63.
Suasana dewan kuliah pada hari ini semacam tegangnya. Tidak seceria seperti biasa sebab hari ini adalah hari paling menggusarkan buat mereka yang bakal menjalankan sesi presentation untuk tugasan masing-masing.
Terutama sekali buat mereka yang sepertinya ada masalah teknikal!
"Macam mana ni?"soal mereka dengan muka cuak. Sudahlah masa untuk pembentangan. Masalah pula timbul last-last minute macam ni.
"Kau orang tak ada soft copy lain ke?"soal yang lain."Itu jer...sebab semua dia yang sediakan kita orang cuma buat base kemudian powerpoint.."
"Habis tu macam mana?"
Lagu tema candy crush kedengaran di balik ketegangan itu, membuatkan beberapa kepala menoleh ke arah gadis yang duduk bersahaja pada kerusi dengan kedua-dua kaki berada di atas meja. Wajah tenang orang itu membuatkan mereka yang sedang gusar menjadi lebih gelisah.
"Airis...kau boleh relaks macam tu?Kita ada pembentangan sekejap lagi.."tanya Cindy dengan kening mencerun.
Airis yang dengar hanya buat tak tahu. Bukan masalah dia. Dia lulus atau tidak, dia tak ada niat nak sambung belajar. Lagipun dia berada di sini adalah menuruti kehendak papanya saja. Tak bermakna dia perlu lulus atau jayakan pengajiannya di sini. Lagipun kerja cari duit kan tugas lelaki kenapa perempuan kena susah payah belajar tinggi-tinggi. Tambah-tambah lagi, rekod sedia ada dia dah cukup serabut untuk mana-mana univerisiti atau syarikat hendak ambil dia bekerja apatah lagi syarikat ayahnya sendiri.
"Janganlah cakap dengan dia...bukannya dia bantu apa-apa pun...sepanjang masa ni mana dia bagi apa-apa idea..banyaknya duduk main candy crush dia tu...harap jer muka cantik." komen mereka dengan perlahan.
Pada masa itu jugalah pensyarah bersuara dari depan podium bilik kuliah. Membuatkan kumpulan itu tersentak cuak.
"Baiklah...terima kasih buat team Fasha, seterusnya kita persilakan kumpulan Airis dan rakan-rakannya untuk present powerpoint mereka." ujar pensyarah setelah kumpulan lain selesai membuat pembentangan.
Makluman itu membuatkan lima orang ahli kumpulan itu tersentak bangun secara serentak sebab terkejut. Memasing dengan muka cuak gelabah mereka mandang bungkam ke arah podium dan pensyarah silih ganti.
Apa nak buat?
Macam mana ni?
Habislah mereka?!
Itulah yang jelas terpancar di wajah masing-masing.
Namun lain pulak kisahnya dengan Airis.
Seakan tiada apa-apa yang berlaku, Airis dengan muka bosan tidak peduli menurunkan kaki dari meja lantas berdiri. Tanpa mempedulikan rakan-rakan kumpulannya Airis mula berjalan turun dari dewan bersama helaian kertas di tangan. Langkah gadis itu diikuti oleh mereka yang mana sedang kebingungan. Tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Airis pada waktu itu.
Airis menyerahkan satu portfolio tebal pada pensyarahnya lalu bergerak ke arah laptop atas podium.
Mencucuk pendrivenya dan mula mengagihkan kertas kepada rakan sekumpulannya untuk dilihat dan dibaca isi kandungannya.
Dengan tenang Airis membuka slide pertama bersama senyuman lebar di bibir. Memandang tepat ke arah dimana Aron dan RIna sedang duduk. Renungan jahatnya terarah pada pasangan tersebut.
"Tajuk pembentangan kami adalah mengenai THE PANDORA BOX...."maklum AIris yang mana hanya membuatkan Aron berdiri tegak. Lelaki itu memandang terkejut ke arah tajuk pembentangan yang sepatutnya menjadi tajuk pembentangan mereka.
Airis telah mencuri idea projek pembentangan mereka!Fikir Aron detik ini!Matanya membutang luas.
Kebetulan, rakan-rakan Airis yang sememangnya bijak pandai telahpun tahu macam mana nak goreng ayat untuk pembentangan itu tersenyum senang. Tidak menyangka yang Airis ada pelan back up yang mana lebih baik dari idea asal mereka.
Airis menarik senyuman sinis terutama sekali kepada Rina yang bulat mata menjegil marah ke arahnya.
Airis berdiri tegak dan mula berjalan di depan podium dengan postur badan yakin dan bertenaga.
"Apa itu Pandora Box?Mesti semua tertanya-tanya kan?Jadi team saya pada hari ini dan bersama saya bakal mengupaskan tajuk pembentangan kami lebih lanjut."ucap Airis masih melirik akan Rina dan Aron di tempat duduk mereka. Muka terkejut beruk mereka berdua benar-benar menghiburkan dirinya.
Nak tengok sangatkan dirinya ini susah, sekarang kita lihat siapa yang akan susahkan siapa! Sengih Airis dengan meleret sebelum memandang penyarahnya semula.
"Pandora Box diberi nama buat tiga buah negara besar asia. Iaitu Korea, Jepun dan China. Naman ini diberikan kerana beberapa buah negara besar seperti Korea Selatan, Jepun, China menggunakan sistem biomas buatan manusia yang khususnya digunakan untuk menjana tenaga seperti eletrik dengan menggunakan haba bahan Kimia atau lebih jelas lagi ialah bahan nuclear...disini kami akan bentangkan isu-isu dan faktor Utama kenapa mereka menggunakannya..."jelas Airis dengan nada tenang dan jelas.
Rina di sebelah Aron sudah membuat muka bengis benci tidak sukanya. Bagaimana kumpulan Airis yang buat pembentangan terlebih dahulu!Bukan ke sepatutnya giliran kumpulan Aron yang buat pembentangan!?
YOU ARE READING
1. Hello Miss Devil.
General FictionNama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Ariana, di situ pasti ada masalah. Tidak kecil tidak besar, selagi Airis ada pasti bermasalah. Dari kec...