73.
Airis merasakan tidak sedap hati. Entah kenapa tingkah Lucas begitu mencurigakan pada hari ini.
Lucas tunduk mencapai tangan Airis sebelum Kembali memandang wajah itu.
"So nak dijadikan ceritanya, ayah saya telah hubungi saya semula." jawab Lucas sambil bermain dengan hujung jari telunjuk Airis."Disebabkan dia tidak mempunyai anak selepas perkahwinan ke dua dia...dia perlukan seorang pewaris. Yakni saya..."jelas Lucas satu persatu. "Suatu hari saya melawat dia pada hari awak ada presentation Bersama Aron beberapa hari yang lepas...dan pada hari lawatan saya itu, saya dapati dia ingin berurusan dengan syarikat David."Lucas memandang Airis. Ingin melihat reaksi gadis itu.
Mulut Airis perlahan-lahan terbuka sedikit. Keningnya terangkat tinggi. Gadis itu memandang terkejut ke arah Lucas selepas menyedari apa yang sedang berlaku.
Takkan la!
"Awak tak buat semua tu kan?"soal Airis. Adakah isu masalah syarikat David ada kaitan dengan Lucas?
Lucas tersenyum. Lelaki itu ketawa kecil. "Hahaha...."sebelum mengangkat tangan dan memeluk belakang bahu Airis. "You already can guess that.."
"Lucas, awak tak-"
"Ini cuma teguran...tak serius mana pun. David cuma kehilangan hak dia terhadap syarikat dia saja....tapi saya boleh buat lebih dari tu... ni sikit jer pun. Jadi jangan risau."jelas Lucas sambil mengunyah gula-gula getah dalam mulut. Membuatkan rahang tajam lelaki itu bergerak dengan tajam.
Untuk beberapa saat, Airis terdiam. Namun dia menelan air liur gemuruhnya dengan susah payah sebelum bersuara.
"Kenapa awak buat semua ni?"soal Airis. "Bukan selama ini awak rapat dengan mereka?Awak tahu disebabkan hal tu Adriana dengan uncle Davis bergaduh..."maklum Airis.
Lucas menjungkit bahu, membuat muka tidak kisah. Hujung bibirnya terjungkit sedikit.
"Saya tak kisah. Bukan masalah saya pun." renungan hangat Lucas berubah menjadi dingin dan menakutkan sesaat kemudian." Masalah saya adalah awak. Dan cuma awak..."beritahunya memandang Airis.
Airis menelan air liur takut saat bertentang mata dengan Lucas. Kelu lidahnya. "Tapi saya tak pernah berniat hendak membalas dendam atau susahkan mereka. Awak tahu tu...lagipun uncle David tak salah apapun..."
"Ya. Saya tahu. Saya tahu awak ni seorang yang baik dan prihatin. Tapi mudah ditindas dan susah nak melawan. Dan saya tahu Uncle David tak bersalah, tapi Adriana dan Aron bersalah. Untuk susahkan mereka, kita perlu susahkan sumber utama mereka terlebih dahulu. Iaitu Uncle David."jelas Lucas dengan selamba. Sedikit pun tiada reaksi belas kasihan darinya.
Airis melepaskan hela nafas tergamamnya selepas dengar. Berdenyut laju urat nadi dia rasakan kerana begitu terkejut.
"Jadi sekarang kalau sesiapa cuba apa-apakan awak...mereka perlu berurusan dengan saya..."maklum Lucas dengan nada lembut. "Memandangkan awak adalah kekasih saya, maka tanggungjawab saya untuk lindungi awak dari sekarang.."senyuman mesra terukir di bibir Lucas. Membuatkan wajahnya manis di pandang.
Tetapi bila di dengar oleh Airis, gadis itu dapat mengesan nada amaran dalam pesanan itu dan membuatkan senyuman mesra Lucas begitu menakutkan buatnya. Siapa sangka lelaki seperti Lucas yang pendiam ini boleh bersikap agresif begini.
Airis terdiam, dia berasa takut tiba-tiba dengan Lucas.
