Ternampak

2.4K 203 0
                                    

61.

           "Saya ada dekat depan kelab Diner Owen ni." jawab Airis sambil dongak memandang nama  kedai makan malam yang dijanjikan oleh Lucas kepadanya untuk bertemu di situ sebagai janji temu mereka.

Lucas pula masih dalam perjalanan dari tempat kerja semasa menyuruh Airis tunggu di situ sehingga lelaki itu tiba.

           "Okay...lagi sepuluh minit saya sampai. Tunggu situ. Jangan pergi mana-mana."balas Lucas dalam panggilan.

Airis mengangguk kepala seakan Lucas boleh nampak.

          "Okay." balasnya sambil tunduk memandang kasut. Udara musim sejuk semakin menghampiri. Dan itu menandakan bahawa semester tahun terakhirnya di situ semakin menghampiri. Nampaknya sekejap aje lagi dia bakal meninggalkan tempat ini.

Sedang Airis pandang kiri dan kanan, telinganya menangkap bunyi orang marah-marah dan sesuatu di pukul. Kepalanya pun berpaling kanan dan kiri, cuba mencari sumber bunyi atau suara itu. Airis yang sememangnya jenis orang yang sentiasa ingin tahu pun mendekat. Dengan berhati-hati Airis jalan menghampiri lorong dimana bunyi itu datang.

Sebaik sahaja Airis berdiri di laluan masuk lorong belakang diner tersebut, dia melihat sekumpulan lelaki membelasah tiga orang lelaki di atas lantai pavement dalam gelap itu. Habis disepak teranjang tiga orang itu tanpa belas. Dan bait-bait kata dari mereka di dengari Airis sayup.

           "Bila kau nak bayar...nanti-nanti itulah jawapan kau! Dah dekat enam bulan hutang tak bayar...."

           "Kita orang tak ada duit lagi!"ujar seorang dari mereka yang sedang terbaring sambil di tendang sepak oleh kumpulan genster tersebut.

Dengan tenang, Airis menyeluk tangan ke dalam poket kot labuh paras lututnya. Detak tumit kasutnya bergema di sepanjang koridor tersebut. Menarik perhatian kumpulan gangster yang pada mulanya hendak memukul tangan seorang dari mereka dengan batang besi.

Detakan tumit kasut tadipun terhenti apabila Airis berdiri beberapa meter dari tempat mereka berdua.

            "Apa yang berlaku dekat sini?"soal Airis dengan nada gemersik dingin. Membuatkan semua di situ tersentak kerana terkejut.

Ingatkan hantu perempuan mana yang sesat, sekali bila mereka semua lihat seorang gadis berkot labuh dan mengikat rambut satu kebelakang rupanya yang berdiri memandang mereka. Rasa terkejut tadi terus berubah tidak peduli.

            "Bukan urusan kamu cik adik manis...kalau sayangkan wajah cantik kamu tu baik pergi!"arah seorang dari mereka yang mahu menyambung tujuan utamanya tadi. Batang besi di angkat tinggi ke Udara sedia hendak memukul semula.

Berasa ingin tahu, Aris mengerling ke tiga orang yang menjadi mangsa pukulan samseng tersebut. Kalau bukan orang yang dia kenali memang dia tidak akan cuba ambil peduli. Tiga wajah lelaki yang sudah lebam dan luka berdarah sana sini di teliti seketika. Walaupun keadaan agar samar-samar bercahaya, Airis serta merta dapat kenalpasti wajah mereka bertiga di balik lampu simbah yang ada di lorong itu.

Serius la!?

              "Saya datang untuk bayarkan hutang mereka." jawab Airis serta merta. Mereka bertiga ada la lelaki sama yang pernah harrass dia sewaktu hari pertama dia jejak kaki ke kolej.

Kenyataan Airis tersebut membuatkan gangster tadi turunkan tangan ke bawah. Tidak jadi nak pukul.

Airis hanya tenung mereka di situ dengan muka tiada perasaan. Dia tak nak ada urusan dekat sini apa lagi dengan mereka. Tapi itulah masalah dia, dia pantang tengok orang dalam kesusahan! Mesti nak jugak masuk campur walaupun dirinya yang akan dalam masalah besar. Apa nak jadi dengan dia ni?

Gengster-gengster itu berpaling memandang Airis.

            "Kamu?"soal ketua kumpulan itu.

            "Ha'ah...kalau kamu semua janji untuk tidak lagi datang dan ganggu mereka. Saya bayar dua kali ganda."aju Airis.

            "Baik..."ujar ketua kumpulan itu sebelum memberi isyarat pada rakan-rakannya supaya menjauhkan diri dari tiga orang itu.

            "Berapa hutang mereka?"soal Airis sambil mengocek telefon bimbitnya dari poket. Mendail satu nombor yang selama ini menjadi penyelamat dia sejak azali lagi. Nada panggilan kedengaran sebelum suara itu menyapanya.

Orang yang sentiasa menjadi hero dalam hidupnya tidak kira apa sekalipun yang dia lakukan. Satu-satunya insan yang menjadi punca kenapa dia masih hidup dan sengsara di muka bumi ini sehingga sekarang.

            "Apa lagi masalah yang kamu timbulkan kali ni Airis?"soal Encik Davis dalam panggilan.

Mata Airis terarah pada mereka bertiga sebaik suara papanya dalam panggilan menyapa telinga dia. Dia memberi renungan sebagai isyarat kepada mereka untuk bersuara.

           "6 ribu.."jawab ketua kumpulan itu pada Airis.

            "I need 6k ASAP."minta Airis dengan mendatar.

            "Gosh!You indeed in deep trouble huh?"keluh Encik Davis bernada mengalah. Dia tidak kuasa untuk mencari tahu sebab dan tujuan Airis memintanya wang. Dia sudah tidak larat hendak memikirknya."I send it now then."

Ketiga-tiga mereka di situ pandang bungkam ke Airis tanpa berkedip menyaksikan situasi di hadapan mata mereka saat itu.

1. Hello Miss Devil.Where stories live. Discover now