62.
Ugh!
Tak sukanya!
Kenapa...kenapa dalam banyak-banyak hari, mesti hari ni jugak!??Kening Lucas berkerut, bibirnya menarik muncung tidak puas hati, tangan berototnya bersilang di dada kejengkelan. Kakinya pula terhentak-hentak tidak sabar di atas lantai.
Tidak menyangka date pertama dia dengan Airis terbatal gara-gara tiga jembalang tidak berguna di depannya.
Just why?
Renggusan tidak puas hati di lepaskan.Lantas dia bersuara."Tell me again...why you even bother to help them?On our date Airis?Our first DATE?!" beritahy Lucas sambil menekan pada perkataan 'date'.
Airis pandang Lucas seketika sebelum memerhati tiga orang jururawat membersihkan luka pada wajah Jared, Rudy dan rakan mereka seorang lagi. Masing-masing berlebam macam kena sengat tebuan. Muka Jared lagi, mata kanan lelaki itu lebam sepenuhnya sampai tak boleh nak buka langsung.
"They're your friends Lucas..."deram Airis dengan jelingan tidak pedulinya ke Lucas. Itupun nak merungut ke?Bukannya mereka tidak boleh keluar dating lagi. Hari lain ada je nanti...
Lucas membuat muka tidak suka selepas mendengarnya.
"Dia orang just budak kelab renang aku...aku tak pernah bergaul dengan dia orang..."balas Lucas dengan muka bercemberut.
Airis yang dengar hanya menggeleng kepala, Kadang-kadang perangai Lucas ni boleh berubah seperti kanak-kanak jugak. Suka sangat merungut dan menjengkelkan. Mujur la dia minat pada Lucas ni. Kalau tidak memang tidak la dia nak ambil kisah apa yang Lucas rungutkan.
Dan waktu itu doktor datang dengan hasil x-ray. Lelaki itu berdiri melangit di depan Airis sambil menunjukkan helaian x-ray pada Airis.
"Mereka bertiga tiada apa-apa. Disebabkan tubuh mereka berotot, kecederaan yang mereka alami tidak lah serius mana. Hanya lebam dan bengkak biasa. Mungkin sehari dua akan berkurangan..."jelas doktor itu pada Airis.
Sambil Airis memeriksa helaian x ray dia mengangguk kepala. Setelah dia selesai meneliti, Airis memandang ke arah doktor itu sambil tersenyum.
"Terima kasih doktor..."ucap Airis.
Doktor itu memandang kesal ke arah pemuda bertiga di katil pesakit sebelum menggeleng kepala dan melangkah pergi dari situ. Ada-ada saja la anak muda zaman sekarang.
Lucas merenggus geram. Terus dia berdiri membelakangkan mereka menghadap dinding. Merajuk dek kerana dirinya tidak dihiraukan oleh Airis sejak tadi. Tahu tak dia ni penat-penat balik kerja bergegas untuk bersiap semata mahu meluangkan masa Bersama Airis. Tapi Airis boleh pulak utamakan orang lain macam tu aje tanpa pedulikan perasaannya.
"Fine..tak payah hiraukan aku.."renggusnya perlahan.
Airin mengatur langkahnya dari tepi katil kepada Lucas sambil meneliti setiap mereka di situ sebelum memegang lengan Lucas.
"Kau orang semua balik la ke rumah. Semua kos perubatan dengan ubat-ubatan aku dah uruskan..."maklum Airis sewaktu dia meyelitkan tangan ke celah lengan Lucas. Memusingkan badan itu semula menghadapnya.
Kepala Lucas serta merta tunduk memandang tangan Airis sebelum dia pandang ke tepi wajah Airis saat gadis itu sedang memandang ke tiga orang dihadapannya saat itu. Elok dia nak merajuk dan terpujuk semula. Nak tak nak Lucas mengepit lengan Airis rapat ke tulang rusuknya tanpa berlengah.
Jared mengangkat kepala memandang Airis, Rudy yang dengar mengangguk kepala sementara kawan mereka yang seorang lagi hanya mendiamkan diri, tunduk memandang ke bawah sebab malu.
"T...terima kasih..."ucap Rudy tersekat-sekat kerana tepi bibirnya yang luka dan sedang bengkak.
"Jangan salah faham. Aku buat semua ni bukan sebab aku kisah. Cuma nak bayar hutang."
"Hutang?"Rudy berkerut kening tidak faham.
"Hm. Hutang aku bergaduh dengan kau orang dan campak salah seorang dari kau orang jatuh hari tu. So....Hutang aku sakiti hati kau orang semua dah dibalas semula ya. Kita kosong-kosong."beritahu Airis memberitahu alasannya kenapa dia melakukan semua ini.
Jared terkedu. Ya tak ya!Dia hampir terlupa mengenainya.
Sementara Lucas pandang tidak berkedip ke wajah Airis. Agak terkedu dengan apa yang didengarnya. Jadi sebab itu Airis beria hendak bantu mereka bertiga?Sebab Airis nak mohon maaf?!
"Kita orang pergi dulu.."pamit Airis menarik Lucas bersamanya semasa berpaling ke arah pintu. meninggalkan tiga orang di dalam bilik rawatan tersebut dalam keadaan terpinga-pinga sendiri."Awak hutang saya dating Airis...dan saya akan tuntutnya semula..."minta Lucas sewaktu mereka berdua keluar dari pintu wad rawatan pesakit luar.
Airis tunduk memandang ke lantai semasa berjalan. Melihat rentak kaki mereka berjalan dengan seragam. Lantas dia mengangkat kepala untuk memandang Lucas. Lelaki itu berkerut kening tidak puas hati.
"Perlu ke dating semua ni?"tanya AIris dengan nada jengkel."Awak tahu tak perangai awak tu cerewet mengalahkan perempuan?" sungutnya tidak puas hati.
Lucas berpaling ke kanan. Dia tunduk memandang Airis dengan wajah terkejut
"Perlulah. Kalau nak jadi pasangan kekasih ada peringkat-peringkat dia. Mana boleh tiba-tiba saya nak minta awak jadi kekasih saya macam tu jer..."bebel Lucas.
Airis menggeleng kepala.
"Pening lah saya dengan awak...apa susahnya...ajak saja saya couple terus...kan senang. Bukannya saya akan reject awak.."
"Tak nak lah...saya lebih suka ikut flow." tunjuk Lucas dengan tangan seperti ombak di depan muka Airis. "...you know...flow...."yang mana hanya membuatkan Airis menolak lelaki itu ke tepi.
"Please lah...kadang-kadang saya terfikir...saya kawan dengan lelaki atau perempuan...kenapalah awak ni selalu overdramatic.."
Lucas memeluk pingang Airis dan membawa tubuh gadis itu rapat ke badannya.
"Overdramatic tu jugak yang awak suka kan?"
Airis tersenyum, dia memeluk pinggang Lucas dengan tangan kiri sementara tangan kanannya berehat di atas dada Lucas. "Malam masih panjang...nak ke mana-mana tak?"ajaknya.
"Sure...nak ke mana?"Lucas kucup atas kepala Airis saat mereka berdua jalan sepanjang koridor hospital yang lengang itu saling berdampingan.
YOU ARE READING
1. Hello Miss Devil.
Fiksi UmumNama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Ariana, di situ pasti ada masalah. Tidak kecil tidak besar, selagi Airis ada pasti bermasalah. Dari kec...