66.
Rina yang sudah hilang sabar menengking.
"Kau orang....tengokkan apa lagi r*g*l lah dia!" arah Rina dengan senyuman bongkak di bibir.
Arahan itu hanya membuatkan kedua-dua lengan Rina tiba-tiba di cengkam dari belakang sebelum lima lelaki itu mendorong Rina pula yang jatuh ke atas lantai melepasi Airis yang hanya berdiri kaku di situ dengan kedua-dua tangan bersilang di dada begitu saja.
"Apa kau orang ni...bukan aku lah tapi dia!!"teriak Rina sambil meronta dalam cengkaman lelaki di situ sewaktu berada di atas lantai.
Lelaki ke enam yang sejak tadi berdiri menjadi pemerhati datang mendekati Airis. Sepasang kot berada di tangannya sewaktu dia berdiri depan Airis.
Mereka berdua saling bertentang mata sesaat kemudian.
Airis memandang lelaki depannya dengan mata bungkam sewaktu lelaki itu meletakkan kot labuh paras lutut miliknya yang terjatuh sewaktu dia bergelut tadi ke bahunya dengan perlahan.
Memandangkan Airis hanya mengenakan kemeja putih dan skirt pencil paras lutut, ditambahkan suhu musim sejuk itu mungkin gadis itu sedang kedinginan. Itu yang Rudy memberikan kot itu kepada Airis.
"Terima kasih..."ucap Airis tersenyum sambil menepuk perlahan dada itu.Mulut Rina ternganga luas taktala melihat situasi tersebut. Matanya silih ganti memandang tidak percaya.
"Apa semua ni hah!"ronta Rina sewaktu pakaian mulai hendak di buka oleh mereka.
Airis yang tidak menyangka keadaan akan berubah secara berpaling tadah begini hanya menikmati saat tersebut. Serius dia tidak tahu yang Rina akan mengupah Rudy dan rakan-rakan lelaki ini mengerjakan dirinya. Dan semua ini sungguh tidak terduga.
Siapa sangka Rudy dan rakan lelaki ini akan membantu dirinya bukan turuti permintaan Rina.
Sungguh dia terkejut dengan kejadian ini, tetapi dia lagi terkejut bila mereka tiba-tiba sahaja cengkam Rina lalu membaringkan gadis itu di lantai dimana dia berada tadi.
Sejujurnya, dia tidak tahu menahu apa yang berlaku sebenarnya. Dan kenapa Rina sanggup buat semua ni semata ingin melihat dia sengsara!?
"Rudy!...bukan ini rancangan asal aku!"ronta Rina dengan linangan air mata. Bajunya mulai mendedahkan tubuhnya yang mengenakan bra merah. "Aku dah bayar kau kan!Kenapa kau berpaling tadah dari aku hah!"gelutnya dengan terdesak.
Airis yang berasa lenguh di kaki memusingkan-musingkan pergelangan kaki, hendak hilangkan rasa penat sebab bertumit tinggi, Rudy yang perasan terus mendapatkan tong kayu yang terletak tidak jauh dari tempat dia berdiri, terus dia bawa ke belakang Airis dan meminta gadis itu duduk di atasnya.
Airis menerima pelawaan itu dengan senyuman di bibir. Dia duduk menyilang kaki di atas tong kayu sambil di apit Rudy seperti pengawal peribadi.
Dengan wajah dingin tanpa emosi, Airis hanya memerhati Rina menangis rayu kepadanya supaya hentikan semua ini. Dan dalam hal ni dia tak ada hak untuk bersuara, sebab Rudy adalah ketua di sini. Dia tidak tahu menahu tentang rencana mereka ini.
Rudy memandang tajam ke arah Rina, melihat gadis itu menangis dan merayu supaya tidak di apa-apakan. Memang benar mereka telah di upah. tetapi mereka tidak tahupun yang sasaran mereka adalah Airis sehingga la tadi sewaktu Rina mengarahkan mereka menculik Airis. memandangkan dia berhutang budi dengan Airis, dia tidak boleh melakukan hal yang diminta oleh Rina sekalipun telah dibayar. Terdesak macam mana sekalipun dia perlu wang, dia tidak akan melakukan hal yang kejam pada orang yang telah menyelamatkan nyawanya. Dan taktala rakannya mula hendak menanggalkan seluar, Rudy ambil keputusan untuk bersuara.
"Cukup..."
Airis yang dengar tidak mengalihkan pandangannya dari Rina. Kasihan pada gadis itu. Yalah disebabkan dendam Mandy padanya RIna yang kena hadap semua ni.
Kelam kabut Rina bangun dan menutupkan badannya dengan kemeja dan kot dia yang bersepah di sisi. Deru nafasnya naik turun air mata jatuh berjuraian ke pipi. Kedua belah pipinya kemerahan. Hingus meleleh turun.
"Kau perempuan tak guna tahu tak!" bentak Rina. "...memang patut pun kau rasa semua ni." tengking Rina dengan histeria. Nafasnya naik turun kencang.
Airis tidak terkutik, malahan dia memandang kagum ke arah Rina. Dalam keadaan begini RIna masih lagi berani hendak bersuara dan menyalahkan dirinya.
"Aku tahu kau adalah penderma asal hati adik tiri kau tu...jadi aku gunakan alasan tu untuk buatkan keluarga kau bencikan kau dengan mengapi-apikan dia orang semua dengan mengatakan kau perempuan jalang yang suka menginap dekat rumah lelaki lain masa hari pemeriksaan. Dan kau tahu dia orang percaya!"luah RIna. "Kalau Mandy tak suruh aku akan tetap buat hidup kau susah.."
Ucapan Rina tersebut buatkan Rudy dan rakan-rakan lelaki itu berkerut kening. Memandang akan Rina dengan mata dikecilkan sambil mengetap gigi menahan sabar. Siapa perempuan tak guna dekat sini sekarang ya?Rina atau Airis?
Airis mengerling risau ke arah Rudy dan kawan-kawan lelaki itu. Berharap Rina berhenti dari bercakap dan mengeruhkan lagi keadaan.
"Aku tahu kau bantu budak yang Mandy aniaya, tapi macam dia...aku tak tahu kenapa aku bencikan kau sampaikan aku sanggup buat semua ni..dan..."sambung Rina lagi.
PANG!
Bunyi tamparan bergema dalam bilik tersebut, membuatkan Airis menekup mulut kerana terpempan. Nafasnya tertahan terkejut dengan situasi itu. Matanya ikut terbutang kaku kerana tidak sangka akan tindakan tersebut.
Airis memandang bungkam ke Rudy, orang yang telah menampar Rina.
YOU ARE READING
1. Hello Miss Devil.
General FictionNama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Ariana, di situ pasti ada masalah. Tidak kecil tidak besar, selagi Airis ada pasti bermasalah. Dari kec...