Kena Culik

2.4K 211 0
                                    

65.

          "Rina...baik you jujur dengan I..."

          "Dah kenapa dengan you ni Aron?"

          "Beritahu I sekarang...betul ke powerpoint yang you bagi tu you yang sediakan?"

          "Memang betul la I yang sediakan..."

          "You sendiri yang cari idea tu?"

Rina menelan air liur dengan gugup. Matanya bergerak kanan dan kiri saat meneliti riak serius Aron di hadapannya saat ini. Dah kenapa Aron sibuk nak tanya semua tu?

         "Kenapa you ni?Tak percaya ke dekat I?"

         "Sebab I percayakan you la I tanya...betul ke you yang sediakan powerpoint kita tu?Kalau betul you yang sediakan kenapa Airis ada akses untuk powerpoint tu?"tambah Aron lagi yang menambahkan rasa gelisah dan gelabah Rina.

Dia sudah menjadi tidak tentu arah. Takkan Aron dah tahu?Tapi tak mungkin la Aron boleh tahu!Dia dah rancang sebaik mungkin agar tidak ketahuan.

           "Airis ke yang beritahu you semua ni?Dia claim yang presentation dia tu idea dia?"Rina menyilang tangan ke dada.

          "So betul la?Idea tu Airis punya?You curi idea dia?"

          "Why not...she annoying me...and also you pun tak suka dekat dia..apa salahnya kalau I susahkan dia.."ngaku Rina tanpa berfikir panjang.

           "You sedar tak apa you buat ni salah Rina?"

           Rina tersengih jahat sambil membetulkan kolar baju kemeja biru Aron. "So what...that b**ch deserve it..."

Ternganga Aron dibuatnya. Betapa terkejutnya dia selepas mendengar semua ini. Sampaikan tak tahu nak cakap bagaimana lagi.

Dengan rasa hilang sabar, Rina mengintai sekali lagi ke arah pintu keluar. Dia ketika itu sedang berdiri bersama beberapa orang lelaki yang sudahpun di bayar untuk melakukan kerjanya.

Setelah menunggu sasaran yang dikehendakinya keluar dari pintu, terus Rina gesa mereka untuk bergerak mendapatkan orang tersebut. Seperti diarahkan Rina, kumpulan lelaki di belakang bergegas ke arah orang itu dan mengheretnya masuk ke dalam sebuah bilik stor terbiar yang ada di dalam kawasan kolej. Jauh dari perhatian orang.

Dan sasaran itu tak lain tak bukan Airis Ariana sendiri.

Gadis itu bergelut dengan susah payah sepanjang perjalanan itu sebelum dia dicampak ke atas lantai dengan kasar oleh mereka tidak lama kemudian. Enam orang pelajar lelaki berdiri melangit di depan Airis sewaktu gadis itu terduduk di atas lantai.

Airis dongak, keningnya berkerut saat memandang mereka semua.

             "Apa yang kau orang cuba buat ni?"soal Airis sambil menggosok punggungnya.

Pada masa itulah, Rina muncul seperti ketua samseng di tengah-tengah mereka berenam, gadis itu berdiri melangit dengan senyuman bongkaknya.

             "Kau rasa apa yang aku tengah buat sekarang ni?"soal Rina sambil tersenyum sinis.

Kening Airis berkerut, dia memandang pelik ke arah Rina dan sekelilingnya.
 
             "Pfft...apa yang kau nak cuba buat dekat aku hah?"tanya Airis yang tidak kelihatan risau apa lagi takut.

Kening Rina terangkat tinggi, gadis itu kemudiannya mendepakan tangan.

            "Kau rasa apa yang aku nak buat?Dengan keadaan sekeliling ni, enam lelaki, dan sebuah kamera..."tunjuk Rina pada Airis dengan bangga.

Airis cuba bangun tetapi dadanya disepak oleh Rina. Airis terbaring semula di atas lantai itu.

            "Selama ni kau perasan diri kau bagus sangat kan...kau sedar tak disebabkan kau Mandy, sepupu aku terpaksa hidup susah?"soal RIna sambil bercakung di depan Airis.

Airis memandang pelik ke Rina seperti gadis itu ditumbuhi tanduk di kepala.

         "Huh?Mandy sepupu kau?"soal dia.

Rina berdengus mengejek.

          "Kau rasa kenapa aku ada dekat sini. Muncul secara tiba-tiba dan hidup kau terus musnah lepas aku wujud dalam hidup keluarga kau?"tanya RIna.

Perlahan-lahan kerutan kening Airis berkurangan taktala dia memandang kagum ke Rina.

           "Mandy balas dendam dekat aku menggunakan kau?Itu maksud kau?"soal Airis dengan sengih meleret mengejeknya. Dia tidak terkejut kerana benar la apa yang Lucas katakan kepadanya tempoh hari.

           "Hah...pandai pun. Ingatkan muka jer lawa otak udang..."Rina berdiri tegak. "Dan untuk itu aku akan berikan memori terindah untuk kau..."Rina jalan mengundur ke belakang. "Dia orang akan 'kendurikan' kau ramai-ramai dan rakaman ni akan jadi santapan semua orang dalam kolej ni sama macam mana kau dah buat dekat Mandy!"

Airis yang dengar ketawa berdekit. Dia memandang tidak percaya pada Rina sebelum berdiri tegak dan mulai membersihkan pakaiannya. Dia menepuk tapak tangan untuk hilangkan debu yang terkesan di tapak tangan sewaktu dia jatuh tadi.

           "Serius lah?Dia orang?"pandang Airis pada enam lelaki di depannya.

Kening RIna berkerut kerana pelik dengan reaksi Airis. Kalau orang lain mahunya sudah melutut merayu padanya sekarang. Bukannya gelak.

            "Jangan nak tunjuk berlagak lah...sekejap lagi maruah yang kau banggakan tu akan tercarik-carik macam kain buruk tahu tak."jerkah Rina dengan berang.

Airis menggeleng kepala. Dia menyilang tangan ke dada lantas tersenyum sinis. Pandangan mata Airis terarah pada enam lelaki yang sedang berdiri di kanan dan kiri Rina.

Wajah setiap enam lelaki di situ kelihatan kaku dan tanpa perasaan.

1. Hello Miss Devil.Where stories live. Discover now