"Awak...tolonglah. Jangan macam ni... serius saya tak apa-apa. Jadi awak tak perlu lakukan semua ni..."minta Airis teragak-agak.
Lucas menarik sengih jahat meleret ke tepi. Namun lelaki itu memandang Airis dengan penuh kasih.
"They deserve this Airis....ianya tidak setimpal di atas apa yang mereka dah buat pada awak."balas Lucas tanpa perasaan dari nada suara itu. "Awak datang ke sini dengan harapan dapat bina hidup yang baru. Tapi sebaliknya mereka merosakkannya kerana sikap penting diri mereka sendiri... kadang-kadang manusia ni kena belajar dari kesalahan mereka sendiri...walaupun ianya tidak adil dan menyakitkan..."
Kening Airis mencerun. Gadis itu hilang kata-kata.
Lucas menarik senyuman mesra di bibir.
"Saya tahu macam mana mereka layan awak Airis, lagi-lagi Adriana....dan untuk itu giliran dia pula untuk saya berikan teguran kepada dia...dan saya harap awak takkan halang saya Ris..."maklum Lucas dengan bersahaja.
Airis tidak membalas. Sebab dia sendiri masih marah pada Adriana. Kata-kata itu masih bermain dalam benak kepalanya. Mungkin ini dapat ajar sikit wanita tidak berhati perut itu sedikit.
"Awak takkan buat benda yang melampaukan?" soal Airis.
Lucas tersenyum, dia menggeleng kepala.
"Kalau awak nak saya boleh tunaikan. Tapi buat masa sekarang saya Cuma nak mereka rasa sakit dan susah setelah apa yang awak buat untuk mereka."tangan Lucas naik ke pipi Airis,ibu jari tangannya mengusap pipi itu dengan kasih.
Airis memandang risau ke arah Lucas.
"Saya takkan halang awak...tapi bila saya suruh berhenti awak akan berhenti kan?"tanya Airis yang bersandar pada sentuhan itu.
Lucas mengangguk kepala.
"Ya...saya akan ikut kata awak bila awak minta..."jawab Lucas sebelum menyondongkan badan ke depan. Tangannya memegang kepala Airis lalu membawa wajah Airis dekat kepadanya sebelum satu kucupan hinggap di tengah dahi AIris. "Tapi selepas mereka semua di hukum.."ucap Lucas di balik kucupan itu.
Airis memandang dagu Lucas dengan renungan risau.
Lucas menjauhkan sedikit wajahnya untuk menatap mata Airis. Tangannya memegang lembut dagu Airis lalu mendongakkannya sedikit.
"Kenapa la awak buat semua ni?"keluh Airis dengan nada teragak-agak kerana takut dengan perubahan tingkah Lucas.
"Of course because i love you..what else."ucap Lucas sambil menanggalkan cermin mata dari muka Airis."Kalau di sana papa awak yang lindungi awak, di sini saya yang akan lindungi awak."
Airis mencengkam kain baju lengan Lucas yang sedang memegang dagunya dengan cengkaman yang kuat. Dia tak pasti dengan semua. Sebab dia tak pernah ada niat nak sakiti apatah lagi menyusahkan sesiapa.
"Selagi saya ada di sisi awak Airis selagi tu saya akan lindungi awak walaupun saya terpaksa menyakiti orang yang saya kenali.."ucap Lucas perlahan saat menarik Airis ke dalam pelukannya. Dia pegang belakang kepala itu sebelum mengusap belakang Airis penuh kasih.
Mata Airis terarah pada pemandangan dimana para pelajar sedang keluar masuk dari bangunan untuk kelaman berumput fakulti di depan mereka Ketika ini. Betapa takut dan leganya dia selepas mendengar ucapan Lucas. Masa tiada sesiapa di sisinya, sekurang-kurangnya dia ada Lucas!
YOU ARE READING
1. Hello Miss Devil.
General FictionNama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Ariana, di situ pasti ada masalah. Tidak kecil tidak besar, selagi Airis ada pasti bermasalah. Dari kec...