Khianat!

2.4K 211 1
                                    

64.

           "Ni...ada sesuatu yang aku nak beritahu kau mengenai Rina dan Mandy...."Lucas meletakkan potongan daging panggangnya ke pinggan Airis di depannya sambil tu.

          Sambil mengunyah makanan dalam mulutnya, Airis mengangguk. "Kenapa?"

          "Kau tahu Rina dengan Mandy adalah sepupu?"

           "Serius?"Airis berhenti dari mengunyahnya. Dia pandang agak terkejut dengan berita itu. "Apa maksud awak mereka berdua adalah sepupu?"

           "Ya..mereka berdua adalah sepupu. Tempoh hari semasa aku berkerja dekat kafe....Rina dengan Mandy end up makan tengah hari di situ. Dan aku terdengar perbualan mereka tentang rancangan dia orang..."cerita Lucas dengan riak serius namun kelihatan sangat tidak suka.

           "Tentang apa?"Airis perlahan-lahan   meletakkan garpu dan pisaunya ke pinggan. Gelas berisi air kosong dicapainya.

Lucas juga menelan sisa makanan dalam mulut sebelum menyambung katanya.

           "Ya...sebenarnya kan Mandy yang upah Rina untuk pindah masuk ke kolej ni untuk susahkan kau selepas kau buatkan Mandy susah gara-gara kes video se** hari tu. Jadi untuk balas dendam pada kau, Mandy arahkan Rina rosakkan semuanya tentang kau dari Aron dan termasuk keluarga kau..."

          "Awak sure semua ni betul?Kalau salah, jatuh fitnah tahu tak?"

          "Kau ingat aku ni apa?Mesti la betul...aku sendiri dengar apa yang dia orang berdua cakapkan...jadi Airis..aku nasihatkan pada kau...hati-hati. Kita tak tahu apa yang Rina akan lakukan lepas ni.."

          "Airis!"panggil Aron di belakang dengan lantang.

Airis yang dengar tidak berpaling dia hanya berborak dengan rakan sekumpulannya yang menawarkan dia untuk keluar makan bersama memandangkan kelas terakhir mereka telah berakhir. Tetapi dia tolak. Sebab dia ada banyak benda nak buat memandangkan peperiksaan semakin mendekat.

         "Betul ni tak nak?"soal Cindy.

         "Ya...kau orang pergilah..."balas Airis.

         "Okay...jumpa nanti..."lambai mereka pada Airis dengan riang. Dah tak marah pada Airis kerana Airis telah buatkan kumpulan mereka menerima pujian melambung dari pensyarah tadi. Jadi mereka dah tak lagi nak bermasam muka dengannya.
 
         "Bye.."
 
Airis membalas lambaian itu sebelum berpaling. Dia memandang ke arah selekoh kanannya dan mula hendak membelok sebelum satu cengkaman kuat terasa di sikunya dan serta merta badannya dipaling ke belakang dengan laju.
 
         "Kau dengar aku panggil kau kan!"marah Aron di depan muka Airis.

Airis mengangkat mata ke atas, memandang wajah berkerut Aron, kening mencerun. Wajah kacak milik lelaki itu ditatap Airis dengan dalam. Pelik dengan perubahan Aron. Sejak bergaul dengan Rina perangai lelaki ini sudah menjadi kasar, tiada lagi lembutnya. Dimana Aron yang dia kenali? Memangnya lelaki ini tak sedar langsung ke apa?

Dengan si kembar pun sama. Aron dah jarang luangkan masa dengan mereka berdua. Lelaki itu terlalu sibuk dating dengan Rina selepas mereka berdua rasmi menjadi couple selama tiga minggu selepas kejadian di ruang tamu tempoh hari.

Kejadian dimana Rina mengaku dialah yang dermakan hatinya pada Jennie. Dan sejak itu Rina dilayan bak permaisuri oleh Adriana.

           "Kenapa....Kau nak apa lagi?"soal Airis bernada tidak berminat sewaktu menarik lengannya dari terus dipegang oleh Aron.

           "Nak apa kau tanya?Hei...jangan nak buat-buat tak tahu ya. Kau tahu kenapa aku cari kau!"

           "Tak adalah...aku tak tahu...memangnya kau nak apa?"

