36.
Aron membuka pintu rumah apabila dia mendengar enjin kereta di laman rumah. Sebaik sahaja dia berjalan keluar, sebuah kereta hitam terparkir di belakang SUV hitamnya.
Dia berjalan mendekati kereta Mercedes benz milik Lucas sewaktu rakannya itu ikut turut berjalan keluar dari kereta.
Lucas membuka pintu kereta tempat duduk belakang. Mendedahkan kembar yang duduk di kerusi khas untuk kanak-kanak sudah terlena. Kepala mereka terlentok ke arah yang sama.
"Lama betul...pukul lapan baru balik?Kau pergi mana?"tanya Aron sewaktu berdiri di depan Lucas.
"Baru habis lah ni...terus balik ke sini." jawab Lucas.
Aron menggeleng kepala.
"Amboi...amboi.....seronok betul kau orang ya sampai pengsan semuanya..." keluh Aron sewaktu tunduk membuka tali pinggang Jennie dari kerusi kanak-kanak. "Kau bawa Airis masuk..biar aku bawa kembar ni..."juih Aron ke arah Airis yang terlena di kerusi depan, sebelah pemandu.
Lucas menurut tanpa bersuara. Sewaktu membuka pintu kereta dimana Airis berada Aron sudahpun membawa Jennie dan Lissa dalam kedua-dua tangan dengan mudah.
Meninggalkan dia berdua dengan Airis di situ.Serius beritahu perasaan yang dirasainya sungguh gugup saat itu. Sampaikan Lucas teragak-agak.
Tak apa ke?
Marah ke Airis kalau dia sentuh?
Sudahlan gadis depannya ini garang. Silap langkah ni...mahunya penampar sebijik dekar muka.
Dengan berhati-hati Lucas pun menanggalkan seatbelt dari tubuh Airis. Lalu dia mencempung tubuh Airis. Tangan kirinya berada di bawah kedua-dua kaki Airis, tangan kanannya pula memeluk erat bahagian atas badan Airis. Membuatkan kepala Airis berehat di ceruk lehernya.
Sebaik sahaja Lucas jejak kaki ke dalam rumah, Aron kebetulan sedang berjalan turun untuk kembali keluar bagi mengeluarkan barang dari kereta. Dia memandang ke arah Lucas lalu menunjuk ke arah belakang.
"Bilik dia sebelah bilik aku..."maklum Aron sebelum keluar dari rumah.
Lucas mendaki tangga tanpa rasa janggal dengan persekitaran rumah tersebut. Disebabkan dia sudah berulang kali keluar masuk kediaman keluarga Aron, dia dah hafal semua selok belok yang ada. Termasuk la bilik mana yang mana.
Setelah tiba di tingkat dua Lucas bergerak ke arah bilik tengah yang dimaksudkan oleh Aron. Dia membuka suis lampu bilik itu dengan belakang sikunya. Membuatkan cahaya terang membias seluruh ruanga. bilik tersebut. Menunjukkan isi bilik Airis semuanya bertemakan warna putih.
Dia kemudiannya mendekati katil untuk membaringkan Airis. Kaki kanannya naik ke atas katil terlebih dahulu untuk sokong dirinya dari tumbang di atas badan Airis. Sambil melutut sebelah kaki di atas katil tersebut, Lucas membaringkan Airis. Tangannya dialihkan dengan berhati-hati dari kepala Airis yang mendarat lembut di atas bantal.
Terkutik Airis sejurus itu. Matanya bergerak-gerak tetapi tidak terjaga. Dia hanya mengubah kedudukannya lantas kembali lena.
Fuh!
Lucas melepaskan hela nafas lega apabila Airis selesa di atas katil. Lelaki itu merasakan dia baru sahaja memegang sesuatu yang rapuh dan mungkin akan patah bila-bila masa sahaja kalau dia silap pegang.
"Kau okay?"tegur Aron di depan pintu.
Lucas tersentak. Kepalanha berpaling laju ke arah pintu bilik. Bertentang saja mata dengan Aron, dia pun mengangguk kepala.
"Okay jer....kau dah angkat semuanya keluar dari kereta ke?"tanya dia sewaktu berjalan keluar dari bilik. Dan ingin menutup pintu tersebut tetapi dihalang oleh Aron.
"Tak payah tutup...Airis dia tak suka pintu tertutup..."maklum Aron."....apa benda yang kau buat dekat majlis tu sampai penuh bonet dengan hadiah?Basikal couple?Seriously?"bebel Aron sewaktu bergerak ke arah tangga.
Lucas memandang pelik ke arah Aron.
"Airis tak suka tutup pintu bilik?Kenapa dia tak suka berada di tempat tertutup ke?"
Aron menjungkit bahu.
"Tak tahu...sejak dia datang sini aku perhati dia jarang tutup pintu bilik...."jawab Aron sambil menuruni tangga.
Lucas mengekori langkah Aron di belakang sebelum mengerling buat kali terakhir ke bilik Airis. Sesuatu buatkan hatinya berat hendak melangkah pergi.
YOU ARE READING
1. Hello Miss Devil.
General FictionNama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Ariana, di situ pasti ada masalah. Tidak kecil tidak besar, selagi Airis ada pasti bermasalah. Dari kec...