia memandang ke arah Airis sebelum kembali memandang rakan-rakannya.

               "Kau orang masuk lah dulu..jumpa dekat kelas nanti..."arahnya.

               "Okay..."balas mereka sambil melirik ke arah Airis sebelum bergerak masuk ke dalam bangunan.

Airis berjalan masuk ke dalam bangunan itu tanpa menunggu Aron. Dia tahu apa yang dia perlu buat. Bukan sekali dua dia pindah kolej. Banyak kali dah. Sampaikan prosedur-prosedur biasa sudah pun dia hafal. Apa yang yang dia perlu cari pejabat, cari lokar, cari kelas dan senarai buku teks. Lepas tu selesai.

Baru sahaja dia berdiri di depan lif, pergelangan tangannya di pegang. Membuatkan dia tunduk memandang tangan itu sebelum naik bertentang mata dengan lelaki lampai di depannya.

Airis berkerut kening.

              "Apa?"soal Airis sambil menarik tangannya dari cengkaman Aron. Sebaik sahaja cengkaman itu lepas dari tangannya dia Kembali memandang memandang lif.

               "Kau nak ke mana?"tanya Aron.

               "Pejabat..."balas Airis tanpa menoleh.

               "Tak perlu...kau masuk kelas dengan aku terus...papa uruskan jadual kau supaya sama dengan aku..."

Airis berpaling, keningnya mencerun. Mengesan sesuatu yang membuatkan dia tidak suka  selepas mendengar kata-kata Aron.

              "Kenapa?"reaksi wajah Airis keruh, gadis itu mengetap gigi menahan sabar."....Supaya kau boleh perhatikan aku?Macam tu?"nada gadis itu kedengaran hilang sabar.

               Aron melepaskan keluhan. Lelaki itu membuat muka fed up."Jangan kau nak mulakan.." keluhnya.

Airis berdengus mengejek bila tengok reaksi Aron. Tak payah tunggu lelaki tu jawab, dia dah tahu jawapannya. No wonder la family Adriana sudi terima kedatangan dia ke situ tanpa syarat.

Ada udang sebalik batu rupa-rupanya.

Macam tak guna aje!

               "Jadi betullah....sebab tu kau orang terima permintaan papa aku untuk pindah ke sini...sebab ada orang yang boleh tengokkan aku dekat sini....iaitu kau!"ujar Airis dengan renungan amarahnya. "....aku tak perlukan babysitter untuk tengokkan aku..."desis Airis kegeraman.

Aron berdengus kasar. Dia memberi jelingan maut pada Airis. Berasa marah dengan komen Airis.

Jari telunjuk ditunding depan hidung Airis.

               "Hei!Dengar sini!....aku sendiri pun tak nak lah jaga kau....dan aku bukan babysitter kau....apa yang aku cuba  buat adalah menjadi anak yang baik dengan tunaikan permintaan ibubapanya dengan menjaga budak bratty macam kau ni." deram Aron dengan keras, sehingga nafas lelaki itu menyapa wajah Airis. "Aku cuba jadi baik dengan kau..tapi kau hanya sukarkan lagi keadaan Ris.."luah Aron dengan keras tetapi bernada rendah.

Airis menyilang tangan ke dada. Pandangannya mencerun. Bukan salah dia kalau Aron tak puas hati dengan dia!

                   "So don't.... just leave me be!"balas Airis.

Aron menjuling mata kejengkelan saat menarik lengan Airis supaya ikut dia masuk ke kelas. Malas nak bertekak. Tak ada faedahnya. Dan paling penting. Mereka berdua dah lewat.

                  "Hei...apa ni. Aku boleh jalan sendiri lah....."tepis Airis dengan kasar.

Aron berdengus kasar. Dia melepaskan tangan Airis lantas jalan seiring dengan Airis di sisi. Sementara Airis menarik muncung tak puas hati dia.

1. Hello Miss Devil.Where stories live. Discover now