Salah Dia

3.3K 283 2
                                    

04.

              "Semua ni salah awak Davis!"

              "Apa pula salah saya?"

              "Saya dah kata saya tak nak anak awal-awal. Saya masih sayang pada kerjaya saya.."

             "Jangan nak bawa anak dalam masalah ni! Bukan dia minta semua ni. Boleh tak awak berhenti menyalahkan Airis!"marah Encik Davis.

               "Memang betulkan...saya masih mahu jadi model sepenuh masa. Dengan perkahwinan ni anak dan semua tekanan ni...awak ingat awak seorang sahaja yang ada life? Saya pun ada. Sekurang-kurangnya beri sebahagian komitmen awak dalam perkahwinan ni..!"

                "Saya dah berikan komitmen saya lebih dari awak..dari awak tu merantau memanjang. Tinggalkan saya dan anak dekat sini...pentingkan kerja awak sebagai model tu dibandingkan keluarga sendiri."balas Encik Davis pula.

                "Dengar...saya tak dapat teruskan perkahwinan  ni....saya nak awak ceraikan saya serta merta...dan saya serahkan hak penjagaan anak pada awak...saya tak boleh nak hadap semua ni...."

Airis membuka mata perlahan-lahan. Dadanya naik turun perlahan semasa tangannya berada di tepi kepala. Dia memandang siling bilik yang ditampal dengan sticker fluoresent.

Bintang-bintang dan bulan itu bercahaya dalam gelap sewaktu dia baring terlentang di atas permaindani berbulu atas lantai depan katilnya. Bantal-bantal berbulunya bersepah disekeliling seperti kubu.

Seperti hari yang lain, dia tidak boleh tidur malam. Setiap kali dia tidur, dia hanya akan dapat mimpi ngeri. Mimpi di mana kedua-dua  ibu bapanya bergaduh. Melihat mereka bertekak sepanjang masa. Dari dia umur setahun sehinggalah 9 tahun. Dia melihat semua itu di depan mata. Dengar dan hadam segalanya sebelum ibu bapanya bercerai sewaktu dia berusia 10 tahun.

Selepas itu Airis tidak lagi pernah bertemu dengan ibunya. Hampir 11 tahun dia telah berpisah dengan ibunya itu. Sampai dia lupa akan sentuhan dan pelukan wanita itu dari memorinya. Begitu juga ayahnya. Walaupun dia dijaga oleh ayahnya. Airis sedikit pun tidak pernah mendapat kasih sayang sepenuhnya dari Encik Davis kerana lelaki itu banyak menghabiskan masa pada kerja.

Apa yang ada hanya perasaan hormat pada ayahnya saja.

Airis membesar sendiri. Makan minum mandi dan segala keperluannya di uruskan sendiri sejak kecil lagi. Bukannya tiada nanny ada jer. Tetapi disebabkan sikap Airis yang nakal dan sukar dikawal telah membuatkan ramai nanny lari dan berhenti bekerja gara-gara tidak tahan dengan kenakalan dia.

Bagi Airis apa yang dia buat adalah cara dia untuk tunjukkan kasih sayang pada orang disekeliling.

Seperti diketahui Airis membesar tanpa perhatian ibu bapa yang sempurna. Jadi Airis tak tahu cara sebenar nak tunjukkan kasih sayang pada orang lain.

Tiada siapa tunjuk dia cara untuk berkasih sayang. Semua orang disekelilingnya lebih suka buat hal sendiri dan buat hirau tak hirau dengan kewujudannya.

Tidak ayahnya, tidak nanny dia. Semuanya sama saja.

Jadi segala yang dia buat di anggap jahat pada orang sekeliling. Sebab itu ramai yang bencikan dia.

Airis cuba jelaskan hal itu pada orang sekelilingnya. Tapi mereka lebih kepada mencemuh dan menyakitinya dengan kata-kata sinis dan tuduhan tidak berasas.

Setiap kali Airis cuba beri penerangan, mereka akan memotong kata-katanya. Hal itu membuatkan mereka salah faham terhadap dirinya.

Itulah masalah mahkluk bergelar manusia. Mereka tidak pernah cuba dengar. Kerana itu mereka tidak pernah faham. Oleh kerana tidak faham lah mereka tidak tahu. Tidak tahu apa sebenarnya sedang di alami oleh orang lain.
Manusia cenderung untuk banyak bercakap dari mendengar. Ianya adalah perkara yang perlu di ubah dalam setiap manusia.

Tidak hairanlah sekiranya zaman sekarang ramai anak-anak lebih suka memberontak dan bersikap di luar kawalan. Apabila hal itu terjadi mulalah ibu bapa hendak melenting, naik angin dan menyalahkan anak-anak. Sedangkan semua tu terjadi kerana ibubapa itu sendiri. Salah kerana tidak bersikap prihatin terhadap apa yang anak-anak mereka rasakan. Tidak peka apa yang anak-anak mereka mahukan yang sebenarnya.

Letih sebenarnya kalau asyik kena jelaskan diri sendiri. End up Airis give up untuk betulkan keadaan atau cuba pertahankan diri sendiri.

Hela nafas panjang keluar dari bibir Airis sewaktu gadis itu melelapkan mata semula. Berharap esok adalah hari yang lebih baik dari hari ni.

1. Hello Miss Devil.Where stories live. Discover now