Musuh Tak Dipelawa

2.8K 250 0
                                    

14.

                   "Bukan urusan kau Taylor...serahkan dia dekat aku..."minta Jared sambil menghulur tangan.

Airis berkerut kening saat memandang tangan Jared.

Apahal dengan mereka ni?Dah la sesuka hati marah orang, lepas tu bertukar tangan bagai pulak. Ingat dia ni barang  ke apa?

               "Chill la...benda kecil jer pun...macam tak biasa pula..takkan lah cakap macam tu jer dah koyak?"tambah lelaki kedua.

              "Kau asal Ian?"tanya Jared yang kedengaran jengkel.

               "Okay...okay..relaks.."hadang lelaki ketiga yang berdiri ditengah-tengah kumpulan itu.

Airis dongak memandang ke atas, dahinya bertemu dagu lelaki di belakangnya. Pada masa yang sama, lelaki itu turut tunduk memandangnya. Perlahan-lahan tangan itu turun dari pinggangnya. Membuatkan Airis terdiam di situ seketika sebelum tersentak sedar.

Lekas-lekas Airis menjarakkan diri dari Taylor.

                "Dah...berhenti. Jared. Jangan nak buat hal. Tak serik lagi ke?Kalau kau buat perangai nama kau akan dibuang dari pemain football untuk musim ni..."ujar lelaki di sebelah kiri Airis.

Wajah Jared menjadi tegang, lelaki itu menjeling tidak puas hati ke arah Airis sebelum berpaling dari situ. Dengan patuh dia pun berpaling dari situ. Membuatkan perhatian mulai beransur pergi dari situ. Meninggalkan Airis dan kumpulan lelaki lampai seperti tiang lampu dekat tepi jalan. Semuanya tinggi belaka. Kalau dia lawan mungkin dia akan jadi penkek dekat pinggan nanti.

                "Siapa si kecil ni?"tanya lelaki kedua sambil menggaru dagu semasa menilik Airis dari atas sampai bawah."Dah lah kecil..ada hati nak gaduh dengan orang yang dua kali lebih besar dari dia.."komen lelaki itu.

Airis membuat muka tidak puas hati.

               Pinggang dicekak."Excuse me?Siapa yang kau panggil kecil hah?Tanpa bantuan kau, aku sendiri boleh uruskan mereka lah!"balas Airis mendabik dada sambil menjengket kaki sebab lelaki dekat dia tu tinggi belaka.

Apa semua lelaki dekat kolej ni tinggi-tinggi atau dia yang rendah?

Lelaki itu tertawa melihat wajah marah Airis.Lantas dia meletakkan tangan di atas kepala Airis.

              "Alolo.. comelnya dia bila marah"ucap lelaki itu sewaktu berpaling ke arah kawannya.

Airis mengambil peluang dengan mencapai tangan yang berada di atas kepalanya lalu di pusing ke belakang badan lelaki itu sebelum dibawa ke belakang bahu dan kaki lelaki itu di pengkes dan tubuh itu kemudiannya dilempar ke bawah dengan satu hayunan kuat.

KEDEBUK!

Lelaki itu mengerang kesakitan sambil memegang lengan. Berguling di atas rumput dengan muka berkerut kesakitan.

Airis menepis-nepis habuk halimunan dari tangannya sewaktu tunduk memandang lelaki itu.

             "Sakit tahu...untuk apa tu! Tahu tak kita orang baru tolong kau si kenit!"marah lelaki itu sewaktu bangun dari situ.

Rakan-rakan lelaki itu hanya ketawa terbahak-bahak melihat lelaki bertubuh sasa itu ditumbangkan oleh seorang gadis yang tubuhnya dua kali lebih kecil dari mereka.

              "Sentuh aku lagi....aku akan pastikan kau tak  dapat bangun lagi..."ugut Airis sebelum beredar dari situ.

               "Kau okay tak Ian?"tanya Taylor sewaktu memegang bahu rakannya.

               "Sakit la! okay bendanya...?"sungut Ian dengan kening berkerut.

Taylor yang dengar memberi tepukan semangat di belakang badan Ian.

               "Dia tertinggal fon dia..."serah Rex yang mengutipnya tadi sewaktu bersemuka dengan Jared.

Mereka bertiga memandang ke arah rakan mereka yang sejak tadi mendiamkan diri.

              "Biar aku yang pulangkan..."minta lelaki terakhir sewaktu mencapai telefon itu lalu mengejar langkah Airis yang menghilang ke dalam cafeteria.

1. Hello Miss Devil.Where stories live. Discover now