45.
Jam di dinding sudah masuk 9 malam semasa Airis terjaga dari tidurnya yang entah buat kali ke berapa dia sendiri tidak pasti. Yang dia tahu bangun sahaja dari lena dia telah tenggelam dengan peluh sendiri, perutnya sudah berkeroncong minta di isi.
Rimas dengan keadaan sendiri, Airis ambil keputusan untuk ke bilik air.
Dia mandi dan mengenakan pakaian bersih setelah itu. Mengemas tempat tidurnya dengan mengantikan sarung bantal dan cadar yang bersih dari peluhnya. Biasalah, sakit ke tak sama jer bagi Airis. Dia kena buat semua benda dengan sendiri.
Oleh kerana tekaknya terasa kesat serta sakit dan berasa tidak berapa selera hendak makan benda lain, Airis terasa hendak makan benda pahit dan panas. Seperti kopi atau kek latte. Masalahnya sekarang dia tak tahu hendak ke mana memandangkan dia sendiri jarang keluar dari rumah atau singgah ke mana-mana tempat dalam bandar sejak tiba di sini.
Jadi orang pertama yang terlintas dalam fikiran itulah yang dia dekati. Setelah Airis siap mengenakan hoodie labuh paras lutut dan skinny hitam, rambut panjangnya di sanggul malas tinggi ke atas. Dia berjalan keluar dari bilik untuk ke bilik sebelahnya.
Bilik Aron.
Pintu bilik Aron yang terbuka sedikit di kuak ke dalam oleh Airis tanpa mengetuknya terlebih dahulu. Serta merta gadis itu di jamu dengan pemandangan dimana lelaki yang hanya mengenakan sweatpant sedang membuat push up bar di dinding membelakangkan pintu.
Rajin sungguh bersenam. Badan Nampak cekeding jugak.
Airis menilik tubuh itu dari atas hingga ke bawah semasa sandar pada bingkai pintu dengan kedua-dua tangan di dalam poket hoodie. Sebenarnya dia taknak ganggu Aron, tapi takkan la dia nak cari Lucas semata untuk makan kek kan?Nak tak nak mamat ni jugak la yang dia jadikan sasaran.
Terus bibir pucatnya mengukir senyuman nakal. Dengan senyap dia berjalan masuk ke dalam bilik yang pertama kali dia jejak selepas sekian lama dia duduk di sini. Tanpa menghasilkan sebarang bunyi, Airis capai bantal kecil dari katil Aron lantas mencampaknya ke belakang badan tu.
Melompat terkejut dibuatnya. Aron jatuh terduduk ke Bawah akibat bantal tadi mengenainya. Begitu bulat mata Aron saat dia menoleh ke Airis.
"Gosh! Ris. Kau dah kenapa?"kalut Aron bangun dari lantai tu nak cover malu punya pasal. Ingatkan hantu ke apa tadi tetiba ada benda melayang. "Bila kau masuk sini?"
Airis berdengus ketawa kecil, dia menyilang tangan ke dada melirik susuk lampai Aron tidak berbaju itu dari atas ke bawah. Takkan la baling bantal cenggitu aje dah melatah?Tak padan sungguh dengan saiz badan tu. Hati kecik macam tikus. Cepat sangat terkejut.
"Baru jer..."jawabnya bersahaja.
Aron mencapai tuala dari kerusi gaming lantas mengesat peluh yang merintik di dahi dan sekitar lehernya. "Dah kebah belum demam kau tu?Lama jugak ya kau nak elok?"Airis menjuling mata menyampah dengan soalan itu. Namun pun orang demam! Itupun tanya soalan blur macam tu.
"...aku lapar bawak aku keluar makan.."minta Airis sambil melirik ke dinding dimana piala dan pingat emas milik Aron berada. Banyak...berderet-deret dari atas ke bawah dinding semuanya penuh dengan sijil dan pingat. Nak dibandingkan dirinya ini, dia lebih banyak rekod disiplin dan jenayah dari kecemerlangan...
Kening Aron berkerut saat mendekat ke Airis. Tangannya kemudian naik menekap dahi Airis. Bila disentuh badan itu masih hangat lagi.
"Kau masih demam ni. Kalau keluar malam, masuk angin macam mana?Makin teruk tak pasal-pasal."balas Aron saat menurunkan tangannya dari dahi Airis.
Please la!
Hela nafas lepas dari Airis sebaik dia memandang ke Aron semula.
"Relaks lah bro..tak payah risau pasal aku. Badan aku tahu lah aku. Kau nak bawa aku atau aku pergi sendiri ni?"cadang Airis. Dia nak makan bukan nak dengar leteran. Kalau dia tahu Aron akan berleter begini, dia akan naik teksi sendiri tadi.
Aron buat muka menyampahnya sebaik Airis mengugutnya begitu. Memang tidak la dia nak benarkan Airis keluar sendirian. Nanti mahunya Airis timbulkan masalah, tak memasal dia yang disalahkan. Baju t-shirt lengan pendek warna kelabu di capai dari katil lalu disarungkan ke badan.
"Kau nak makan apa?"soal Aron sambil jalan menghampiri meja vaniti. Mencapai dompet dan telefon bimbit dari situ.
Airis menggosok tekaknya sambil berkerut kening dan merasa lidahnya yang kebas dek kerana demam panas. Nak makan benda lain dia tak lalu nak telan. Kalau dapat merasa sesuatu yang panas dan pahit okay jugak kan?
"Mm...aku rasa macam nak makan benda pahit macam kopi ke kek ke..kau tahu tak mana-mana kedai?"aju Airis dengan kening terangkat.
Aron terdiam seketika saat membuat muka berfikir sebelum mengangguk kepala tidak lama selepas itu.
"Fine...aku tahu satu kafe ni...dia orang ada kopi dengan kek terbaik..."aju Aron.
"Lead the way then..." kata Airis sambil tersenyum nipis. Mujur la dapat keluar dari rumah ni!Dia pun dah benak nak duduk dalam bilik lama-lama.
YOU ARE READING
1. Hello Miss Devil.
General FictionNama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Ariana, di situ pasti ada masalah. Tidak kecil tidak besar, selagi Airis ada pasti bermasalah. Dari kec...