Rumah Lucas

2.4K 199 1
                                    

57.

               "Kau jadi manusia memang tak ada hati perut ya?"marah Aron.

Airis di atas katil baring dengan kaki bersilang dan tangan sibuk menaip pesanan kepada Encik Davis. Sedikitpun tidak menghiraukan Aron di tepi katilnya saat ini. Entah angin apa merasuk Aron, tetiba aje datang menapak dalam bilik kemudian nak marah-marah.

               "Aku call kau kan?Tak boleh nak dijawab langsung?"Aron pandang Airis dengan kening mencerlung. "Kau tahu kan Jennie macam mana?Memang dah tak ada rasa perikemanusiaan dalam diri kau sangat ke?At least datang untuk buat ujian darah ke lawat ke apa ke...."

               Alah-alah....ingat dia kisah ke! Dengan riak jengkelnya, Airis duduk tegak dari baringnya. Dia dongak memandang Aron lantas berkata. "At least aku hantar Jennie ke hospital. Yang kau nak kecoh sangat kenapa?Dia adik kau kan?Uruskan dia...apahal kau cari aku?"

             "Kau kakak dia even lain darah...mama kau adalah mama dia orang.."

            "So?Suruh la perempuan tu uruskan masalah dia. Aku pun tak pernah anggap dia mama aku. Dari kau memekak better berhambus dari bilik aku.."

           "Apahal makin kurang ajar perangai kau ni?"

            "Kau jawablah sendiri apahal aku kurang ajar sangat...kalau expect aku respect lepas apa yang kau orang buat....jangan mimpi la....kau tak nak keluar?Fine..biar aku yang keluar."Airis turun dari katil dan berjalan keluar dari bilik tidurnya.

Entah nasib apa, Puan Adriana turut berjalana melintasi koridor itu. Bertembung dengan Airis sesaat kemudian.

             Masa itu Aron menyusul dari belakang sambil membebel. "Aku nak kau test darah kau buat derma hati pada Jennie nanti..kau dengar tak!"

              Lantas Airis berdengus kecil saat pandang mengejek ke Puan Adriana sebelum memalingkan kepala ke Aron semula. "Berapa kali aku nak beritahu, lantak apa nak jadi dengan keluarga ni!Aku tak peduli. Kau nak aku Bahasa apa biar kau faham!?"

              "Airis!"marah Puan Adriana dengan lantang. "Perlu ke kamu cakap macam tu?"

              Airis lantas memandang Puan Adriana. Siapa anak kandung siapa anak tiri sekarang ni?Apahal Adriana perlakukan dia seperti anak tiri sedangkan Aron yang bersalah sejak awal dalam hal ni. Kenapa Adriana sikit pun tidak pertikaikannya. "Memang perlu...sebab selama ni ada kau kisah pasal hidup sakit aku lepas kau tinggalkan aku?"beritahunya berasa tak percaya dengan sikap mamanya ini.

             "Ya sudah lah. Kalau kamu tak nak derma pada Jennie. Mama tak expect apa-apa dari manusia tak ada hati perut seperti kamu ni pun!"

That's it!

Dia dah hadap cukup dengan semua ni!

            "F**k this!"lafaz Airis sebelum berpaling ke bilik semula dengan berang.

Dua minggu kemudian....

Cahaya matahari masuk menerobos masuk ke dalam bilik melalui jendela yang tidak tertutup rapat, tepat mengenai jari yang mengenakan cincin pada jari telunjuk.

Srap!

Namun tidak lama, lena orang yang mengenakan singlet putih dan seluar pyjama terganggu apabila kain langsir bilik diselak mendedahkan cahaya matahari yang terpancar terang di luar rumah pada pagi itu.

          "Wake up princess!"kejut orang yang berdiri di depan jendela, membuka pintu jendela untuk benarkan angin pagi masuk ke dalam bilik tersebut.

Terkulat-kulat Airis menarik selimut menyelubungi wajahnya dek silau disambar cahaya matahari.

            "Ugh...go away!Leave me alone!" ngerang Airis berguling ke kanan membelakangkan jendela itu.

             "Dah pukul 10 ni..."gesa Lucas pada Airis sambil menarik tangan gadis itu supaya bangun dari katil.

