85.
BAM!
Permukaan meja di pukul geram taktala mendengar kata-kata yang diberitahu oleh pengurus di hadapannya.
Berderau darah dia dibuatnya.
Boleh pulak ya dia yang sedia meletop cantik macam ni di reject!
Memangnya apa kurang dia hah!
Lelaki ni nak apa lagi dari dia!
"Apa maksud encik hah?Kenapa saya tak boleh di terima untuk bekerja di sini?"tanya Mandy dengan berang sekali. Naik muak dia dengar ayat yang sama ini!
Dah tak ada apa perkataan lain yang dipakai?
Pelik dan marah kerana telah hampir puluhan temu duga yang dihadiri tapi tiada satu pun yang menerima Mandy bekerja. Dari syarikat besar sehingga kedai makan. Tiada seorang pun mahu mengupah dia bekerja.
"Maafkan saya cik...saya tidak dapat mengatakan apa-apa lagi selain itu.."ujar pengurus kafe itu.
Kening Mandy berkerut dia memandang marah pada lelaki yang mengenakan kemeja putih dan bertali leher hitam. Malas membuang masa di situ dia terus bangun dari situ dengan hentakan kaki tidak puas hati.
"Go f*** yourself!"Mandy mengangkat kedua belah tangan dan memberikan jari tengah kepada lelaki tersebut.
Sebaik keluar dari situ, Mandy berdiri sekejap depan pintu kafe. Dia pejam mata sambil menarik nafas dalam-dalam cuba untuk menenangkan diri. Sabar dia semakin menipis. Sudah berbulan dia cuba mencari kerja. Namun tiada satupun yang lepas. Apalagi diterima.
Mandy jadi buntu. Dia sudah mati kutu kerana tidak tahu ke mana lagi dia perlu melamar kerja. Hampir seluruh tempat telah dia kunjungi namun tiada satupun yang Berjaya.
Telefon bimbit dicapai keluar dari handbagnya sebelum menyentuh nama sepupunya di skrin telefon. Mandy menunggu seketika sehingga panggilannya di jawab.
"Kau dekat mana Rina?"tanya Mandy sambil berjalan merentasi laluan pejalan kaki dimana deretan kedai dan premis perniagaan sedang beroperasi.
"Aku ada dekat kafe depan bank ni hah..." jawab Rina.
Mandy mengangkat kepala, memandang sekitarnya sebelum ternampak bangunan bank yang berada beberapa meter dari tempat dia berdiri. Dengan rasa bengang dan berang Mandy berjalan di celah orang ramai. Menolak sekiranya perlu kerana dia tiada mood untuk biarkan pejalan kaki menghalang laluannya.
Setelah beberapa minit Mandy berjalan dia tiba di depan sebuah kafe dimana Rina sedang duduk di luar premis tersebut sedang menikmati secawan kopi.
Rina yang perasan akan kedatangan Mandy mengangkat kepala. Memandang bosan ke arah sepupunya sehingga gadis itu duduk di depannya.
"Asal?"soal Rina apabila mengesan mimik muka marah Mandy.
Mandy melepaskan keluhan geram.
"Asal apa lagi. Macam biasa la...Kau dapat kerja?"soal Mandy serta merta.
Rina tersengih.
"Kau rasa?Aku dapat kerja tak kalau kau dapat kerja?Atau kau tak dapat kerja aku pun tak dapat kerja...mana satu?"
Kening Mandy berkerut.
"Hei aku tengah serius ni..boleh tak jawab betul-betul. Kau tahu tak dah sebulan aku cari kerja satu pun tak dapat, yang peliknya kedai biasa macam ni pun tak nak kan aku.."gerutu Mandy.
Rina termenung seketika memandang cawan berisi kopi sebelum bersuara.
"Aku pun tak dapat kerja...."jawab Rina dengan muka kecewa.
"Kau tak rasa pelik ke kenapa kita berdua tak dapat kerja?"Mandy duduk bersandar geram pada kerusi, tangannya di silang ke dada.
Ketika itu la pintu kafe tersebut terbuka, seorang lelaki berjalan keluar dari situ sambil di temani oleh pengurus tempat itu.
"Terima kasih untuk semuanya...ucap Lucas pada lelaki yang telah pun menjadi kawan dan juga bos terbaik buatnya selama dia bekerja di situ. ..sebab berikan peluang pada saya untuk bekerja di sini..."
YOU ARE READING
1. Hello Miss Devil.
Narrativa generaleNama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Ariana, di situ pasti ada masalah. Tidak kecil tidak besar, selagi Airis ada pasti bermasalah. Dari kec...