15.
Isaac berlari mengejar langkah Airis yang berjalan laju keluar dari bangunan itu. Baru sahaja dia hendak bersuara, dia melihat Aron yang bersandar pada kereta berdiri tegak.
Bercakap sesuatu pada Airis yang jalan menghampiri kereta tersebut.
Cepat-cepat Isaac menyorok di tepi tiang, mengintai lihat dua orang itu dari jauh sebelum telefon di tangannya bergetar minta di angkat. Dia tunduk memandang skrin. Melihat nombor tidak bernama pada skrin tersebut. Lalu dibiarkan. Kerana perhatiannya terarah pada Aron dan gadis tersebut.
Tertanya-tanya apa hubungan mereka berdua. Kereta camaroo itu kemudian dipandu keluar dari laman kolej. Sambil diperhatikan oleh Isaac sehingga kereta itu jauh dari pandangan.
*******************
Aron bercemberut semasa memandang Airis berjalan keluar dari bangunan berlengang kangkung. Seperti mukanya, gadis itu turut bercemberut.
"Kau ke mana?"tanya Aron serta merta sewaktu Airis berdiri di depan hood keretanya. "Kan aku dah beritahu jangan merayau?"
"Kalau kut ya pun tak payah la nak menyentap...!"
"Tengok diri kau tu dulu kalau nak aku cakap elok-elok....memangnya kau ke mana?"
"Phone aku hilang..."gerutu Airis.Dia baru perasan yang telefonnya tiada bersama selepas dia menipu. Adakah ianya tercicir selepas dia bergelut dengan mereka tadi!?
Kening Aron mencerlung tajam.
"Mana kau letak?Boleh pulak hilang..dah besar panjang pun tak boleh nak simpan barang ke!?...macam-macam betullah..." bebel Aron sambil mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar lalu diserahkan kepada Airis.
Airis mencapai telefon itu lalu menghubungi nombornya. Mana tahu kalau ada orang jumpa bolehlah pulangkan balik dekat dia. Dia sayang telefon tu sebab dia beli telefon itu dari hasil gaji kerja pertama dia. Dah lima tahun dia pakai phone tu. Sayang la kalau hilang.
"Dapat tak?"
Airis memutuskan panggilan sebelum kembali menghubungi telefonnya semula.
"Tak...."bibirnya memuncung.Melihatkan Airis yang sepertinya tidak dapat mencapai panggilan, Aron berdengus menyampah. Dia bergerak masuk ke dalam kereta. Ada-ada aje la anak bandar ni. Itu la ini lah...serabut!
"Masuk...sesak pula jalan nanti.."arah Aron.
Airis menurut tanpa bersuara. Dia masuk ke dalam kereta sementara telefon masih berada di telinganya. Selepas beberapa kali percubaan Airis berputus asa. Dia kemudiannya menyerahkan semula telefon itu kepada Aron sebelum bersila di atas kerusi dan bersandar penat pada kerusi. Tangannya di silang ke dada dan kepalanya di tala keluar tingkap.
"Mana kau letak tadi?"
"Tak ingat."
"Tempat terakhir?"
"Tak tahu.."
Aron berpaling, memandang sekilas ke arah tirinya yang tak sama darahnya itu.
"Boleh tak jawab tu bersungguh sikit?"minta Aron yang sepertinya jengkel dengan sikap acuh tak acuh Airis.
Airis melepaskan hela panjang sambil menjuling mata keletihan.
"Nak jawab macam mana lagi, dah itu memang jawapannya. Nak aku buat karangan ke baru kau happy?"gerutu Airis yang berasa jengkel dan bengang. Satu hari ni semuanya serba tak kena!
Rimas!
Aron kemudiannya tidak menghiraukan Airis. Kalau bercakap dengan Airis sakitkan hati je buat apa.
Dia memandu dalam keadaan senyap. Masih tidak tahu bagaimana hendak bersemuka dengan sikap Airis. Dia tidak tahu apa yang ayah dia fikir sehingga setuju untuk benarkan gadis bermasalah ini ke rumah mereka.
YOU ARE READING
1. Hello Miss Devil.
Fiction généraleNama diberi Airis Ariana. Tapi semua kenal dia sebab selalu aje dalam masalah. Maybe disebabkan itu dia diberi satu gelaran. Dimana ada Airis Ariana, di situ pasti ada masalah. Tidak kecil tidak besar, selagi Airis ada pasti bermasalah. Dari kec...