35.
"Terima kasih saya ucapkan kepada para ibubapa yang telah hadir untuk menjayakan majlis ini yang mana mendapat sambutan hangat dari ramai pengunjung di sini. Setelah dikira dan dihitung kita telah Berjaya mengumpulkan sejumlah wang iaitu 10 ribu untuk hasil jualan dan derma dari para ibubapa serta murid di sini."maklum guru besar dengan senyuman lebar di bibir.
Airis di kerusi saat ini duduk sedang terkipas-kipas rimas kerana penat lama-lama duduk di situ sejak sejam yang lalu. Selain meliht video dan presentation, Airis sudab naik berbulu mendengar ucapan setiap mereka di situ.
Lucas dekat sebelah memang tekun mendengar ucapan yang disampaikan. mulanya dari pengurus tadika, diikuti guru besar, VIP untuk rasmikan majlis, kemudian pengerusi manjlis, diikuti dengan pihak hospital yang menjadi wakil untuk kutipan charity yang dilangsungkan.
"Selain itu ingin saya ucapkan terima kasih kepada penderma yang telah merahsiakan identitinya yang telah memberikan 20k untuk penambahan majlis charity yang mana ditujukan kepada anak-anak yang memerlukan bantuan bagi kos perubatan terutamanya buat mereka yang tidak berkemampuan."ucap guru besar tadika di atas pentas kepada para ibu bapa dan pengunjung yang berada di bawah pentas.
Bunyi tepukan serta merta memenuhi ruangan dewan tersebut. Dari ibubapa sehinggala anak-anak di situ bertepuk tangan.
Kecuali yang seorang itu.
"Baiknya la siapa yang dermakan wang sebanyak tu kan.."tanya Lucas pada Airis di sebelah.
Dengan muka tak peduli, Airis silangkan tangan dia ke dada lalu sandar badan ke belakang. Dia hanya pandang bosan ke pentas itu dari balik cermin mata hitamnya.
"Kau ada derma ke Airis?"Lucas menyondong rapat ke tepi telinga Airis sambil tu.
Dengan muka tidak pedulinya, Airis pun menoleh. Membuatkan mereka berdua saling bertemu muka. "Cuba awak tengok muka saya ni?"
"Hm?Aku dah tengok...kenapa?" kedip Lucas satu kali.
"Nampak aku kisah dengan semua ni?"
"Mana la tahu kan?"
Murid-murid tadika mulai memasuki tempat tersebut dan mendapatkan ibubapa masing-masing setelah selesai mengemas dan menyiapkan urusan mereka di luar bangunan untuk melakukan aktiviti seterusnya.
"Memandangkan anak-anak kita telah selesai menjalankan aktiviti mereka, kini giliran ibubapa pula untuk menyertai aktiviti kami. Siapa yang bertuah akan membawa pulang hadiah misteri. Diharap ibubapa semua sertai aktiviti bagi mengeratkan lagi silaturahim antara pasangan masing-masing..."
Mata kiri Airis mengerenyet serta merta sewaktu mendengar cadangan guru besar itu. Memang tak lah. Petak sudah punggung dia duduk sejak tadi semata hendak menunggu majlis ini selesai.
"Jom kita balik..."ajak Airis yang hendak bangun.
Kepala Lucas berpaling ke Airis.
"Alah...tunggulah kejap. Cikgu kata gamenya best...kakak mainlah dengan Abang Lucas.." ajak Jennie yang berada di atas peha kanan Lucas. Sementara Lissa yang kepenatan sudah terlentok di bahu sebelah kiri Lucas.
Airis membuat muka terkejut mendengar cadangan itu.
"Jangan nak macam-macam. Kau tak dengar ke cikgu kau cakap apa tadi?"detus Airis yang kelihatan jengkel. "Buat apa aku join...lagipun permainan tu untuk parents okay.. dan aku bukan parents kau...dah jom..." Airis kemudiannya berdiri yang mana membuatkan semua mata terarah padanya.
"Oh...itu dia peserta pertama kita yang sukarela untuk serta permainan kita..."maklum guru besar dari atas pentas ke arah Airis.
Mata Airis terbutang luas. Dia memandang ke depan pentas dengan wajah bungkam terkejut.
"Huh?"Airis tunduk memandang Lucas. Lelaki itu hanya menjungkit bahu. Sementara Jennie bertepuk tangan gembira.
Merasakan dirinya sudah terjebak. Airis menghentak kaki tidak puas hati.
"Agh!!!Tak guna...."ngerang Airis kebengangan.
"Baiklah mana pasangan anda semua...sila ke pentas..."pelawa guru besar. Membuatkan beberapa pasangan ibubapa termasuklah Airis dan Lucas berjalan naik ke atas pentas. "Baiklah..permainan ini dinamakan pejam dan teka. Mata anda akan ditutup dengan penutup mata. Kemudian. Anda perlu teka sebanyak mungkin objek yang dibawa dekat pada pipi anda. Siapa yang paling banyak betul, anda dikira sebagai pemenang."
Seorang guru wanita jalan mendekati Airis dan Lucas. Menyerahkan penutup mata pada mereka. Setelah mereka pakai, guru besar mula membuat hitungan dan bunyi wisel kedengaran. Waktu itu guru wanita di sebelah mereka meletakkan sesuatu di antara muka mereka. Menyuruh mereka sentuh dengan pipi dan apa sahaja yang ada dimuka, sama ada lidah ke hidung ke telinga apa sahaja untuk mereka teka apakah objek tersebut.
Lucas dan Airis ketika itu berjaya meneka sembilan objek dari sepuluh objek yang diberikan dengan mudah. Setelah itu tanpa pengetahuan mereka, guru wanita itu meletakkan tangan diantara wajah mereka.
"Baik ini adalah objek terakhir..."maklumnya sebelum mengalihkan tangannya serta merta. Membuatkan pipi Airis bertembung dengan bibir Lucas. Waktu itu bunyi wisel kedengaran. Tanda aktiviti itu telah tamat.
Apabila blind fold di mata masing-masing di alihkan mereka berdua saling berpandangan dalam keadaan terkesima dan kebingungan.
YOU ARE READING
1. Hello Miss Devil.
Ficción GeneralNama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Ariana, di situ pasti ada masalah. Tidak kecil tidak besar, selagi Airis ada pasti bermasalah. Dari kec...