56.
Hari ini adalah hari yang dinantikan oleh mereka sekeluarga.
Dari sehari bertangguh ke satu hari. Sampai sudah masuk hari kelima sejak Jennie admit ke hospital. Resah, gelisah, gusar dan takut semuanya ada dalam perasaan.
Sampaikan tak boleh nak fikir apa-apa selain keselamatan Jennie.
Setelah mundar mandir selama dua puluh minit di depan makmal, seorang doktor berjalan keluar dengan satu sampul surat di tangan. Puan Adriana, Encik David dan Aron berdiri menghadap doktor itu dengan renungan berharap.
"Doktor....bagaimana?Adakah keputusannya dah keluar?Ada yang sesuai tak?"soal Puan Adriana dengan mata sembab dan lingkaran hitam jelas kelihatan di bawah mata. Keningnya berkerut seribu kerana begitu risau. Menunjukkan yang Puan Adriana mungkin tidak rehat selama beberapa hari ini.
Doktor itu tunduk memandang sampul surat itu lantas menggeleng kepala.
"Maaf...di antara anda bertiga tiada yang sesuai..."maklum doktor itu dengan nada sugul.
Yang mana hanya membuatkan Puan Adriana terus menekup mulut dan menangis. Wanita itu menyembamkan muka ke dada Encik David bersama kedua-dua tangan berada di muka. Bahunya bergoncang kuat kerana menangis tanpa suara.
Aron yang dengar menguak rambut dengan bengan. Rahangnya berketik kerana begitu tidak terkata. Lelaki itu kelihatan kesal. Sejak dia dengar berita mengenai keadaan Jennie Aron benar-benar kesal. Kesal sebab tidak menjadi seorang abang yang baik. Apa yang dia tahu sibuk dengan urusannya sendiri, dan kebanyakannya Airis yang jaga.
Kalaulah Airis lebih peka semua ni takkan terjadi. Lagipula Airis yang banyak luangkan masa dengan kembar itu. Tapi itulah...bolehnya perempuan tu letakkan kesalahan pada dia macam tu aje!Kalau Airis peka dan beritahu lebih awal, dia mungkin akan beri perhatian lebih dari yang sebelum ni!
"Selain anda bertiga ada tak ahli keluarga lain yang boleh buat pemeriksaan??"soal doktor lagi memandang silih ganti akan Puan Adriana dan Encik David.
Kening Aron mencerlung tajam sebaik mendengar soalan tersebut. Dia melemparkan pandangan ke arah lain tidak mahu bersuara.
Encik David apalagi, dia memang laju aje nak beritahu soal Airis, namun baru sahaja mulanya hendak membuka mulut terhalang apabila Puan Adriana terlebih dahulu menyampuk.
"Tiada doktor..."jawab Puan Adriana.
Terkejut dengan respon tersebut, Encik David menutup mulutnya. Tetapi tidak lama, dia masih jugak hendak beritahu namun apabila Puan Adriana memberi renungan amaran padanya Encik David menutup mulut semula.
"Kalau begitu...baiklah. Sebab saya ada yang hendak diberitahu kepada puan sekeluarga."ucap doktor itu yang membuatkan ketiga-tiga kepala berpaling memandang ke arahnya dengan serentak. "Kami telah berjaya mendapatkan penderma yang mana sepadan dengan anak puan..."sambung doktor itu dengan senyuman lega.
Bersama air mata sedih, Puan Adriana mengukir senyuman lebar hampir hendak menjerit kegembiraan di situ juga. Keningnya berkerut tetapi dia kelihatan sangat bersyukur dan lega pada masa yang sama.
"Betul ke doktor?"soal Puan Adriana dengan nada girang dan teruja.
"Ya...kami telah mendapat makluman lewat semalam. Ada seorang penderma yang namanya mahu dirahsiakan sudi mendermakan sebahagian hatinya pada anak puan. Selepas pemeriksaan demi pemeriksaan selama seminggu, kami dapati darah dan ciri-ciri sel mereka berdua sepadan. Maka penderma itu lulus dan disahkan sesuai menderma untuk anak puan."
Encik David secara refleks memeluk erat pingang Puan Adriana. Membawa isterinya ke dalam pelukan erat. Meraikan berita gembira itu dengan hati yang girang.
"Oh my goodness...Terima kasih... terima kasih banyak-banyak doktor..."ucap Puan Adriana sambil berjabat tangan dengan doktor itu.
"Bukan pada saya...tapi pada orang yang telah bantu anak puan..."jawab doktor itu Bersama senyuman nipis di bibir.
Aron yang dengar melepaskan nafas lega.Dia berpusing ke Puan Adriana.
"Mama...Jennie akan selamat...."ucapnya sambil memeluk kejap bahu itu.
Puan Adriana yang dengar mengangguk kepala gembira.
Sementara Encik David di situ tidak memberi reaksi yang sama. Lelaki itu kelihatan termenung memikirkan sesuatu. Keningnya berkerut-kerut seakan ada yang sedang menganggu fikirannya.
"Kalau begitu saya minta diri dulu..."pamit doktor itu sebelum kembali masuk ke dalam makmal tersebut. Dia jalan masuk ke dalam bilik rawatan dimana penderma yang disebutkan tadi sedang duduk di atas katil dengan tiub cecair dan jarum tercucuk di kulit putih itu.
Bila mata mereka saling bertemu dan terkunci, doctor tersebut mengetap garis nipis di bibir. Hela nafas pendek dilepaskan sejurus itu.
"Cik tak apa-apa?"
Penderma itu mengangkat kepala, memandang ke arah doktor itu dengan kening terangkat. "Ah...ya. Saya tak apa-apa."
"Sekiranya kamu bersedia..kami akan aturkan jadual untuk pembedahan tu..."maklum doktor itu.
Penderma itupun mengangguk kepala tanpa teragak-agak.
YOU ARE READING
1. Hello Miss Devil.
General FictionNama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Ariana, di situ pasti ada masalah. Tidak kecil tidak besar, selagi Airis ada pasti bermasalah. Dari kec...