72.
KEDEGANG!
Tak semena pintu lokarnya ditutup kuat secara mengejut dan hampir menyebabkan jarinya tersepit. Rudy dengan bungkam memandang ke tuan punya tangan yang memegang depan lokarnya.
Kebanyakan ahli kelab renang yang kebetulan di dalam bilik persalinan kolam renang memandang kejung akan lelaki lampai yang sedang menghadap Rudy saat itu.
"Rasanya aku dah beritahu kau cukup jelas tentang Airis bukan?"soal Lucas menyilang tangan ke dada saat menyandarkan bahu pada lokar Rudy itu.
Mata bulat Rudy berkedip satu kali. "Apa maksud kau?"
"Hahah....kau tahu apa yang aku maksudkan dekat sini?"sengih Lucas mengejek. "Beritahu aku apa yang dah berlaku!?Kenapa Airis berlebam?Aku dapat tahu dari Airis yang dia terjatuh...tapi aku tak mempercayai apa yang dia katakan memandangkan aku tahu perangai Airis yang jenis suka pertahankan orang lain even diri dia sendiri kena tindas...so talk!"
Mata Rudy mengerling ke Jared dengan cuak sebelum menelan air liur gemuruhnya. "Sesuatu berlaku antara Airis dengan Rina. Lepas Aron dapat tahu yang Rina sebenar dah ciplak hasi kerja Airis. Jadi nak balas semula Tindakan Airis menggagalkan matapelajaran dia, Rina upah kita orang untuk sakiti Airis...tapi aku sumpah Lucas..masa aku terima bayaran tu Rina tak mention siapa orang tu sehinggalah kita orang disuruh culik Airis pada hari kejadian.
Kening Lucas mencerun. Renungannya menjadi tajam. "Kemudian?Kau sakiti Airis!?"
Cepat-cepat Rudy menggeleng kepala. "Tak...aku hentikan rancangan Rina serta merta. Kalau bab Lebam tu...aku tak sengaja. Ianya cuma lakonan aje nak yakinkan Rina sebelum kita orang mulakan rancangan kita orang tu..."
"Rancangan apa?"
"Malukan Rina secara terang-terangan memandangkan dia cuba Malukan Airis dengan menyebarkan video lucah mengenai Airis..."tambah Rudy. "Tapi aku tak lakukan apa-apa pada Airis. Sebaliknya pada Rina!"
"Apa masalah perempuan tu sebenarnya ya?"soal Lucas mula merinding jengkel membayangkan wajah berlagak cantik gadis Bernama Rina ini.
Sebungkus sandwich vegetarian dan satu botol mineral di letakkan depan buku kepala yang sedang tunduk menelaah buku sejak tadi. Sampaikan kehadirannya di situ langsung tidak disedari.
"Ehem..."
Dengan sekilas pandang Airis mengangkat kepala. Memandang orang yang mendatangi mejanya itu untuk beberapa saat sebelum kembali tunduk.
"Hai...."
"Makan sikit Airis..."arah Lucas pada Airis sambil membuka bungkusan sandwich. Menyua roti itu pada Airis kemudiannya.
"Nanti saya makan..."tolak Airis tanpa memandang Lucas dengan kening berkerut, sebab terlalu serius menelaah buku di tangan.
Lucas melepaskan keluhan.
"Saya tahu awak nak lulus. Tapi awak kena jugak makan...saya merayu pada awak Airis..." desak Lucas dengan lembut. "Kalau awak tak nak makan. Saya akan melutut depan awak sampai awak makan..."Lucas bergerak hendak melutut di depan meja dimana Airis sedang duduk.
Airis tersentak, dia memandang Lucas dengan muka cuak gelabah.
"Hei...awak buat apa?"soal Airis sewaktu Lucas melutut kedua-dua kaki di depannya. Menarik perhatian para pelajar yang ada di laman berumput kolej depan mereka ketika itu.
"Paksa awak makan..."jawab Lucas dengan muka serius.
Airis yang lihat melepaskan keluhan, nekad betul lelaki di depannya ini sampai sanggup berlutut begini.