          "Aku nak tahu..... asal kau curi idea aku?Kau tahu disebabkan kau seluruh ahli kumpulan aku tak dapat markah...dan dia orang salahkan aku sebab tu!"marah Aron dengan bengang sampai timbul urat belirat pada permukaan kulit lekaki itu.

Airis menjungkit bahu, sambil memandang Aron dengan muka tak bersalah, jari telunjuknya mengentel hujung rambut yang dibiar lepas di bahu.

           "Idea?Idea siapa yang kena curi?Kau?Manalah aku tahu..."balas Airis yang sikit pun tiada perasaan di mukanya sewaktu memandang jari yang sedang mengentel hujung rambut.

Aron memberi renungan tidak puas hati ke arah Airis.

          "Rina susah payah selesaikan semuanya sendiri, dia yang prepare bahan dan isi pembentangan tu...dan kau curi idea tu!"marah Aron lagi dengan lantang. Dia memandang tidak percaya ke arah Airis.

Airis memejam mata, berasa bingit dengan suara lantang lelaki itu, dengan bosan dia mengorek telinganya dengan jari kelingking.

         "Ya...aku dengar. Tapi kalau ya pun kau tak perlu la jerit depan aku macam tu sekali..aku bukannya pekak.."seloroh Airis.

Aron melepaskan dengusan tidak percaya apabila melihat reaksi Airis yang bersahaja.

          "Kau jadi manusia jenisnya memang tak reti bersalah kan?"soal Aron. "Masih lagi berani dengan selamba tunjuk muka dekat rumah yang mana sah-sah semua orang tak nakkan kau." luah Aron lagi.

Airis melepaskan keluhan panjang, dia memandang kesian pada Aron. Sebenarnya powerpoint yang Aron katakan Rina yang buat tu adalah idea Airis. Rina yang curi dari komputer Airis masa Rina duduk lepak dekat rumah Aron tempoh hari.

Mujur Airis mengetahui hal tu lebih awal.

Airis sedar pun masa persiapan ketika hendak buat pembentangan yang idea dia dicuri. Masa tu Aron dengan bersemangat buat perbincangan tak sengajat terdedahkan slot powerpoint mereka. Kebetulan Airis yang duduk dekat dengan kumpulan Aron dengar semua tu. Jadi kantoi la yang projek Airis tu telah di copy paste dengan team Aron.

Kemudian dengan bangganya Rina mengakui yang idea Airis yang dia gunakan itu adalah idea Rina dan Rina yang buat semua tu sendiri pada Aron. Saja nak perangkap Aron la tu kononnya supaya lebih suka kepada Rina lagi.

Paling teruk, Airis dapati Rina telah sengaja merosakkan laptop rakan kumpulannya sewaktu orang sibuk berbual dan berbincang dengan meletakkan air di dalam lubang USB laptop tersebut. Waktu itu orang terlalu sibuk sampai tak sedar, kecuali Airis yang sentiasa dalam keadaan awas setiap kali RIna ada di sisi.

Airis yang sedar tentang tindakan Rina terus ambil keputusan untuk ubah giliran pembentangan yang mana kumpulannya akan buat pembentangan sebelum kumpulan Aron.

Airis mengambil keputusan untuk diamkan hal itu. Bukannya Aron akan percaya kata-kata dia pun kalau dijelaskan.

Beritahu atau tidak, tak ada beza pun. Benda dah jadi.

          "Kau sure idea tu idea Rina?Kau nampak dia prepare semua tu?"

          "Memang la aku tak nampak tapi Rina yang berikan bahan tu pada kumpulan kita orang.."

         "So kau sure la idea tu idea RIna?"

         "Boleh tak berhenti tanya soalan yang sama?Kalau dah salah tu mengaku aje salah."

          "Sebab aku nak tahu kau pasti ianya memang bahan yang Rina sediakan sendiri atau tidak?"

Terdiam Aron dengan pertanyaan Airis. Dia terfikir sendiri. Yalah...Rina tak adalah tunjukkan cara Rina sediakan semua bahan presetantion mereka tu. Sebabnya Rina berikan semua sudah siap tersedia.

           "See kau sendiri tak tahu sama ada ianya idea Rina atau bukan, yang nak kecoh sendiri mengalahkan tuan punya idea yang kena curi kenapa?"sengih Airis dengan mengejek sebelum berpaling dari situ.

Kening Aron mencerlung tidak faham. Memangnya idea tu Airis punya ke?

1. Hello Miss Devil.Where stories live. Discover now