77.
Air mata lebat bertakung di tubirnya. Lucas pandang tidak berkedip semasa bersuara.
"Apa maksud tuan?"soal Lucas."Isu ayah saya?"kerutnya selepas itu.
Bersama ketapan nipis di bibir Encik Davis mengangguk kepala.
"Airis tak beritahu kamu ke tentang hal tu?"
Lucas menggeleng kepala.
"Tak...saya sendiri tak faham apa yang berlaku?"kata Lucas yang mahu mendengar penjelasan lebih lanjut walaupun dia faham.
Encik Davis menyilang tangan ke dada. Menilik wajah kebingungan Lucas. Ingin memastikan yang Lucas benar-benar tidak tahu mengenainya. Namun ianya begitu jelas dari reaksi anak muda dihadapannya yang Lucas benar-benar tidak tahu tentang hal ni.
"Beberapa bulan yang lalu Airis telah menghubungi saya. Meminta saya untuk menguruskan soal nafkah keluarga dari seorang lelaki bernama Ericson Abraham...yang mungkin saya rasa beliau adalah ayah kamu bukan?"
Lucas termenung seketika sebelum dia tersentak, terus Lucas memandang bungkam. Jadi memang betul la Airis yang telah membantu dia!?
"Tak mungkin..."
Encik Davis yang faham akan renungan itu terus mengangguk kepala.
"Ya...Airis yang bantu kamu soal kos nafkah keluarga kamu dan rawatan ibu kamu."tidak semena Encik Davis ketawa kecil. "Airis malah sanggup mengugut saya sekiranya saya gagal uruskan hal itu, dia takkan hubungi saya selama sebelum.."beritahunya sebelum bergerak ke kerusi di tepi dinding di situ menghadap bilik bedah di belakang mereka.
Lantas Encik Davis menung jauh. Renungan kosong terarah pada lampu merah atas bilik pembedahan.
Bukannya dia tidak risau akan keadaan Airis. Sebagai seorang ayah dan orang yang telah membesarkan Airis sendirian, mestilah dia risau. Tapi nak buat macam mana, ini bukan la kali pertama dia lalui situasi yang sama. Sebelum ni Encik Davis pernah alami kejadian yang lebih teruk dari ni. Airis pernah koma selama tiga bulan selepas dituduh membuli oleh rakan sekelas gadis itu yang Airis telah mengasari dia, sedangkan Airis tidak berbuat apa-apa. Malah Airis yang sebenarnya di kasari. Kejadian itu membuatkan Airis mengalami kecederaan parah, tulang rusuknya patah, ada darah beku di tepi tulang pinggulnya dan gegaran otak. Punca kenapa Airis tidak sedarkan diri adalah kerana pada hari kejadian Airis telah dipukul dan dibelasah secara berkumpulan.
Lucas menyusul kemudiannya di samping Encik Davis di bangku tersebut.
Mereka berdua duduk diam seketika termenung ke satu arah tenggelam dalam fikiran masing-masing.
Namun tidak lama, selepas itu Lucas Kembali bersuara.
"Tuan kelihatan sangat tenang.."tegur Lucas sewaktu duduk di sebelah Encik Davis. "Dibandingkan saya...menangis seperti anak kecil hanya kerana melihat Airis cedera.."
Encik Davis menarik senyuman nipis.
"Saya pernah hadapi situasi lebih teruk daripada ini Aron... Dan saya telahpun bersedia untuk yang lebih teruk..."jawab Encik Davis dengan senyuman nipis di bibir. Sungguh!Dia dah penat...dan letih untuk lihat Airis menderita dan disakiti oleh orang sekeliling hanya kerana anak perempuannya itu tidak tahu hendak memperlakukan orang lain dengan lebih baik. Airis membesar dalam suasana yang sungguh menyedihkan. Dia sebagai bapa sendiri tidak dapat melakukan apa-apa mengenai hal tu. Jadi apa yang dia mampu lakukan adalah, bantu dan patuhi apa saja permintaan Airis kepadanya. Dengan harapan Airis gembira berada disamping dia.
Lucas mendiamkan diri, dia tunduk memandang pakaiannya yang tidak berganti. Darah AIris sudahpun kering di t-shirt kelabu yang dipakai di sebalik jaket kulit hitamnya.
"Apa yang sebenarnya telah berlaku?Macam mana Airis boleh cedera separah ni?" soal Encik Davis sambil memandang ke depan.
Lucas yang tidak jelas akan kejadian yang berlaku menjungkit bahu.
"Saya tak pasti... Apa yang saya tahu bila saya sampai rumah selepas jemput kembar balik dari tadika, saya nampak Airis dah tak sedarkan diri di depan pintu dalam keadaan berlumuran darah..."jawab Lucas.
Encik Davis melepaskan keluhan berat. Dia tidak tahu hendak kata bagaimana lagi. Kemalangan dan Airis berpisah tiada. Jadi tiada apa-apa yang hendak dihairankan.
"Maafkan saya sekali lagi tuan. Kalau saya tidak suruh Airis duduk di rumah dan ikut saya ke tadika, pasti semua ni takkan terjadi..."
"Tak usahlah kamu bersedih. Apa yang berlaku ada sebabnya. Mungkin ini hukuman buat saya kerana menghantar Airis ke sini. Dengan harapan saya fikir Airis boleh bina hidup baru tanpa sesiapa tahu mengenai identitinya. Rupanya...sama aje. Selepas pembedahan ni saya akan uruskan pemindahan Airis."
Kepala Lucas tersentak. Dia berpaling memandang Encik Davis dengan riak terkedu. Dia akan berpisah dengan Airis!?
"Mungkin dia takkan hadiri majlis konvokasyen di sini..."tambah Encik Davis lagi.Lucas mengangguk kepala.
"Saya tahu...Airis ada maklumkan hal tu pada saya.."
Bersama hela nafas panjang lelah, Encik Davis bersandar letih pada dinding di belakang kepalanya. Dia dongak memandang siling batu hospital warna putih itu dengan renungan kosong.
"Saya ingat hidup Airis akan lebih baik di sini...tapi tak sangka pula keadaan jadi semakin rumit begini..."keluh Davis dengan nada kesal. "Kalau saya tahu takkannya saya suruh dia pindah ke sini...lagipula Adriana janji pada saya yang dia akan tengok-tengokkan Airis."
Mata Lucas tunduk memandang ke lantai.
"Maafkan saya sekali lagi.."ucap Lucas di balik nafas. Dia tahu ucapan maaf tidak akan dapat memutar balik masa, namun dia tiada apa-apa lagi yang dapat dikatakan selain memohon maaf kepada Encik Davis saat ini.
YOU ARE READING
1. Hello Miss Devil.
Genel KurguNama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Ariana, di situ pasti ada masalah. Tidak kecil tidak besar, selagi Airis ada pasti bermasalah. Dari kec...