Hari Biasa Rutin Luar Biasa

7.3K 325 5
                                    

01.

Seperti biasa hari di kolej.
Tak banyak bezanya dengan kolej lain. Norma biasa seperti masalah dengan pensyarah, assignment tak hantar, masuk lambat, terlupa bawa buku dan pelbagai lagi. Perkara yang pelajar selalu buat bila dia orang dah fed up dengan hidup ni.

Pelajar sibuk dengan hal masing-masing. Tak peduli dengan masalah orang lain atau peduli dengan orang yang ditimpa masalah.

Kerana mereka semua tahu hidup di alam kolej ini umpama peperangan. Kau bijak takkan dipijak. Kau lemah kau akan kalah.

Pelbagai ragam dapat di lihat. Ada yang terkocoh-kocoh berlari masuk ke dalam bangunan dalam keadaan tidak terurus.

Tidak lepas juga pasangan kekasih bergaduh, bertekak seakan mahu satu dunia tahu masalah mereka dengan suara lantang mereka.

Pelajar nerd kena buli dengan kumpulan pelajar nakal, bad boy versus good girl, popular versus nerd dan sebagainya.

Semua itu adalah perkara tipikal setiap kali memasuki ke alam institusi tinggi.

Antara banyak-banyak kategori pasti ada yang paling menonjol di antara mereka. Jika bukan kerana rupa paras pasti disebabkan sikap dan tingkah laku yang menjadi daya penonjol pelajar-pelajar di situ.

Airis Ariana, atau dikenali sebagai Miss Devil. Kenapa dia dipanggil begitu?Jelas-jelas la sebab orang disekeliling dia yang memberi gelaran itu pada Airis.

Dikenali kerana sikap jahat dan sadis tanpa perasaan dia. Semua di situ semahunya menjauhi diri dari Airis. Takut dengan tulah yang dibawa olehnya.

Kenapa?

Hal ini kerana dimana saja gadis itu berada pasti akan ada masalah.

Dimana ada masalah pasti ada gadis itu.

Seperti hari-hari biasa, dalam perjalanan selepas habis kelas, Airis capai ipod dan earfon dari poket beg sandang lalu dipasang pada telinga.

Dia mahu mendengar lagu kegemarannya. Jason Derulo, untuk menghapuskan segala kebisingan dan kesibukan yang ada disekitarnya waktu itu.

Rambut berona merah kehitaman yang diikat satu tinggi kebelakang berhayun ke kanan dan kiri seiring dengan langkahnya. Dua biji anting-anting bertindik di cuping telinga kanan membuatkan imej gadisnya seperti budak bermasalah.

Setiap kali Airis melewati satu laluan pasti akan ada pelajar-pelajar yang lalu lalang dan ada yang menghadang laluan akan cepat-cepat undur menjauhkan diri untuk memberi laluan kepada dia.

Seakan Airis itu wabak atau benda berjangkit. Sedaya upaya hendak elakkan diri dari berurusan atau terlibat dengan gadis tersebut.
Kerana sah-sah kalau mereka terlibat ianya ibarat seperti menggali lubang kubur sendiri.

Sambil mengunyah gula-gula getah di dalam mulut, Airis membelok ke kanan selekoh untuk menuruni tangga.

Sesaat dia berdiri atas puncak tangga, pada masa itu juga la bunyi jeritan kedengaran. Yang mana tidak di didengari Airis kerana lagu yang didengarnya melalui earfon.

Pelajar-pelajar disekitar bergegas ke tempat kejadian. Mereka semua berdiri kaku saat memandang bawah dan atas tangga silih ganti. Bingung dengan apa yang berlaku.

Di atas tangga, Airis sedang berdiri dengan kedua-dua tangan berada dalam poket hoodie. Sementara di bawah anak tangga gadis yang mengerang kesakitan. Menangis sambil memegang lengan dan bahagian perut.

               "Aduh...sakitnya."rintih gadis yang ada di lantai itu.

Semua mata terarah pada Airis. Melihat gadis yang berwajah tanpa perasaan tunduk ke bawah lantai tangga dimana pelajar perempuan tadi dalam kesakitan.

Perlahan-lahan Airis mengeluarkan tangan dari poket hoodie lantas menanggalkan earfon dari telinga. Sambil itu dia mengunyah bumblegum di dalam mulut dengan renungan tertanya-tanya. Keningnya dia terangkat tinggi.

Kenapa semua orang pandang dia?

Apa yang dah berlaku?

                "AIRIS ARIANA!"panggil satu suara lantang dari bawah tangga. Menyentak Airis dengan panggilan itu. "Jumpa saya di pejabat sekarang juga!" tempik dekan yang bergegas mendapatkan pelajar yang sedang mengerang kesakitan di lantas depan anak tangga.

La....kenapa pulak ni?

Airis berkerut kening. Dia yang tidak faham apa yang baru sahaja berlaku mengerling ke arah pelajar perempuan yang sedang merengek kesakitan itu. Cuba tahu siapa perempuan tu.

Pelajar perempuan itu menjeling ke arah Airis bersama mimik muka kesakitan sewaktu pelajar perempuan itu di dukung seorang dari pelajar lelaki. Satu senyuman sinis terukir dihujung bibir pelajar perempuan itu taktala dia bertentang mata dengan Airis.

Airis membuat muka 'WTF' sebelum tersentak. Dah kenapa perempuan tu?Tengah sakit sempat senyum?

Tidak semena suara lantang tadi kedengaran semula.

               "Sekarang Airis!"bentak dekan dari bawah tangga.

Airis mengerang kejengkelan.

Ughhh!

Here we go again!

Like as always, everytime something bad happened, she the one who get blamed!

1. Hello Miss Devil.Where stories live. Discover now