38.
Selepas pulang dari cafeteria, Airis bergerak ke arah lokar. Hendak mengambil buku untuk kelas seterusnya.
Tanpa mencurigai apa-apa Airis pun membuka mangga dari pintu lokarnya lantas daun pintu lokar ditarik sebelum satu letusan lembut kedengaran.
Matanya terpejam taktala sesuatu meletup menyapa wajahnya.
Sesuatu yang lembut tetapi banyak!?
Kuntuman kelopak bunga ros berterbangan keluar dari lokar tersebut. Dan terbang melayah diserata tempat sebelum jatuh melayah ke lantai.
Dalam keadaan kebingungan Airis membuka mata, dia tunduk melihat bawah kakinya dimana timbunan kelopak bunga ros bersepah di lantai. Setelah itu dia memandang ke dalam lokar dia semula.
Apa yang berlaku dekat lokar dia ni?
Terdapat sekeping kad dengan pelekat bentuk love pada penutup sampul tersebut di capai. Setelah dia buka sampul tersebut, Airis mengeluarkan sehelai kertas darinya. Bau haruman minyak wangi lelaki menyapa hidungnya.
Eew!?
Di dalam surat tersebut tertulis luahan perasaan seseorang pada Airis. Dan cara untuk Airis mencari orang itu adalah menggunakan bau minyak wangi yang ada pada surat tersebut. Selesai membaca surat tersebut, Airis mengerling ke kanan dan kirinya.
Macam la dia tak ada kerja nak buat explorace....
Memang tidak la.
Airis mencari tong sampah. Bila dia nampak di mana tong sampah tu, dia kemudiannya, mengemas sepah kelopak-kelopak bunga tersebut. Mengosongkan lokarnya dari segala hiasan darinya.
For once again! Buat sekali lagi dia kena tukar mangga untuk lokarnya. Lagipun, dari mana dia orang semua boleh dapat akses lokar dia?
"Apa yang dah berlaku ni?"tegur satu suara di sebelah Airis yang sedang bercakung mengumpulkan kelopak bunga lalu dimasukkan ke dalam tong sampah.
"Kau beritahulah aku...apa yang tengah berlaku ni."balas Airis yang kemudiannya berdiri. Menolak tong sampah itu ketepi lokarnya sebelum menepuk-nepuk tangannya untuk hilangkan kotoran.
Kening Aron mencerun selepas menyedari apa yang sedang berlaku.
"Lagi sekali?"soal Aron yang faham sejak ke belakangan ini Airis sering didatangi pelajar-pelajar lelaki yang menyatakan bahawa mereka suka pada Airis dan inginkan Airis menjadi teman wanita mereka. Ini bukan kali pertama lokar Airis di ceroboh dengan mereka.
Ramai...ramai jugak yang datang confess.
Namun begitu Airis menolak mereka mentah-mentah. Kebanyakan mereka yang luahkan perasaan adalah pelajar popular kolej sendiri.
Airis menyelak anak rambutnya yang jatuh mengenai pipi ke belakang telinga dengan jengkel.
"Aku sumpah sekali lagi dia orang luahkan perasaan dekat aku...aku akan buat dia orang bencikan aku..."gerutu Airis kejengkelan. "Dah kenapa tiba-tiba semua sibuk nak luahkan perasaan dekat aku pulak?"dia menarik muncung kerimasan.
Aron menggeleng kepala tidak faham. Hairan dengan sikap Airis.
"Peliklah kau...orang lain terkejar-kejar untuk jadi popular dan kau pula nak orang bencikan kau..."geleng Aron sewaktu dia berjalan seiring dengan Airis merentasi koridor itu ke bilik kuliah.
Kening Airis mencerlung tidak puas hati.
"Sebab bila orang benci aku...aku dapat tahu siapa yang suka dekat aku dengan ikhlas dan siapa yang bencikan aku dengan jelas....dalam dunia ni tak semua manusia baik...tapi jangan la sangka yang jahat tu tak baik.....yang baik tu tak jahat..."jawab Airis tanpa memandang Aron.
Aron memandang kagum ke arah Airis. Tersenyum sendiri mendengar kata-kata itu.
"Adakah kau menyatakan kata-kata itu khas untuk diri kau?"teka Aron bernada menyakat.
Airis berpaling, dia mengecilkan mata saat merenung wajah Aron.
"Kau rasa?"tanya Airis.
Aron menjungkit bahu.
"Aku tak cakap kau baik..tapi lebih pada menyakitkan hati tu ada la .."Aron kembali memandang ke depan.
Airis membuat muka menyampah.
"Kau nak apa datang jumpa aku?"
"Masuk kelas la..apa lagi."
"Asal tak masuk dengan Lucas...?"
"Lucas masuk lambat sebab ada hal...kenapa kau tak suka masuk kelas dengan aku?"
Airis berkerut kening tak percaya bila dengar pertanyaan Aron. Memangnya Aron ni tak tahu atau saja buat tak tahu eh?
"Kau serius tak tahu?"
"Kalau aku tahu tak adanya aku tanya...so?Kenapa kau tak suka masuk kelas dengan aku?"
"Sebab aku menyampah dengan kau." Airis menutup pintu lokar sebelum berpaling dari Aron yang sedang bersandar pada lokar saat itu.
"What?Menyampah?Hello kau tahu tak betapa ramainya pelajar perempuan yang nak berada di sisi aku...kau boleh cakap menyampah?"Aron kejar langkah Airis di belakang sebelum berjalan seiringan.
"That's exactly why..."balas Airis bernada bosan.
YOU ARE READING
1. Hello Miss Devil.
قصص عامةNama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Ariana, di situ pasti ada masalah. Tidak kecil tidak besar, selagi Airis ada pasti bermasalah. Dari kec...