Dengan malas Airis bangun dari baring, menggaru kepala kerana gatal. Rambut bersepah baru bangun tidurnya itu tidak dihiraukan.. Malah tidak peduli akan keadaannya bagaimana dihadapan lelaki lampai berkemeja putih di hadapannya saat itu. Dia memandang penat ke arah Lucas. Awal pagi lagi dah pakai handsome macam ni?

            "Awak masuk kerja ke hari minggu ni?"

            "Tak adalah..."Lucas tunduk mengutip pakaian Airis yang bersepah atas lantai sebelum di letakkan ke dalam bakul baju Kotor sebelah almari berlaci.

             "Dah tu kenapa awak berpakaian smart macam ni?Dating?"Airis berkerut kening tidak puas hati. Pagi-pagi lagi dah handsome macam ni. Tak adil betul!

Ya. Sejak Airis bertekak dengan Puan Adriana dan Aron malam sebelum Jennie di bedah, Airis telah larikan diri dari rumah dan menetap di rumah Lucas. Disebabkan hanya Lucas sahaja yang ada dalam senarai contact dia, nak tak nak, Airis hubungi Lucas jugak. What a suprise lepas Airis tiba di kediaman Lucas.

Mamat handsome ni hidup senang apa. Walaupun sendirian rumah dua tingkat dengan sebuah kolam renang itu terjaga dengan kemas dan teratur. Ingatkan anak orang susah, rupanya boleh tahan jugak kaya Lucas ni.

Alasan kenapa dia menetap dengan Lucas?

Obviously sebab isu yang sama.

Semua itu gara-gara Airis enggan memunculkan diri sewaktu pemeriksaan darah bagi mendapatkan penderma yang sesuai untuk Jennie. Malahan Puan Adriana menuduh Airis menjadi manusia tak ada hati perut, pentingkan diri, ego dan sebagainya yang mana membuatkan Airis jengkel dan terus keluar dari rumah itu tanpa bawa apa-apa kecuali telefon dan beg dompet dia Untung ada Lucas kalau tidak. Rebus dia duduk dekat luar!

             "Mana ada dating...dah la bangun lekas..."gesa Lucas.

             "Hari minggu kut...tak boleh ke bagi saya rehat?"rengek Airis menendang selimut di Bawah kakinya kejengkelan.

Lucas berdiri mencekak pinggang depan katil tu memandang Airis.

            "Jennie keluar hospital hari ni...kau tak nak balik rumah ke?"

Airis menjuling mata kejengkelan.

Ugh!

            "Bukan urusan saya...that family is just a pain in the ass..."komen Airis sebelum kembali tumbang di atas katil semula. Memeluk bantal golek dengan mata terpejam.

Lucas yang lihat menggeleng kepala.

            "Berhenti buat perangai keras kepala kau ni Airis...tak kira macam mana sekalipun mereka tetap keluarga kau. Dah cepat bangun. Mandi. Bersiap. Lepas sarapan kita pergi..." ajak Lucas dengan nada memujuk.

Airis yang dengar buat tak tahu.

            "Kalau kau tak bangun dari katil tu dalam kiraan tiga jangan salahkan aku kalau kau lencun dalam kolam renang nanti dan bermalam dekat luar sendirian..."ugut Lucas di depan pintu bilik tidur yang sepatutnya di duduki oleh adik perempuannya, tetapi disebabkan adik perempuan Lucas belajar di luar negeri bilik itu kosong tidak dihuni. Jadi dia gunakannya sebagai bilik tamu untuk Airis menginap selama seminggu ini.

           Airis tersentak, dia terus bangun. Memandang Lucas dengan mata dikecilkan menahan geram. Cuba kalau awak berani Lucas..."

             "Aku berani aje....nak ke?"lelaki itu acah-acah menyinsing lengan baju kemejanya naik ke sikut saat mendekati Airis di katil tu.
       
              Airis pun ketawa. Dia cepat-cepat Tarik selimut dan menyelubungkan dirinya. "Kalau awak buat macam tu saya takkan cakap dengan awak.."ugutnya sambil tu.

              Lucas tunduk membongkok ke Bawah, menarik selimut itu dari Airis. "Lekas bangun sekarang!"

             "Arghhh!!!!"teriak Airis cuba mengelakkan selimutnya di tarik.

1. Hello Miss Devil.Where stories live. Discover now