"Perlu ke awak lakukan semua ni untuk saya Lucas?"soal Airis sambil mengambil sandwich dalam bungkusan lalu di gigitnya. Enggan Lucas meneruskan scene memalukan itu.
Lucas yang lihat menarik senyuman lega. Dia kembali berdiri dan duduk menghadap Airis.
"Of course perlu."
"Why is that?"
"Sebab awak penting buat saya.."sengih Lucas selepas itu.
"Really?Saya penting?"Airis berdengus kecil semasa membuat muka funny. Dia tidak mudah termakan dengan janji manis. Sebab semakin dia berharap semakin tinggi risikonya.
"Ya. Terlalu penting sampai saya sanggup buat apa saja."ujar Lucas bersahaja. Lelaki itu mengeluarkan satu gula-gula getah peppermint dari poket beg sandangnya lalu dibawa masuk ke dalam mulut selepas pembalutnya di buka.
Airis yang dengar menggeleng kepala. Penat betul hadap Lucas. Entah macam mana dia boleh suka pada lelaki ini.
"Macam mana dengan keluarga awak Airis?Saya dengar mereka ada masalah?"tanya Lucas sambil memandang sekelilingnya selepas ambil tempat di kerusi.
Airis berkerut kening. Bacaannya ikut terhenti separuh jalan. Apa dia tadi? Dia angkat mata ke atas memandang pelik ke arah Lucas.
"Macam maana awak tahu?Awak bercakap dengan Aron ke?"soal Airis yang hairan mendengarnya. Dia tidak pernah ceritakan hal tu pada Lucas. Lagipun sejak kebelakangan ini Aron pulak tidak lagi bercakap dengan mereka, tidak mungkin la Aron yang beritahu pada Lucas kalau macam tu. Tapi macam mana Lucas boleh tahu?
Lucas berpaling memandang Airis, dia menarik senyuman manisnya pada Airis iaitu senyuman bersama lesung pipit di kedua-dua belah pipinya.
"Mestilah tak...sejak hal hari tu saya tak pernah bercakap dengan Aron lagi...you know that right?"jawab Lucas.
Kening Airis semakin lama semakin banyak kerutannya,, dia berasa bersalah untuk Lucas. Disebabkan dia hubungan Lucas yang telah berkawan baik dengan Aron sejak kecil lagi turut terjejas. Serius bukan niat dia hendak mengeruhkan keadaan. Dan dia tak pernah pun terlintas hendak merosakkan kehidupan orang lain di sini. Siapa sangka kehadirannya ke sini telah berubah 360 darjah begitu saja.
"Dah tu...macam mana awak tahu..."tanya Airis sambil mengunyah sandwich yang digigitnya.
Lucas merenung dalam ke mata Airis sebelum turun ke pipi dan berhenti di bibir itu.
"Kalau saya beritahu...adalah awak akan benci pada saya, Airis?"lelaki itu melentokkan sedikit kepala ke kanan.
Kening Airis mencerun, gadis mula berasa tidak sedap hati. Renungan curiga terarah pada Lucas.
"Kenapa awak tanya soalan macam ni?Memangnya apa kaitannya keluarga Aron dengan apa yang saya sedang tanyakan kepada awak sekarang?"
"Mestilah ada kaitannya...kalau tidak mananya saya tanya kan?"sengih Lucas penuh muslihat.
"Beritahu saya Lucas...apa yang awak dah buat?"soal Airis bernada ancam.
Lucas melepaskan hela nafas panjang berserah. Fine...fine! dia memandang Airis sebelum duduk tegak dengan kedua-dua tangan berada di atas meja.
"Awak tahu tentang ayah saya kan?"soal Lucas.
Airis mengangguk. "Kenapa dengan ayah awak tu?"pandangannya dengan kening berkerut.
YOU ARE READING
1. Hello Miss Devil.
Ficção GeralNama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Ariana, di situ pasti ada masalah. Tidak kecil tidak besar, selagi Airis ada pasti bermasalah. Dari kec...