31.
"Aku dah cakap aku akan menang punya.."ujar Aron sewaktu berjalan menuruni tangga dengan rakannya di sisi. Lucas. Ketua pasukan kelab renang pasukan kolejnya. Mereka berdua adalah sahabat baik sejak sekolah rendah lagi. Sehinggalah sekarang. Satu kelas. Biasanya kalau ada masa lapang Aron akan lepak Bersama Lucas kalau bukan dengan ahli pasukan ragbinya.
Jadi hujung minggu itu Aron telah mengajak Lucas untuk bermain perlawanan bola sepak online bersama. Memandangkan mereka berdua lapang pada hari itu.
Taktala dua orang itu berjalan masuk ke dapur, mereka terpandang gadis yang hanya mengenakan singlet dan seluar pendek pangkal peha serta bersanggul sedang berdiri di belakang dining table. Sibuk mengadun tepung dalam mangkuk sambil diperhatikan oleh adik kembar Aron.
Bau haruman biskut dibakar memenuhi dapur tersebut.
"Apa yang kau tengah buat?"soal Aron yang mengambil tempat di bangku Jennie. Mengangkat adiknya lalu didudukan atas pehanya.
Airis langsung tidak tersentak. Dia terlalu tekun dengan kerjanya untuk mempedulikan apa yang berlaku di sekelilingnya.
"Aku tengah basuh baju ni...tak nampak?"seloroh Airis yang sudah comot dengan kesan tepung di pipi dan hidung sebab dia kesat anak rambut dari muka dengan tangannya yang Kotor tanpa sedar.
"Kami minta kakak buatkan biskut untuk esok...."jawab Lissa sambil menghayun kaki pendeknya ke depan dan belakang sewaktu ia tergantung di atas bangku kayu berkaki panjang itu.
Aron mengangguk kepala sebelum dia tersentak sedar akan sesuatu. Dia berpaling memandang Lucas yang sedang berdiri di belakang Lissa.
"Oh ya...kenalkan ini Lucas.... bestfriend aku sejak kecil...."aju Aron secara tiba-tiba ke arah lelaki segak di tepinya. "Rasanya kau kenal dia sebab dia satu kuliah dengan kita.."ajunya.
Dan Lucas di situ diam memerhatikan Airis dengan minat sejak tadi. Tapi dia tidak berani nak tegur lebih kerana masih segan dengan Airis.
Airis mengangkat kepala, dia menilik wajah Lucas seketika sebelum kembali tunduk menepek adunan biskut coklat cipnya ke dulang pembakar.
"Hai handsome..."sapa Airis bersahaja. Dia kenal tapi tak berapa kenal. Mereka hanya saling mengerling aje dalam kelas biasanya.
Lucas terus tersenyum. Terusik dengan sapaan itu. "Hai...."balas Lucas sambil melihat tangan Airis yang cekap membuat kerja. "Dan kau orang berdua ni?"soal Lucas kehairanan. Melihat Aron dan Airis. Takkan kembar sebab sepanjang dia kenal Aron tidak pernah pula dia tahu Aron ada adik atau kakak kembar. Terkejut jugak sebab dia tidak sangka yang Airis selama ini tinggal sebumbung dengan Aron. Kawannya juga tidak bercerita apa-apa mengenai hal ni.
"Menumpang..."jawab Airis sambil tersenyum nipis.
Aron menjuling mata menyampah. Letih nak jelaskan banyak kali dekat Airis yang gadis ni bukannya menumpang. Tapi sebab malas nak bergaduh, Aron biarkan sahaja.
"Dia ni adalah anak kepada isteri papa aku...kiranya dia ni tiri sebaya aku lah.."jawab Aron memandangkan Airis enggan susah-susah jelaskan identitinya.
Lucas mengangguk kepala faham. Oh..patut la mereka berdua sering di lihat ke kolej Bersama. Saudara tiri rupa-rupanya.
"Patutlah kau orang berdua selalu datang dan balik dari kolej sama-sama."ujar Lucas.
Airis tidak membalas. Dia hanya sibuk dengan doh biskut-biskutnya.
Tidak lama selepas itu kedengaran suara merengek minta sesuatu.
"Kakak...laparlah.."luah Lissa sambil menopang dagu.
Sambil mengadun doh biskut dalam mangkuk Airis bersuara.
"Suruh lah abang kau orang masak..tak nampak aku tengah buat apa...suka hati jer nak suruh itu ini..."balas Airis tidak puas hati.
"Tak nak...nanti Aron bakar dapur lagi macam hari tu..."luah Jennie.
Kepala Airis tersentak memandang ke depan. Matanya terbutang luas kerana terkejut.
"Serius?"soalnya sambil memandang Lissa.
"Betul...ada ke dia letak tin sup tulang dekat dalam microwave bulat-bulat macam tu...papa kata Aron buta teknologi..."ujar Lissa yang membuatkan Airis terhambur ketawa. Gadis itu memandang tidak percaya ke arah Aron.
Wajah Aron terpempan, mata lelaki itu memandang terkejut sewaktu bertentang mata dengan Airis.
"Senyaplah...kau orang berdua ni kenapa?"arah Aron sambil menekup mulut Lissa dan Jennie. Wajah dan telinga lelaki itu berona kemerahan.
Airis menggeleng kepala saat mengangkat dulang yang telah penuh dengan adunan doh biskut lalu dibawa masuk ke dalam ketuhar.
"Well...no word for that then..."ujar Airis.
YOU ARE READING
1. Hello Miss Devil.
Genel KurguNama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Ariana, di situ pasti ada masalah. Tidak kecil tidak besar, selagi Airis ada pasti bermasalah. Dari kec...