Sampainya hati!

2.5K 204 0
                                    

75.

Kening Lucas mencerlung tajam

          "Aron...apa yang kau dah buat?"soal Lucas dengan mata berkaca. Dia mencempung badan Airis dengan linangan air mata di kelopak mata.

Luluh hatinya melihat rakan baiknya mencederakan insan yang dia cintai ini. Sampai sebu dada di buatnya.

            "Kau tanya apa aku buat?Semua ni sebab perempuan ni. Rina tinggalkan aku sebab dia tak nak dekat lelaki miskin dan pokai macam aku ni...kalau perempuan sial ni tak datang dalam keluarga aku semua ni takkan berlaku!"marah Aron sambil mengepal penumbuk.

Lucas tunduk memandang Airis yang berada di atas ribanya. Dalam keadaan sebelah tangan berlumuran darah, Lucas mencapai telefon. Menghubungi nombor kecemasan. Ambil masa juga dia hendak menekan nombor di skrin dengan air mata bergenangan di mata.

Apabila panggilannya di angkat, dia terus berikan alamat dan menerangkan situasi tersebut. Dalam masa beberapa minit panggilan itu di putuskan.

Lucas mengangkat kepala memandang Aron. Air mata jatuh menitis ke pipi.

            "Kau sedar tak apa kau dah buat ni?Dia keluarga kau...takkan hanya gara-gara seorang perempuan asing yang tak ada kaitan dengan kau...kau sanggup cederakan dia?"tanya Lucas dengan suara menahan sebaknya.

Wajah putih milik Lucas berona kemerahan, sampaikan cuping telinga itu menjadi merah padam kerana marah dan sedih dalam masa yang sama.

Aron menggeleng kepala, dia memandang tidak percaya ke arah Aron.

              "Rina adalah orang yang sepatutnya jadi ahli keluarga ni bukan dia. Rina yang selamatkan Jennie...dia yang sokong aku dan jadikan aku kuat....teman kan aku bila aku perlu kawan. Kau tahu tak sebab dia aku kehilangan teman wanita aku...kemudian kau.... Rina...kau tak tahu apa aku rasa... dia buat hidup keluarga aku porak peranda...dan sekarang ibu dan ayah aku!"luah Aron seperti lelaki hilang kewarasan.

Lucas menggeleng kepala. Air matanya ikut bergenangan.

            "Orang yang menjadi punca semua ni bukan Airis. Tapi kau orang semua...Airis tak lakukan apa-apa pun, she basically stand here and received every bad treatment from each one of you guys..."balas Lucas. Keningnya mencerun hilang sabar. "Kau putus dengan Mandy sebab perempuan tu memang layak di tinggalkan...dia main dengan lelaki lain dekat belakang kau...aku tinggalkan kau sebab kau bukan lagi kawan yang aku kenal. Kau dah berubah jadi lelaki tak ada hati perut....Rina pula...dia hanya perempuan yang berniat jahat dalam keluarga kau Aron...ada sebabnya kenapa semua ni berlaku...dan kau masih berani nak salahkan Airis!"marah Lucas dengan bengang.

Aron membaling kayu besbol itu ke tepi dengan kasar sebelum mengenai bingkai gambar di tepi almari sebelah katil Airis.

            "Apa kau merepekkan ni...apa perempuan sial ni dah buat dekat kau. Aku kawan kau.. sepatutnya kau sokong aku bukannya perempuan ni..."tunding Aron pada Airis yang tidak sedarkan diri.

Lucas menggeleng kepala, menafikan kenyataan Aron.

             "Aku tak sokong orang tak berhati perut macam kau Aron.."jawab Lucas dengan sedih.

Aron berdengus jengkel.

            "Aku tak berhati perut?Dia memang dah racun fikiran kau agaknya..."gelak Aron dengan sinis. "..sampaikan kau sanggup cakap macam tu dekat aku...kawan baik sejak kau kecik lag?"

Lucas memandang kecewa ke arah Aron. Kengnya bercantum rapat kerana bingung.

             "Berhenti burukkan Airis...kau tak kenal dia. Kau adalah keluarga dia yang sepatutnya jadi pelindung, kawan dan teman waktu dia memerlukan seseorang. Paling penting orang yang kau patut lebih percayakan daripada orang lain... pernah tak kau dengar apa yang dia cakap dekat kau?Pernah tak kau berikan dia peluang untuk jelaskan keadaan?"soal Lucas. "Pernah tak keluarga kau orang ni fahamkan Arisi dan fahamkan Airis kenapa dia berkelakuan macam ni?Pernah tak?"kecewanya tidak tergambar, Lucas benar-benar patah hati melihat keadaan Airis. Seluruh tubuhnya menggigil kuat. "Tak...kau tak pernah cuba fahamkan Airis selain menghukum Airis!"

Aron terkedu di situ. Dia perhatikan riak sedih Lucas yang sedang memangku Airis dalam pelukan.

Bunyi siren ambulans kedengaran tidak lama kemudian. Membuatkan Lucas yang masih memangku Airis berpaling ke arah Jennie.

         "Jennie...panggil abang-abang baju putih tu naik atas sini sayang..."minta Lucas dengan lembut.

Jennie yang berdiri di sisi Lissa yang tersedu-sedu mengangguk kepala. Terus budak itu berjalan pantas ke arah tangga. Dia menghilang seketika sebelum muncul bersama beberapa orang pegawai perubatan naik ke tingkat atas itu.

Lucas memandang Aron buat kali terakhir. Merasakan mungkin selepas ini dia tidak akan dapat bertemu dengan Aron lagi atau menganggap lelaki ini sahabatnya!

           "Apa yang dah berlaku di sini encik?"

           "Saya tak tahu...tolong selamatkan kekasih saya.."nangis Lucas tersedu sedan memerhati pegawai perubatan di situ mendukung Airis ke atas stretcher sambil membalut luka di kepala tu.

            "Siapa penjaga pesakit?"

            "Saya.."angguk Lucas memegang dada dengan tangan berdarahnya.

            "Ikut kami sekarang.."

Tanpa menoleh ke Aron, Lucas terus mengekori Langkah mereka sewaktu Airis di bawa pergi dari situ. Jennie dan Lissa di tinggalkan sendirian di hadapan pintu bilik itu Bersama Aron yang kelihatan begitu bungkam.

Lelaki itu berdiri dengan kepalan penumbuk di dalam genggaman.

1. Hello Miss Devil.Where stories live. Discover now